Pages

Wednesday, April 20, 2011

E-mail Untuk Setiap Rakyat Malaysia @18 Tahun Ke Atas


Mengikut Kosmo, kerajaan akan menyediakan e-mail percuma kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Tujuan pemberiaan e-mail adalah bagi memudahkan komunikasi antara kerajaan dan rakyat.

Antara fungsi e-mail tersebut adalah bagi memeriksa bil dan bayaran, Di samping itu, notis daripada kerajaan juga akan dihantar ke akaun e-mail ini.

Maknanya nanti urusan dengan agensi kerajaan, i.e. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan e-mail ini, antaranya notis pengisytiharan dividen KWSP, notis pembayaran balik cukai lebihan dan notis saman. Itu pandangan saya aja tak sure apa peranan sebenarnya e-mail ini. Kita nantikannya dan kalau tak silap bulan Julai 2011 nanti e-mail untuk setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan dimulakan.

Apa pandangan semua?

Update:Sedikit info mengenai projek yang menelan belanja RM50 juta ini melalui twitter @NajibRazak yang menyatakan bahawa kos untuk perkhidmatan ini tidak menggunakan public money.

22 comments:

Relevan said...

Nanti kita buat e mail ni ramai ramai.. menyokong !

Cipina said...

kalau dah ramai yg pandai guna facebook, maknanya masing2 dah reti guna email la kan? oke jugak tu.

Unknown said...

ok...as long as its free..hihi

Eliss said...

sapa nak kena manage email tu erk..huhuhu

user me ramai gila yang lupa password, nak tambah kuota, mail tak lepas dan macam2 karenah..tu baru berapa ribu..haissshh

Myvitrd said...

adakah sistem ini secara automatik dicreatekan atau kena register dulu ye?

Ayie said...

Nice..

Nik Zulkhairi said...

bila dah dapat email ni, ramai yg lupa dan tak guna. nanti jadi storage junk mail, email menang lottery, email promosi ubat kuat dan macam-macam lagi. email ni tak perlu, dah ada banyak email free dari google, msn dll. lebih baik mintak tricubes improvekan internet infrastructure kat malaysia ni, ada gak faedahnya.

shahrilhakime said...

Errr......bagoih le....tapi awok skeptikal..... jaghang kat Malaysia dapat bende pree.....

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

nak kata tak tau...tapi dah kata m'sia dah semakin maju....boleh ja kot...

velasrizal said...

kalo suma org de akses intenet xpe gak.. ntah2 nk guna emel utk sebar propoganda

~Nabilah~ said...

skong sgt2 dgn idea nie... :)

Unknown said...

malaysia makin maju tapi internetnya masih macam siput jugak....

sahromnasrudin said...

honestly, sy tak berapa setuju....ape fungsinya??? lebih baik upgrade jalan, 3G kat nun ceruk kampong..banyak lagi yang tertinggal..ia akan menyebabkan pembangunan luar bandar dan bandar semakin melebar....

faiz said...

bgus cadangan ni...tapi jgnlps hantar email mereka xhntr fedback blk dah la..

amirah said...

semua 18 juta rakyat akan guna ke?ermm..

babybugmum said...

ok gak..pape bgtau thru email je..

syairahmohdanuar said...

alaaa..guna email dh pulak ke? :( *entah kenapa, tapi tak suka *.hikhik x)

eelobor said...

kawan sndri tgh pening lg nih.... utk apa sebenarnya nih?

Cheguman said...

ini adalah email rasmi. macam alamat rumah lah. setiap orang ada alamat rumah.

bila laksana sepenuhnya nanti, bila kita bayar bil,tak perlu lagi diberi resit.

Kelemahan guna email sedia ada spt yahoo dll ialah ia tak seragam dan kita perlu daftar dulu dgn kerajaan.

kalau selama ini kita guna email yahoo, gmail dll secara 'percuma' kenapa susah nak terima akaun email percuma drpd kerajaan sendiri?

atau kita dengki dgn syarikat pembekal tu? setiap syarikat ada strategi pelaburan dan pemasaran tersendiri.

Miecyber said...

Harap email tu berfungsi dengan baiklah nanti..

Top 10 negara sihat

hazman aka species1980 said...

hurmmm..... adalah lebih baik berikan harga akses internet yang lebih murah dengan kelajuan yang lebih tinggi.....

azzey said...

Nk tgk juga nanti mcm mana....:)