Pages

Monday, April 18, 2011

Sedikit Informasi Mengenai Asma @Penyakit Lelah

Beberapa hari yang lepas ada terbaca maklumat mengenai asma @penyakit lemah di dalam The Star. So saya nak share sedikit sebanyak untuk pengetahuan kita semua:
  • Adakah anak kita mempunyai asma?

    • Setiap kanak-kanak berisiko menghadapi asma sebanyak 6% manakala meningkat kepada 30% jika salah seorang ibu-bapa mempunyai asma manakala ianya sebanyak 70% jika kedua-dua ibu-bapa mempunyai asma

    • Ianya terjadi apabila lubang udara ke paru-paru buat sementara waktu menjadi sempit atau terhalang dan menyebabkan batuk, sakit dada atau sesak nafas

    • Serangan penyakit lelah memerlukan perhatian yang segera dan rawatan perubatan tetapi ibu-bapa boleh mengetahui tanda-tanda (simptom) seperti batuk yang berterusan terutamanya pada waktu malam, kesukaran untuk bernafas dan juga simptom berbentuk fizikal seperti muntah, berpeluh dan kulit yang pucat

  • Apa yang menyebabkan asma?

    • Bulu haiwan peliharaan seperti kucing, debu, lipas yang telah mati, wangian, hairspray, lotion yang berbau dan cat

    • Asap rokok juga memberi ancaman yang sangat kuat

    • Perubahan cuaca, sejuk dan juga udara yang panas

  • Bagaimana nak menghalang asma?

    • Jagalah rumah daripada debu dan bulu haiwan peliharaan dengan memvakum karpet dan tikar

    • Membersihkan cadar dan juga langsir sekerap yang mungkin dengan merendam di dalam air panas terlebih dahulu sebelum membasuh

    • Kurangkan aktiviti luar jika berlakunya cuaca atau pencemaran udara

    • Jangan biarkan asap rokok berada di dalam rumah walau apapun tujuan
So begitulah serba sedikit, maybe pada yang ada pengalaman sila-sila le tambah ya.

14 comments:

Ayie said...

akulah antara mangsa asma nihaaa.. hahaha

eelobor said...

betul tuh bro...thanx berkongsi info. amat menarik & ringkas, x boring di baca

Esempoi said...

kebersihan memang perlu dijaga sepanjang masa.. tips yang baik

azzey said...

Org yg sakit athma ni mmg senditif dgn habuk2, bulu2 binatang ni...:(

Relevan said...

Semput ni..

ardinihumaira said...

abah dni dah buang kucing kesayangan nana kat umah atok hehe

Matjoe said...

dulu sy pun kuat lelah, terlalu buas main, pastu tidur pun suka atas simen

sahromnasrudin said...

tue sebab saya tak leh bersahabat dengan kucing huhuhhhh

Wahida Nasution Thakhrim said...

AcHiKz pun pesakit asthma..

toyolkiut said...

pnh tngok orang yg asma teruk ni..
kesian sungguh..
bnyk alahn..

Geng Borak said...

dulu kecik2 aku ada laaa asma.. sekarang ASMAra... hehehe
Bila Daddy tak Berani...

Eliss said...

Alhamdulillah, anak tak pulak kena asma. tapi family history memang ramai yang ada asma belah my abah.

faiz said...

xsilap kalo mak ada sama anak akan ada asma atau penyakit kulit.

Miecyber said...

Keadaan cuaca jugak mempengaruhi...

Ikan Patin Temerloh