Pages

Saturday, April 2, 2011

Harga Minyak @Petrol RON97 Naik Lagi 20 Sen Seliter to RM2.70 (2 April 2011)

Hari ini 1 April 2011, laporan dalam Berita Harian menyatakan bahawa harga petrol ROM97 naik lagi 20 sen kepada RM1.90 seliter bermula 2 April 2011. Apa-apa pun, harga petrol RON95 masih kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikan tersebut disebabkan oleh krisis di Asia Barat dan sekaligus peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Jom kita terjah apa kata blogger lain mengenai kenaikan harga petrol ini:

14 comments:

Hairil Rizal said...

Komfem tukar guna RON95 mulai skrg! :)

Tak larat ooo layan RON97 kalau itu mcm punya harga...

faiz said...

thanks letak link saya..kesiankan org guna ron97..

velasrizal said...

nk pilihanraya kt sarawak pn sempat lagi naik.. thanks for da link

ZanaNordin said...

aduhhhhh
naik lagiiiiii
pakat tolak jer lerrr kereta coz' tak mampu nak isi minyak bulan2 pergi kerja

Anonymous said...

xda hai lah..xpkai ron 97..kai ron95

Ayie said...

tape.. kita biar kerajaan pijak org kaya.. asyik org kaya je pijak kita.. hahaha..

*RON97 hanya digunakan untuk kereta prestasi tinggi seperti Merc, BMW dan sebagainya dimana kereta prestasi ini kebiasaanya dimiliki oleh...

A- Pengemis
B- Orang Kaya
C- Student
D- MakCik Kantin

shahrilhakime said...

ni rege terbaghu RON 97 kat Malaysia ye??? errmmmm..awok tak heghan pun....nanti deme buat le perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak.....dan rege minyak deme mahei......

entah le....ape2 kenaikan rakyat yang kene tanggonggg

eelobor said...

kalau ron95 yang naik mesti dah kecoh kan. sana sini entri pasal minyak naik & kat facebook pun macam2 komen yang boleh di baca.

kawan cuma guna ron95 jer

Geng Borak said...

ohh.. kita kena naikkan harga minyak lagi.. sebab harga minyak dunia dah meningkat lagi... (alasan sama setiap kali naik)
takpa-takpa.. biar kami rakyat pakai minyak RON95 aja.. kalau RON95 NAIK jugak, memang cepat la tukar kerajaan nanti.. dah bincang debat minyak pun, taknak laksanakan.. ptuuuihhh!!

Anonymous said...

ron 95 minyak kurang kualiti..
ron 97 lebih kualiti..harga naik membebankan org bergaji kecil.

kidfx said...

campur-campur la guna minyak..aku pun wat camtu jugak. sekali isi rm40 ron97 bila tangki dah separuh, isi pulak yang RON95..

Relevan said...

Ron95 belum naik lagi..tengok pertengahan tahun ni siap lah..

amirah said...

jgnla RON95 plak naik..

Toshio (Zharfan) said...

Bro Ayie

Cuba tengok kereta Proton Iswara pintu minyak.

Dia tulis OKTANA+97, maknanya Proton Iswara tak boleh pakai RON 95. Saya pernah isi RON 95 kat Wira, enjin terus susah nak start. Mahu ke tak mahu, RON 97 kena isi.

Malah kenaikkan RON 97 mencekik pemandu kereta berenjin Jepun seperti Proton Saga lama, Proton Wira dan Proton Iswara.

Mercedes, BMW dan kereta mewah lain selain buatan Jepun pula boleh isi RON 95 kerana di Eropah, RON 95 dijual dan saya dah banyak kali saya tengok orang ramai bawak Mercedes dan BMW isi RON 95.

Di Jepun, petrol negaranya RON 100 kerana melindungi industri keretanya serta menyukarkan kereta import dijual di Jepun.

Kalau tengok pintu minyak BMW, ada tulis RON91-RON98. Maknanya RON 95 boleh dipakai. Berbanding Proton Iswara dimana tulis OKTANA+97.