Hari tu baca article dalam Star Metro mengenai penjualan tilam baru menggunakan lori yang boleh ditukar dengan tilam lama. Kita selalu dengar "tilam lama...... tilam lama ganti baru.... tilam kao kao".
Tahukah semua, berdasarkan intipan penulis, penjual ini recycle (mengitar semula) tilam lama untuk dijual kepada pengguna. Maknanya tilam kat luar nampak baru tapi kat dalam menggunakan tilam-tilam yang lama, sudah lusuh dan tidak boleh digunakan, membahayakan kesihatan terutamanya bagi kanak-kanak.
Mengikut Star Metro lagi, kilang recyle ini terletak di Bandar Baru Ampang, Balakong dan Kepong. Just imagine tilam yang digunakan, maybe tilam tersebut telah terkena air kencing bayi, air liur basi, tilam digunakan oleh pesakit di hospital, terkena air xxx dan sebagainya.
So next time, berhati-hati kerana kita spend satu pertiga dari kehidupan kita atas tilam.
20 comments:
eee gelinya.. biarlah keluar duit lebih sikit beli vono, asalkan bersih... :)
sebbaik tak penah beli tilam dari lori camni
Tidor atas tikar mengkuang..atau pun tilam kekabu buat sendiri..lagi bes..sejuk jer..
eish.
geli lak.
bek beli tilam yg isi ngan udare tu.
lg selesa kot.
hahaha.
ishhhhhhh naik bulu rome... sebab pa ada jugak cina bawak tilam dgn lori masuk kg juai tilam .... ye la dia tukar la dia ambik tilam lama kita dia juai yang dia bawak tu murah sikit.... kalau hubby saya tilam lama dia bakaq ja...... eeeeeeeeeeeee
wah
macam2 bentuk penipuan ada sekarang dekat dunia kan
risau betul
EIIIIIIIIIIII...Geli plak rasanya. tp mmg saya tak pnh beli pon tilam2 yg cam gini...
baik beli je yg mahal sket kut..badan pun x sakit2 nanti
Say No to Tilam Recycle...
Tips Elakkan Mabuk Darat
hisss... tak jadi aku nak beli tilam dekat lori yg selalu datang dekat umah aku tu.. hampeh betul
euwwwwwww
xxx tuh air apa bro? huhuhuhuhu
yeker??
tak pernah terlintas nak beli pun
beli kat kedai lagi best
murah dan byk pilihan =)
nsb baik xpenah beli
setuju..belilah yang baru..biar mahal tapi tidak memudaratkan....
eeeeeee..takutnya..air xxx tue yg membahayakan tue..huhuhh
eii.. bahaya btol .. kitar semula rupenya .. T_T
betul jugak..mmg bahaya lah kalau cm tue proses dia..
seramnya, baik beli je tilam yang baru.
Tilam lama tukar baru... Jangan kamu kutuk semua yang jual tilam pakai lori tu. Tilam yang dah lama kan mesti ditukar dengan yang baru. Jangan pulak terlebih tafsir.Yang dia orang beli tilam yang lama tu just sebagai taktik bisnes. Lagi yang heboh tu mungkin jugak sesetengah pihak yang sabotaj lori tilam sebab lori tilam tu jual pada harga yang munasabah.(Tengok baik-baik kat gambar tu, tilam "KING KOIL" dan tilam "GOODNITE" pun ada. tu tilam recycle ke?)
Post a Comment