Nak share mengenai harga emas KFH sepanjang bulan Mac 2011. Pada 31 Mac 2011, harga jualan adalah sebanyak RM144.38 satu gram berbanding dengan RM143.62 pada 1 Mac 2011. Peningkatan tersebut adalah sebanyak 0.5%.
Pada bulan Mac, harganya boleh dikatakan tidak menentu dan antara faktor-faktor yang mempengaruhi adalah ketidakstabilan politik di negara Teluk, tsunami yang melanda di Jepun, nilai matawang USD dan juga isu hutang di negara-negara Eropah.
Kalau kita lihat bagi tempoh 3 bulan pertama 2011, ianya juga dalam jajaran turun naik tetapi terdapat trend menaik @0.8% kenaikan. Anyway kita tunggu pada bulan-bulan yang akan datang bagi mengetahui dengan lebih jelas bagaimanakah prestasi emas KFH.
15 comments:
dah lama nak melabur dalam pasaran emas, tapi asyik tertangguh jer
Sebab itu simpanan emas lebih untung dan yg nyata harga terus melambung tak pernah turun. Kalau turun seringgit pun minggu depannya naik semula dari harga seringgit yg turun.
Memang melambung tinggi harga emas skang nih. Rasa mcm dah tak mampu nak beli barang kemas dah...emas mahal sangat...hehehehe...
bestnye melabur emas ni :)
emas memang terbaikkk!!!!
moga2 ia akan terus meningkat!
kena beli cepat2 sebelum hrga makin mahal, pastu invest guna ar-rahnu... cuma takut akan jadi 'bubble' cam ramai pelabur predict...akn jatuh gak hrga emas ni tak lama lgi...entah la
kite tgk akhir tahun ni..
sayang KFH ni akde kat Ipoh...kalo tak awok memang minat beno le nak melabo......tapi awok dah rujuk dengan Maybank punye gold investment.... deme ade 2 jenih pelabughan emas ni......yang gune dinar emas & dirham Perak....serta pelabughan emaih sebagei volume pasaghan.....awok tengah mikio mane satu yang berbaloi ni,....
peluang baik buat duit ni...
Banyak untung sapa yang buat pelaburan emas ni,,
Melabur dalam emas fizikal,kadar kecairannya tinggi.Kalau terdesak nk guna cash,bole pajak di arahnu.Yang penting, beli emas yang tiada kos tersembunyi,yang senang nak jual semula dan spread yang rendah.Kalau emas maya@passbook,senang nak maintain.xpayah susah2 nak cari tempat simpan.sejarah kenaikan harga emas selama 5 tahun : >100%.
Saya dah beli emas KFH ni..tapi dia punya perbezaan harga juala dan belian terlampau tinggi iaitu >RM8...tapi takpe la sbb dorang simpan emas kite without any charge...
kalau saya buka akaun kfh 10 gram lepas tu keluar 5 gram dalam bentuk fizikal yang 5 gram tu boleh pajak kat mana mana tempat ke atau kita tak boleh pajak @ simpan saja
ahmad: kalau tak silap nak pajak kena buka plastik @pembalut tapi ianya tidak boleh dijual kembali kepada KFH, perlu check dengan tempat pajak gadai dan juga KFH sebelum membuat sesuatu
Post a Comment