Tuesday, April 26, 2011
Skim Gaji Baru Untuk Tentera?
Mengikut laporan daripada Bernama, "Kementerian Pertahanan sedang meneliti skim gaji baru anggota tentera untuk semua peringkat sesuai dengan transformasi yang sedang dilaksanakan kepada bidang ketenteraan secara menyeluruh".
"Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah untuk memperkenalkan skim gaji baru itu juga adalah bagi memastikan golongan profesional dalam angkatan tentera tidak mudah mengambil tindakan meninggalkan bidang kerja mereka semata-mata untuk mengejar gaji yang lebih baik di luar."
Kita tunggu dan lihat mengenai skim gaji baru nanti dan dengan kenaikan gaji yang bakal diterima oleh anggota tentera diharap ianya dapat mempertingkatkan lagi komitmen mereka. I am sure ramai daripada kita tidak tahu betapa susahnya menjadi tentera yang menjaga keamanan negara, termasuk pengorbanan cuti semasa hari raya ataupun perkara-perkara yang bersangkut paut dengan keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Baguslah tu kalau gaji tentera di naikkan. Berbaloi dgn pengorbanan dorang menjaga keamanan negara. Hope lebih ramai akan berminat utk menyertai ATM, especially dari golongan cina & india.
Semuag kerjaya tentera menjadi satu kerjaya yang menarik nanti...
Robot ada perasaan
wah.... nice info...
semakin kuat semangat nak masok tentere.. hehhehe
bgusle..hope tentera kita akn lebih bertanggungjawab..
Bagoih le tu.....
Tapi rase gaji tentera dgn polis ni banyak kali ade kenaikan kan????
Ape salahnye revised jugak le gaji staff2 gomen yg lain kan????kan????
kalaula gaji mereka dinaikkan, memang bagus dan memang dah kena pada masanya.jadikan la bidang ketenteraan menarik bukan sahaja dr segi patriotik nya pd negara, tapi menariknya dari segi pendapatan yang akan diperolehi, mudah-mudahan lebih ramai yang berminat nak serta.sebab gaya hidup tentera ni boleh mendisplinkan..
bagus la kalau naik
tapi harap2 gaji pekerja lain pun naik la juga
mmg patut naik..sian raya xdpt cuti
jarang dengar tentera naik gaji.. selalu dengar polis je.. baguslah tu sekurang2nya dapat tambah pendapatan keluarga dia orangkan
untuk pengetahuan, semasa 2007 ada kenaikan gaji utk penjawat awam.tentera pon penjawat awam kan..tetapi pada masa itu, panglima tentera laut merangkap panglima ATM a.k.a harimau berantai, nama aku lupa dah sebab dah bersara tak terima kenaikan gaji (pelarasan) utk anggota tentera..dia kata dah memadai skang..so skang dia dah bersara ape lagik tentera pon mintak lah skang
Memang patut pun tentera naik gaji. kalau tak ramai tentera yang berkelulusan minta kerja kat luar setaraf dengan kelulusan mereka. Yang masuk tentera pun ada juga berkelulusan diploma dan ijazah bagi lain-lain pangkat.
Dahlah ramai anggota tentera gaji mereka langgar dinding,sewa rumah kat luar pun tinggi jugak.Lagipun kola x cukup,pasai lepas saja dengar gaji askar ataupun gaji penjawat awam naik,tokey kedai runcit dan kedai makan naikkan harga.sekarang orang yang dapat gaji pokok 3k adalah orang miskin.orang kaya jadi semakin kaya pasai depa ada duit untuk melabur tapi orang miskin jadi semakin miskin pasai orang kaya hisap duit kita.buat projek besar2 untuk siapa?org kaya juga dapat untuk untung banyak.kalo boleh dalam malaysia ini xnak ada orang miskin dan orang yg terlampau kaya.
harap2 kenaikan nie jadi bnda btol la..kalo ikot perlembagaan pon ranking gaji tentera mesti lg tinggi drpd pnjwt awm yg len..so,inilah masanya utk ikot perlembagaan tersebut..sudah la cuti dalam tentera hnya satu keistimewaan bila2 masa boleh dipnggil bertugas wlwpon dlm cuti.dengan kenaikan gaji akn membuatkan moral anggota tentera akn menjadi lebih tinggi demi menjaga kedaulatan negara yang tercinta..
dah masuk bulan ogos 2011, tak naik-naik pun, ibarat menunggu buah yg tak gugur...huhuhuhu
Bila nak naik nyer ?
alhamdullilah kalo btul..spe yg jdi isteri tentera sye salute bcoz isteri2 yg byk thu betapa byk nya pengobanan para tentera kita..
harap-harap la betul naik gaji..... tapi sekarang dah dengar-dengar cerita LLP dapat naik ckit je berbanding dengan yg lain... kami isteri-isteri LLP ni bagi nak rak je harap naik pada tahap yg sepatutnya.... dan harap-harapla itu hanya khabar angin ....JGN JADI SEPERTI SEBELUM INI RAMAI YG KENA BERHENTI SBB TAK NAIK SEPERTI YG SEPATUTNYA.... INGAT....
Tentera bekerja 24jam & 7 hari seminggu tanpa mengira cuaca, bentuk muka bumi, kemudahan yg terhad & tidak ada elaun kerja lebih masa. Maka amat lah wajar gaji mereka lebih tinggi dari pejawat awam.
Mengikut Perlembagaan Gaji Tertingii
1. Tentera
2. Polis
3. Kakitangan Awam
Saya Bekas Pegawai TLDM Amat berbangga kalau naik,walaupun x sempat merasa tatapi pengorbanan dihargai. Saya semasa berkhidmat di TLDM , isteri saya bersalin 3kali. Sekali jer saya semapat sambuat kelahiran. Yang sulong dan Ketiga saya tiada kerana OPS>
Saya seorang anggota TUDM...bukan anggota tentera sahaja yg berkorban utk negara...isteri.,,ibu...ayah..anak...mereka juga perlu tabah menghadapi apa sahaja kemungkinan jika anda seorang tentera..so mmg patut kebajikan mereka diutamakan...
Post a Comment