Pages

Friday, April 1, 2011

Keputusan Live Terkini Kelantan vs Harimau Muda A: Liga Super 1 April 2011

Keputusan Live Terkini Kelantan vs Harimau Muda A: Liga Super 1 April 2011: KELANTAN 2-1 HARIMAU MUDA A
  • Keputusan berakhir dengan Kelantan 2-1 Harimau Muda. Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Solihin dan Chanturu

  • 90": Masa tambahan 2 minit dan nasib baik sepakan pemain Harimau Muda tersasar tinggi

  • 85": Chanturu sekali lagi gagal menyempurnakan sepakan dan sebelah satu lagi Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan bola berbahaya

  • Tinggal 8 minit lagi permainan dan larian solo Chanturu dari tengah padang gagal disempurnakannya one to one dengan goal keeper

  • Gol kedua Kelantan pada separuh masa pertama (video @youtube)

  • 75": Chanturu gagal menanduk baik bola yang dihantar oleh Mohd Aziz di depan pintu gol

  • 71": Kelantan bernasib baik setelah sepakan Mahali ditepis oleh Fahmi dan bola di depan pintu gol gagal disempurnakan oleh rakannya, Mohd Fandi! Pertahanan Kelantan kelihatan sedikit kelam-kabut

  • Tinggal 20 minit permainan lagi dan secara keseluruhan Harimau Muda lebih menguasai permainan

  • 64": Kelantan dilayangkan kad kuning pertama kepada Zairul Fitree setelah kekasaran ke atas Wan Zack Haikal

  • 62": Pertukaran taktikal oleh Harimau Muda dengan kemasukan Wan Zack Haikal dan Wan Zaharul Nizam dikeluarkan. Bagi Kelantan pula, Azwan Roya dikeluarkan dan Mohd Aziz dimasukkan

  • 59": Percubaan leret yang lemah oleh Khairan Ezuan (Kelantan) dapat ditangkap oleh Muhd Zamir

  • 55": Serangan Thamil Arasu dari sebelah kanan dapat dipatahkan oleh Mohd Farisham (Kelantan)

  • 51": Hantaran cantik oleh Norshahrul tetapi gagal disempurnakan oleh Solihin

  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan Md Badhri (kapten) dikeluarkan dan diganti oleh Khairan Ezuan Razali. Norshahrul menjadi kapten sekarang

  • Separuh masa pertama tamat dengan Kelantan 2-1 Harimau Muda A. Kalau bosan-bosan boleh lawat @tiket F1 percuma. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • 44": Irfan Fazail menjaringkan gol setelah menerima hantaran cantik

  • 41": Hantaran bola yang cantik oleh Solihin ditanduk oleh Chanturu tetapi sedikit keluar. Memang satu gandingan yang baik Solihin-Chanturu

  • 40": Sudah banyak cubaan dilakukan oleh Harimau Muda tetapi banyak cubaan jarak jauh, adakah mereka terlalu hormatkan Khairul Fahmi memandangkan bermain bersama-sama di dalam skuad bawah 22 tahun dan kebangsaan?

  • Tinggal 10 minit lagi untuk separuh masa pertama dan kelihatan pemain-pemain tengah Kelantan berjaya turun dan naik dengan pantas bagi membuat pertahanan dan juga serangan

  • Jaringan pertama Kelantan oleh Solihin @video di youtube

  • 28": Norshahrul Idlan diusung keluar akibat tackle yang keras oleh Mahali (Harimau Muda)

  • 27": Tangkapan kemas sekali lagi oleh Khairul Fahmi

  • 24": Satu gol lagi bagi Kelantan dijaringkan oleh Chanturu, larian solo yang sangat laju (video @youtube)

  • 21": Rembatan kuat Wan Zaharul Nizam dapat ditepis keluar oleh Khairul Fahmi dan sepakan sudut dapat dikeluarkan oleh Shakir

  • 17": Sepakan sebelah kanan pemain Kelantan ke arah pintu gol berjaya ditanduk keluar oleh pemain Harimau Muda

  • 11": Solihin berjaya menjaringkan gol buat Kelantan iaitu serangan pertama Kelantan. Ala-ala jaringan cara Robin Van Persie (Arsenal) tetapi Solihin menjaringkan dari sebelah kanan @video di youtube

  • 9": Rembatan jarak jauh daripada Irfan Fazail dapat ditangkap oleh Fahmi. Thamil Arasu berjaya melepasi perangkap offside tapi gagal sempurnakan peluang dengan sepakan tidak

  • 5": Tackle keras oleh Shakir menyebabkan Syahid Zaidon dibawa keluar dan seminit lepas itu dibawa masuk semula

  • Setelah 3 minit permainan, kelihatan Harimau Muda banyak melancarkan serangan. Sepakan sudut pertama diambil dengan hantaran pendek dan sepakan terlalu perlahan dapat dikawal oleh Khairul Fahmi

  • 1": Percubaan pertama oleh Harimau Muda ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi

  • Kelantan dengan sepak mula. Kelantan memakai jersi merah dan tepi berpetak putih manakala Harimau Muda A pula menggunakan jersi kuning dan hitam

  • Senarai pemain-pemain Kelantan dan Harimau Muda A bagi perlawanan malam ini

Previous Entry
Malam ini perlawanan Liga Super antara Kelantan vs Harimau Muda setelah berehat kerana perlawanan persahabatan baru-baru ini di mana Malaysia seri 1-1 lawan Etoile FC. Perlawanan antara Kelantan vs Harimau Muda sangat ditunggu-tunggu oleh peminat sukan bola sepak Malaysia memandangkan Kelantan adalah pendahulu liga manakala skuad Harimau Muda pula akan beraksi di dalam Kelayakan Olimpik pada bulan Jun 2011 nanti.

Kalau tak ada masalah saya akan update keputusan secara live terkini. By the way, perlawanan Kelantan vs Harimau Muda akan disiarkan secara live @langsung pada pukul 8.45 malam menerusi Astro Arena channel 801.

Sama-sama kita nantikan debaran perlawanan malam ini dan diharap keputusan perlawanan nanti menggembirakan penonton dan kita lihat bagaimana sambutan penyokong-penyokong Kelantan di Stadium Muhammad IV yang dijangka penuh nanti.

Sebelum perlawanan dimulakan nanti, apa kata kita terjah @peluang untuk menang tiket F1 bersama Proton.

7 comments:

velasrizal said...

tak tau nk tgk bola ke maharaja lawak hmm...

Geng Borak said...

waaaahhhh.. terrer gak klate..
Undilah ILHAM di Majalah PaMa

Anonymous said...

tau x rsult pnuh liga super..

Sharinginfoz said...

anon: malam ini kelantan vs harimau muda aja, yang lain main malam esok

faiz said...

mmg mantapla kelantan sekarang..sebab tukar coach hari tu ke...

CIKGU NAMAN said...

x tgk 2nd half, tertido..hoho

Relevan said...

Menang tipis..janji menang ! ..