Pages

Wednesday, April 6, 2011

Keputusan Semasa @Terkini Liga Juara-Juara Eropah Pusingan Pertama Suku Akhir: 6 April 2011

Keputusan Semasa @Terkini Liga Juara-Juara Eropah Pusingan Pertama Suku Akhir yang berlangsung pada 6 April 2011:
  • Real Madrid vs Tottenham Hotspur (4:0)
    • Real Madrid membelasah Tottenham Hotspur dengan 4 gol berbalas tanpa jaringan di tempat sendiri. Real madrid mendapat jaringan daripada pemain pinjaman Manchester City, Adebayor yang juga bekas pemain Arsenal sebanyak 2 gol manakala dua gol lagi oleh Angel Di Maria dan Cristiano Ronaldo.

      Tottenham bermain dengan 10 orang untuk 75 minit setelah Peter Crouch dilayangkan kad kuning kedua dan diarahkan keluar padang pada minit ke-15.

      Dengan berbekalkan 4 gol, Real Madrid boleh dianggap sudah berada sebelah kaki di pusingan separuh akhir nanti.

      Apa-apa pun, perlawanan pusingan kedua di White Hart Lane akan memberi saingan yang sengit dan Tottenham perlu mempamerkan permainan yang sangat baik jika mereka ingin melangkah ke pusingan seterusnya.

  • Inter Milan lawan Schalke 04 (2:5)
    • Juara Liga Juara-Juara musim lepas, Inter Milan tumpas di tempat sendiri dengan 2 berbalas 5. Inter Milan bermain di tempat sendiri dengan mendahului Schalke seawal minit pertama oleh Dejan Stankovic tetapi Schalke menyamakan kedudukan pada minit ke-17 oleh Joel Matip.

      Gol-gol yang lain dijaringkan oleh Milito (Inter) dan 3 gol lagi oleh pemain-pemain Schalke: Edu (2 gol) dan Raul Gonzalez. Pemain pertahanan Inter Milan, Andrea Ranocchia menjaringkan gol sendiri.

      Schalke 04 boleh dikatakan sudah menempah tiket ke pusingan separuh akhir kerana sudah menjaringkan 5 gol di tempat lawan. Inter Milan memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 4-0 bagi membolehkan ke pusingan seterusnya. Memang agak sukar lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan nanti.

Sumber: UEFA

4 comments:

faiz said...

teruk btol tottenham kena belasahkan..

Nancy Poh said...

haih..intermilan pun kena belasah di tempat sendiri..

amirah said...

glory glory real..come on

Ayie said...

player tot sakit perut kot malam tadi..?? hahaha