Pages

Tuesday, April 26, 2011

Keputusan Live Semasa @Terkini Kelantan vs Selangor: Liga Super 26 April 2011

Keputusan Live Semasa @Terkini Kelantan vs Selangor: Liga Super 26 April 2011
(KELANTAN 1-0 SELANGOR) Bosan-bosan jom Hyyptv
  • Keputusan penuh Liga Super: video @youtube sokernet

  • Perlawanan tamat dengan Kelantan memperoleh 3 mata berharga setelah menang 1-0 lawan Selangor, gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha (penjaring terbanyak Liga Super setekat ini). Terima kasih kerana mengikuti perkembangan Kelantan vs Selangor

  • 91": Farisham (Kel) dikenakan kad kuning setelah melakukan terjahan dari belakang. Selangor menguasai permainan dengan 55% dan Kelantan 44%

  • 89": Amri Yahyah gagal memanfaatkan bola di hadapan pintu gol. 3 minit masa tambahan diberikan

  • Dua minit lagi untuk Kelantan memperoleh 3 mata penuh di tempat sendiri. Chanturu dibawa keluar padang akibat kecederaan

  • 86": Pertukaran ketiga untuk Kelantan, Badri (kapten) direhatkan dan Khairan Ezuan dimasukkan

  • 84": Percubaan dari sudut yang sukar oleh Nizad Ayub dapat diselamatkan oleh Saiful Amar

  • 80": Kad kuning ke-4 untuk Selangor dilayangkan kepada Bunyamin

  • 77": Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan Danial Fadzly untuk mempertajamkan serangan Kelantan bergandingan dengan Norshahrul

  • 75": Walaupun banyak serangan oleh kedua-dua pasukan tetapi masih gagal menjaringkan sebarang gol. Pemain Selangor, Mohd Bunyamin akibat kekejangan

  • 72": Nurul Azwan Roya (Kel) dikeluarkan dan Mohd Azuan Solahudin (yang so far menjaringkan 2 gol dalam LIga Super) dibawa masuk

  • 66": Sepakan pemain Selangor dapat ditepis oleh Fahmi tetapi seorang lagi pemain Selangor dalam kedudukan offside

  • 65": Amirulhadi (Sel) dikeluarkan dan digantik oleh Mohd Fitri

  • 62": Sekali lagi sepakan pemain Kelantan oleh Nurul Azwa setelah mendapat hantaran Matyo tetapi dapat dikeluarkan oleh penjaga gol Selangor. Nampaknya Kelantan semakin menyerang. Matyo memang bagus memberi hantaran. Matyo sekarang mendahului penjaring gol terbanyak Liga Super dengan 11 gol

  • 60": Hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Matyo disepak cantik oleh Piya tapi terkena pemain SElangor

  • 57": Gerakan solo Shahrul sedikit terlambat dapat ditackle cantik oleh pemain Selangor dalam kotak penalti. Update Perak 4-2 KL

  • 52": Percubaan lemah oleh Badhri (Kel) terus ke Saiful Amar. Update Perak 3-2 KL

  • 49": Kad kuning dilayangkan kepada Nurul Azwan Roya (Kel) kerana dipercayai merebahkan badan dengan sengaja di luar kotak penalti Selangor

  • 46": Sepakan dari tepi pintu gol oleh Amri Yahyah terkena tiang gol, nyaris-nyaris dapat gol penyamaan

  • Perlawanan separuh masa kedua dimulakan dan Kelantan mendapat lontaran ke dalam pertama

  • Permainan tamat untuk separuh masa pertama dengan Kelantan 1-0 Selangor. Jumpa lagi di dalam masa 15 minit

  • 45": 2 minit masa tambahan dan mengikut perkiraan Kelantan menguasai permainan dengan 60% manakala Selangor 40%

  • 43": Sepakan percuma oleh Azidan (Sel) tersasar jauh di atas palang

  • 42": Sepakan percuma Safiq Rahim (Sel) dibiarkan keluar oleh Fahmi

  • 39": Rembatan Amri Yahyah dihantar oleh Safiq Rahim dapat ditangkis keluar oleh Fahmi dan dikeluarkan dalam petak penalti oleh pertahanan Kelantan

  • 37": Percubaan pertama Danial Fadzly (Kel) tersasar di sebelah kanan pintu gol. Serangan balas Selangor dapat dikeluarkan oleh pemain Kelantan. Sepakan penjuru Selangor dapat dikeluarkan oleh Fahmi

  • 35": Sepakan sudut yang ke-4 untuk Kelantan diambil oleh Danial terus ke penjaga gol Selangor

  • 30": Mohd Hardi (Selangor) diberi kad kuning akibat membantah keputusan pengadil yang memberikan tendangan percuma di sebelah kiri sudut tetapi gagal disempurnakan oleh Kelantan

  • 28": Sepakan penjuru Kelantan ditanduk melepasi palang oleh Matyo. Daudsu dibawa masuk semula setelah dikeluarkan sebentar tadi untuk rawatan

  • 27": Satu tackle yang teruk oleh pemain Selangor, Azidan dan dikenakan kad kuning kedua untuk Selangor setelah melakukannya terhadap Daudsu

  • 25": Satu lagi sepakan percuma just di luar kotak penalti oleh Safiq dapat ditangkap cemerlang oleh Khairul Fahmi. Update: Perak mendahului KL dengan 2-1

  • 23": Sepakan percuma diluar petak penalti sebelah kiri gagal disempurnakan oleh pemain Selangor, Mohd Nasriq yang menanduk keluar walaupun mendapat hantaran yang cantik, sungguh tidak bernasib baik untuk Selangor

  • 21": Kad kunig pertama pada malam ini diberi kepada pemain Selangor, Yosri Dermaraju setelah membantes Chanturu

  • Sudah 20 minit berlalu, serangan-serangan oleh Selangor dapat dikawal baik oleh pertahanan Kelantan

  • Pada malam ini Stadium Muhammad IV dipenuhi dengan penyokong Kelantan dan dianggarkan melebihi 25,000 penonton yang menyaksikan perlawanan

  • Sudah 15 minit perlawanan, kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan dan permainan agak seimbang. Kedudukan terkini Perlis 0-1 Pahang, Perak 1-1 Kuala Lumpur, Harimau Muda 1-1 Negeri Sembilan

  • 10": Selangor mengatur serangan dari bahagian kanan oleh Amirulhadi tetapi Amri Yahyah dipersalahkan kerana sudah berada di dalam kedudukan offside

  • 7": Sepakan sudut Kelantan dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Selangor, Saiful Amar

  • 6": Sepakan sudut pertama Selangor dapat ditolak keluar oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi

  • 5": Gol pertama untuk Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha (Matyo) hasil lontaran dalam oleh Daudsu

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan Selangor menyepak mula bola dengan jersi biru putih manakala Kelantan merah putih. Kelantan dengan taktik 4-4-2 manakala Selangor pula 4-5-1

  • Senarai pemain-pemain Kelantan dan Selangor
Previous Entry
Hari ini, 26 April 2011 pukul 8.45 malam, perlawanan yang dinanti-nantikan bagi peminat bola sepak tanahair di antara Kelantan vs Selangor. Ianya akan berlangsung di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Siaran langsung @live boleh ditonton di Astro Arena channel 801.

Pada perlawanan pusingan pertama Kelantan mengalahkan Selangor dengan 2-0 di Shah Alam pada 29 Januari 2011. Perlawanan pembukaan ini juga merupakan Piala Sumbangsih.

Setelah bermain 14 perlawanan, Selangor berada di puncak Liga Super dengan punggutan 32 mata manakala Kelantan di tangga ke-3 dengan 27 mata. Kalau tak ada sebarang masalah saya akan update keputusan terkini @semasa or boleh tengok live di Astro Arena, Kelantan vs Selangor.

Live boleh diikuti melalui trwfm.

5 comments:

Unknown said...

dijangka perlawanan ini berakhir dgn seri supaya terngganu dan perak blh kejar..

Geng Borak said...

kat klate nih... abis laa selangor.. huhuh

Apesal Earning Nuffnang Jadi Kosong??

Ayie said...

Tolong le selangor.. tolong jangan buat lawak bodo mcm arsenal plak.. makin teruk nanti gua kene bahan.. =.=''

LiFe KaMi said...

hopefully selangor menang, walaupun keja kat kelantan..hehe
apa2 pun dua2 mmg best..:)

Ash said...

Selangor terlalu bergantung kepada Hardi, Amri Yayah dan Amirul untuk kreativiti. Kalau diorang main bagus boleh menang. Kalau tak bagus the whole team suffer.

Selangor should get rid of the keeper (tangkap bola tak reti?) and that useless Gunalan.