Pages

Saturday, April 9, 2011

Kelantan vs Felda United: Live Liga Super 9 April 2011

Kelantan vs Felda United secara live dalam Liga Super pada 9 April 2011: Boleh dengar live melalui radiotrwfm dan boleh juga tengok live streaming melalui red vision: KELANTAN 6-0 FELDA UNITED
  • KEPUTUSAN MUKTAMAD KELANTAN 6-0 FELDA UNITED. Terima kasih bersama dengan sharinginfoz, jumpa lagi di lain masa. Bosan, bosan jom tengok more info on facebook dan makan chocolate. Kelantan kembali di persada Liga Super setelah Selangor dan Perak kalah.

    Keputusan penuh dan kedudukan terkini

    Antara video @youtube jaringan-jaringan


  • Satu lagi gol untuk Kelantan jaringan pemain gantian (Piala Presiden), Izuan Salahuddin, Kelantan 6-0 Felda United

  • (Update: Muktamad T-Team 2-0 Selangor)

  • 84": Danial Fadzly menjaringkan gol, Kelantan kenduri gol dengan 5-0. Khairul Fahmi nampaknya tidak begitu dicuba malam ini. Gol-gol Kel so far [ theredwarriors: KELANTAN 5 (SHAKIR 33' Mat Yo 43, Nizad 62' 73 Danial 84') -0 FELDA]

  • 79": Sepakan lencong Chanturu sedikit melepasi palang. Tinggal 10 minit lagi permainan (Update: Indra menjaringkan gol untuk T-Team 2-0 Selangor)

  • 73": Nizad Ayub menjaringkan satu lagi gol dan Kelantan 4-0 Felda United

  • Masih ada 20 minit permainan dan Kelantan mengasak untuk menambahkan jaringan dan keputusan lain Selangor dan Perak ketinggalan dan jika keputusan ini kekal Kelantan bakal kembali ke takhta Liga Super

  • Satu percubaan liar pemain Felda melepasi palang gol Kelantan

  • Seorang pemain pertahanan Felda dilayangkan kad kuning akibat mengasari Nizad Ayub

  • 63": Nizad menjaringkan gol setelah beberapa minit dimasukkan. Kelantan 3-0 Felda United

  • Pertukaran pertama untuk Kelantan Matyo (kapten) dikeluarkan dan Mohd Nizad Ayub dimasukkan. Shahrul mengalami kecederaan dan diharap tidak begitu serious

  • Tangkapan kemas oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi, jarang-jarang percubaan oleh Felda United

  • Kad kuning pertama untuk Kelantan dilayangkan kepada Nurul Azwan Roya dan minit ke 52 satu lagi kad kuning kedua untuk Kelantan kepada Shakir (Update: T-Team mendapat satu gol hasil jaringan Nor Farhan: T-Team 1-0 Selangor)

  • Satu gerakan oleh Matyo (Norshahrul) dan bola dikeluarkan dan sepakan penjuru pertama Kelantan di separuh masa kedua gagal disempurnakan dengan baik

  • Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan Kelantan membuat cubaan pertama ke gawang Felda yang mana bermain 10 orang setelah dikeluarkan akibat kekasaran terhadap Chanturu

  • Setelah 2 minit masa tambahan separuh masa pertama tamat dengan keputusan Kelantan 2-0 Felda United. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Sementara menunggu jom tengok more info on facebook dan makan chocolate

  • 40": Satu tendangan kencang oleh Norshahrul dan ianya gol kedua untuk Kelantan. Gol pertama dijaringkan oleh Mohd Shakir Shaari minit ke-33

  • Sepakan penalti akan diambil oleh Norshahrul Idlan Talaha

  • Satu sepakan penalti untuk Kelantan dan kad merah dilayangkan kepada pemain Felda United, (kad kuning kedua: Abdul Ghani) dan satu lagi kad kuning kepada seorang pemain Felda yang lain sebab mempertikaikan kad merah mengasari Chanturu

  • Sepakan penjuru ke-5 oleh ketua pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan ditanduk keluar oleh pertahanan Felda

  • 30": Permainan dihentikan seketika disebabkan seorang pemain Felda cedera dan diusung keluar

  • Rembatan Rizal Fahmi (Kelantan) sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol

  • Sepakan percuma Felda agak lemah dapat dikawal oleh pemain Kelantan

  • Sudah 23 minit permainan dan kedudukan masih terikat tanpa jaringan walaupun penguasaan oleh Kelantan (Update: Selangor gagal menjaringkan penalti lawan T-Team oleh pemain nombor 3, Mohd Razman)

  • Setakat ini penguasaan oleh Kelantan tetapi masih gagal menjaringkan sebarang gol, credit perlu diberi kepada penjaga gol Felda United. Permainan banyak tertumpu di sebelah gol Felda

  • Sepakan sudut ke-3 oleh Kelantan diambil oleh Solehin gagal disempurnakan dengan baik. Kad kuning kedua untuk pemain Felda United, Muhammad Khaironnisam

  • Satu lagi crossing oleh pemain Kelantan dapat dikeluarkan oleh Mohd Faizal, nampaknya Kelantan meneruskan serangan dapat ditumbuk keluar. Satu permainan yang baik oleh Mohd Faizal

  • Sepakan penjuru oleh pemain Kelantan dapat ditepis oleh penjaga gol, Mohd Faizal

  • 11": Satu layangan kad kuning kepada pemain Felda, Abdul Ghani (no. 17) akibat kekasaran ke atas pemain Kelantan

  • Percubaan pertama oleh pemain Felda, Liew Kit Kong ke arah Khairul Fahmi dapat diselamatkan

  • Larian laju oleh Chanturu dari arah kiri dan merembat leret tapi tersasar

  • Serangan oleh Norshahrul Idlan dapat dikeluarkan oleh pertahanan Felda United

  • Perlawanan malam ini diadakan di Stadium Muhammad IV baru sahaja dimulakan

4 comments:

Unknown said...

adoi x dpt ngok plok.. lupa nak sorok remote tv

eelobor said...

kat blog kawan ada live bro...

Anonymous said...

sape first eleven kelantan lawan felda?

ikhwan said...

kelantan menang tapi macamana turun no 4 er....