Pages

Tuesday, April 5, 2011

Pengalaman Snow di i-city Shah Alam

Weekend lepas, kami sekeluarga telah pergi ke tempat menarik terbaru di i-city iaitu snow walk. By the way, sorry entry kali ini banyak sikit gambar ya.
Sekarang ini (tak sure sampai bila), i-city mengadakan promosi untuk merasai snow buatan Korea iaitu RM10 (biasa RM20) untuk kanak-kanak dan RM15 (biasa RM25) untuk dewasa. By the way, promosi ini hanya untuk kemasukan antara pukul 10 pagi dan 6 petang. Since kitaorang dah tengok i-city waktu malam so datang pagi pun OK lagipun kebetulan tak perlu parking kat dalam bangunan (RM10), ada parking kat luar berhadapan pejabat pos (dekat aja berjalan), tak sampai 5 minit.

Inilah winter jackets yang dijemur setelah digunakan oleh pengunjung. By the way, harga tiket yang dibayar termasuk sekali dengan baju musim sejuk ini (tapi sewa aja ja, jangan pula bawa balik).

Memang suka betul Danish dan Afiqah bergambar dalam snowalk ni.

Afiqah actually first thing that she did bila masuk kat sini, terus baring atas snow ni. Entah kat mana dia tengok. Anyway memang mula-mula OK le tapi lama-lama memang sejuk sangat. I bet you cannot stay more than one hour here.

Danish pula bergambar di depan penguin, banyak juga arca yang dibuat menggunakan ais. By the way, kalau masuk sini, tak bolehlah nak buat snowman ke nak main snowball fighting ke. Memang salji kat sini tak tebal sangat.

Budak-budak memang suka naik benda alah ini. Ada disediakan beberapa ekor "haiwan" untuk ditunggang. So Danish suka sangat tarik Afiqah menggunakan tali tu, memang tak berat, maklumlah lantai yang licin. Tarik le sejauh mana dan selama mana yang dikehendaki, kalau tak silap ada le lebih kurang 10 ke 15 ekor.

Kat sini benda yang ramai orang buat ialah bergambar, bolehlah buat kenangan. Yang ni monster rabbit.

Kalau sebut pasal musim sejuk, kita akan terbayangkan igloo. Rasanya igloo kat kutub utara tu tak macam ni sebab yang ini ais aja, tapi hantam aja le. At least bolehlah kita bayangkan dan merasai macam mana keadaan tinggal di dalam igloo.

Memang arca ini dalam diukur menggunakan ais. Walaupun dok atas benda alah ini, tak ada le basah sangat sebab keadaan memang sejuk dalam ni.

Bagi yang nak mencuba "mini football field" bolehlah lepak kat sini. Memang excited budak-budak main. Tapi tak tahu le berapa lama anda boleh bertahan bermain bola kat sini. 5 minit pun dah kira cukup terror.

Slide memang Danish dan Afiqah bermain banyak kali. Tak tahu sebab apa maybe seronok kot nak merasai perbezaan yang kat luar dan kat sini. Tapi hati-hati memang licin dan jangan berjalan di atas ais, ada kain berwarna hitam diletakkan so berjalanlah di atas benda tu.

Ini yang menarik untuk dicuba tapi ramai tak nak, sebab takut ya? Memang laju benda alah ini dan anda perlu berhati-hati bila sampai kat penghujung track tu ianya akan undur "reverse" untuk slowdown pas tu ada staff snowalk akan stop benda alah ni.

Inilah sedikit gambaran track memang berbeza dengan track biasa kita tengok, why not give it a try. Semua benda yang ada kat dalam ini termasuk dengan tiket yang kita bayar so main le puas-puas.

Inilah rupa snow kat dalam ini, memang tak sama dengan snow yang original dan lebih kasar daripada air batu campur (ABC). Tapi bolehlah kita merasai sedikit pengalaman bermain dengan salji. So apa lagi, datang le kat snow i-city especially sekarang ni ada promosi. Nak tahu lebih lanjut boleh call diaorang di 03 - 5521 8800.

29 comments:

Taufan Bin Ribut said...

boleh tak kalau aku cakap "aku sedang jeles" ??

eelobor said...

pernah pegi masa baru2 bukak dulu. tak de bayar tiket masuk atau parking, smua masih percuma. hajat nak pergi lagi sekali, tapi bajet besar gak tuh

faiz said...

xpernah pergi tmpt camni...ade pergi pon sekali kat tempat ice skating..

shahrilhakime said...

tak megahse lagi sampei ke i-city ni....Insyallah....ae rezeki sampei le awok...macam biase...bawak anak2 main salji....

Relevan said...

Sejuk.. main salji.. tapi salji nampak kasar je.. janji sejuk..

CikIrna said...

lame dh teringin nak pergi i-city, tapi tak berkesempatan lagi..biarpun rumah dekat jer ngn i-city..huk3..tak boleh jadi nih, kena pergi gak nih..jeles2

sahromnasrudin said...

payah cari parking huhuhhh

Unknown said...

bagus gak ada promo price tu, sbb mahal la.... kalah genting punya hrga...tpi best kan.. ntah bile nak rasa snow yg betul lak..

ardinihumaira said...

seronoknya. teringin dni nak ke sana :)

Eliss said...

boleh la nak merasa jugak ni..sekangkang kera ajer dr rumah ni :)

amirah said...

kasarnya salji dia..salji kat genting mcm salji biasa je..tapi nmpk menarikla..bestnyaa..teringin giler nak pergi tapi xde peluang lagi..menunggu masa yg sesuai..afiqah ngan danish comelnya..aritu tgk gmbr afiqah cam kecik je lagi..

Zura Tahir said...

mcam kat obesea plak..hehe..xpnah pegi lg..

Unknown said...

ada dengar cerita tapi tak jelas, mujur belog ni ada buat entri ini, thanxx! terasa nak bawak anak dan mak ujung minggu ni, thanxx :)

velasrizal said...

wah dulu time ku pegi tarak lagi salji ni

rasp said...

dah ramai promote nie...
tak leh jadik...
harus terjah gak nie...
nak nak tengah dok promosi nie kan...

Geng Borak said...

nak gi i-city.. tapi sesak dengan orang.. dulu gi skali je.. hehehee
Selesaikan Masalah Streamyx anda Sendiri!

icee-yah said...

bestnye..eh..slide die tu mmg lain lah dr kat genting punye..ade promotion ke..best best

Unknown said...

huhu snow yg tak rupa snow eh? tebal sgt nk dipanggil snow tu

Murni Alfathunnisa said...

alahai bestnya...tak berkesempatan nak pergi ke i-city lagi....

hazman aka species1980 said...

hurmmm.... kalau dok dalam tu time cakap2 mulut kuar asap2x tak....hehehhee

MiYOKO SuKi said...

best2..
nk kena trjah gak nii

Sumijelly said...

wah... ko dh sampai situ yek...

aku I Cit ypun tak masuk lagi....

eh..mcm kat genting ker dia punya sejuk??

Sumijelly.com

Sharinginfoz said...

sumijelly: memang sejuk sangat-sangat macam dok dalam fridge aja, jauh lebih sejuk dari genting

diba said...

waaa bestnya,, kasut pun kne sewa ea?
then nk msok i-city tue kan kne byr. so msok kne 2x byr for i-city and snow walk ker?

Sharinginfoz said...

Ras Adibah: kasut boleh sewa (boot) tapi nak guna kasut biasa pun boleh but jangan lupa pakai stokin ya. Masuk i-city rasanya kena bayar parking @RM10 tapi kalau ada kat luar carilah, snow walk memang kena bayar

Anonymous said...

bolehlah bwk anak2 rebina dtg sini next month! :)

Anonymous said...

I hope, it's OK

If said...

Hihi...dua minggu lepas sempat pegi...mmg best sgt2. ambik gmbar byk2..[kitorg bwk henpon masuk. nyahaha~] ... lepas tu semua benda kitorg try, kitorg main. ada rumah2 yg kna buat dr ais..kitorg mmg xingt dunia try semua slide, yg kereta tu...jmbtn gntung...pelampung (??)...memang best2

Anonymous said...

kalo bawa motor pun sama gak ye harga parking nya??