Pages

Friday, April 1, 2011

Apa Cerita Business MLM Gelang AC Mizal Sekarang?


Ada baca tulisan kat blog aidid mengenai kisah terbaru mengenai business MLM Gelang AC Mizal yang hangat diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini termasuk oleh blogger terkenal Beautifulnara dan Eyriqazz.

By the way, dalam blog aidid ada letak screenshot menyatakan bahawa speakers bagi gelang AC Mizal telah "meletak jawatan" dan sebarang pemberian bonus adalah menjadi tanggungjawab syarikat AC Mizal. Mereka adalah Salima AF, Khai Wahi dan juga Rosma Sidik.

Bila check kat website www.gelangacmizal.com, site tersebut dalam penyenggaraan. Tak tahulah apa nasib kepada mereka yang membeli gelang tersebut yang mana sesetengah kes melebihi ribuaan ringgit dan ada juga yang berhutang. Yang masuk melalui Salima AF, Khai Wahi dan juga Rosma Sidik tak tahulah macam mana pandangan mereka sebab "sifu" mereka sudah tak ada bersama-sama dengan AC Mizal dah.

Apa-apa pun kita tunggu, kisah yang sebenarnya mengenai gelang AC Mizal. Personally, saya tak favour dengan MLM, yang mana ada menjanjikan untung tanpa perlu berbuat apa-apa ataupun kena cari ahli lain bagi mendapatkan komisen. Dalam hidup ini tiada benda yang senang, duit tidak datang bergolek, kita kena cari tapi carilah dengan cara yang betul.

21 comments:

faiz said...

dgr cerita MLM AC ni penipu..wahh..dah lulus iklan exabytes bro..

Fairus Bin Mamat said...

REZEKI MEMANG TAK DATANG BERGOLEK.. TAPI AYAM GOLEK MEMANG SEDAP DIMAKAN.. :)

ardinihumaira said...

dni skang ni tak caya langsung yang sistem2 downline segala kecuali yang jenis jual barang2. contohnya avon hehehe ;)

Geng Borak said...

aku memang anti MLM.. huk huk huk

Liyana said...

kesian org yg dh terbeli gelang tu kan..

velasrizal said...

haha tetibe under construction huhu

Sharinginfoz said...

faiz: he he he, semalam baru dapat code exabytes

SobriMansor said...

dengar kata dari kenalan aku, sekarang ni dia buat bisnes pemberi pinjaman wang berlesen....Benar atau tidak, tuhan saja yang tau

Nia said...

ha,..tak lama lagi mesti keluar penjelasan AC Mizal pulak kan.

Unknown said...

dlu MLM kn femes..skunk org da boleh pkir da..tu psl tak laku da..

apela MLM pe smue tu..ish3

toyolkiut said...

lbh mmburukkan situasi bila gelang itu telah d sahkan tiada apa2 manfaat pun pada si pemakai..
errkk..
propaganda je lebih..
hehe..

yg pasti mmg TK x pnh beli gelang2 gitu, pakai gelang manik je yg dbuat sndiri dr lebihan manik yg d jahit pada baju.. bkilau bersilau jg..
hahaha..

Lagenda said...

Tak percaya pun produk nih

Faisya said...

ramai dah terkena dgn bisnes MLM, nape kerajaan x do something? haishhhhh

kalau sykt AC tu benar2 menipu, kenapa takde pihak berkuasa yang mengambil tindakan? dah sah2 salah disisi undang2...

Anonymous said...

saya suka gelang pasar malam dari gelang AC Mizal

amal said...

setuju.. mana ada rezeki datang bergolek2.. semuanya kena usaha...

azzey said...

Saya pun stuju dgn awak. mana ada duit yg dtg mcm tu je tanpa usaha...

p/s: mmg x minat MLM dari dulu lagi

miss nina said...

kasihan sape yg tertipu
berniaga biarlah ikut cara yg dibenarkan syarak

hazman aka species1980 said...

Mungkin boleh jadi topik hangat skang... sebab si AC tu kan tgh jadi pengacara MAHARAJA LAWAK....kwang3x

Murni Alfathunnisa said...

memang tak percaya dengan MLM semua tu...ayat je manis diorang ni..hasil nya tak nampak pun....

cayrul said...

semua org marah dgn syarikat MLM tapi kerajaan hanya pekak badak sahaja. Lebih mengharukan yg masuk MLM nie ramai dari kakitangan kerajaan. Contoh tempat kerja sy hampir satu unit tertipu nga AC dulu ckp boleh cpt kaya la tapi skrg senyap jer skrg still duk pakai motor cabuk tue jgk.

Relevan said...

Semakin ok kot semakin malap..