Pages

Tuesday, April 12, 2011

Keputusan Terkini @Semasa Live: Kelantan vs Perak: Liga Super 12 April 2011

UPDATE: KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN PENUH

Keputusan Terkini @Semasa Live: Kelantan vs Perak: Liga Super 12 April 2011: KELANTAN 0-4 PERAK
  • PERMAINAN TAMAT DENGAN PERAK MENANG 4-0 LAWAN KELANTAN. Perak bakal menduduki tangga kedua atau pertama (bergantung kepada keputusan Selangor)

  • 91": Satu lagi rembatan leret Nurul Azwan Roya ditangkap penjaga gol, ada 3 minit lagi dalam masa tambahan

  • 87": Rembatan leret Shakir sedikit tersasar, Kelantan masih menunggu gol pertama

  • 81": Gol keempat untuk Perak oleh Razali Umar hasil bola daripada Noor Hazrul

  • 78": Satu gol lagi untuk Perak jaringan Akmal Rizal menggunakan kaki kiri. Kesilapan pemain pertahanan dan penjaga gol Kelantan @kebangsaan (di luar jangkaan Fahmi)

  • 76": Izuan Solahuddin dimasukkan bagi menggantikan Solihin. Kelantan perlu melakukan sesuatu jika ingin membawa balik mata malam ini

  • 73": Perak mendapat tendangan percuma di sebelah kiri di luar petak penalti tetapi dapat dikeluarkan oleh pemain Kelantan

  • 72": Norshahrul mendapat kad kuning setelah melakukan "sliding" ke arah penjaga gol

  • 70": Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan Daniel Fadzley. Apasal le mengeluarkan Daniel since beliau bermain dengan baik sekali

  • 67": Sepakan Norshahrul di sebelah kanan pintu gol dapat ditangkap oleh Nasril tetapi Kelantan diberi sepakan sudut setelah bola tersebut keluar dan corner kick gagal membuahkan hasil

  • 64": Chanturu (Kel) dilayangkan kad kuning setelah tertendang pemain Perak, Hisyamudin di luar sebelah kiri petak penalti

  • 59": Counter attack oleh pemain-pemain Perak ditackle oleh pemain Kelantan dan sepakan percuma dapat ditangkap cantik oleh Khairul Fahmi

  • 58": Hantaran percuma Danial memang cantik ke pintu gol tetapi gagal disempurnakan oleh Chanturu. Memang diakui Daniel Fadzley pakar sepakan percuma

  • 55": Norshahrul gagal berbuat apa-apa setelah mendapat hantaran silang ke pintu gol Perak

  • 52": Tandukan pemain Perak gagal ditangkap kemas oleh Fahmi dan nasib baik Akmal Rizal yang berada di depan Fahmi tidak dapat berbuat apa-apa, kalau tidak satu gol lagi buat Perak

  • Permainan separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan serangan dilakukan oleh pasukan Perak tetapi dapat dipatahkan oleh pasukan Kelantan (Update: Terengganu mendahului T-Team 1-0)

  • Permainan separuh masa pertama tamat setelah 2 minit masa tambahan dan kedudukan setakat ini KELANTAN 0-2 PERAK. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • Update: Selangor mendahului Felda 1-0

  • 42": Mohd Shakir (Kel) dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Perak berdekatan dengan garisan tengah padang

  • 40": Perlawanan tinggal lagi 5 minit untuk separuh masa pertama dan Kelantan membuat serangan bertubi-tubi bagi mendapat gol pertama

  • 34": Sepakan percuma oleh pemain Perak di luar kiri petak penalti dapat ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi. Permainan malam ini sungguh menarik kerana kedua-dua pasukan bergilir-gilir membuat serangan

  • 32": Serangan bahagian kanan Kelantan tidak begitu berfungsi dan kebanyakkan attack di bahagian kiri dan tengah

  • 29": Satu lagi sepakan percuma Daniel cantik ke pintu gol tetapi Norshahrul yang berada di hadapan tidak boleh berbuat apa-apa setelah "dihalang" oleh pemain Perak

  • 28": Sepakan percuma cantik Daniel Fazly (Kel) di luar kotak penalti ditangkap kemas oleh Nasril

  • 26": Satu gol lagi buat Perak hasil jaringan mudah oleh Shafiq Jamal setelah mendapat bola daripada Nanthakumar dari sudut kiri hujung gol

  • 20": Sepakan sudut pendek diambil oleh Norshahrul tetapi Zairul Fitree mensia-siakan peluang dengan merembat tinggi

  • 18": Serangan Chanturu dapat diselamatkan oleh penjaga gol Perak, Md Nasril dengan merebahkan diri dan bola muntah tidak dapat dilakukan sesuatu oleh Norshahrul akibat tackle oleh pemain Perak

  • 17": Shafiq Jamal (Perak) sedikit offside

  • 16": Satu rembatan cantik oleh Isma Alif di luar petak penalti dapat diselamatkan dengan cemerlang @ditepis keluar oleh Khairul Fahmi

  • 15": Setelah 15 minit permainan kelihatan Perak lebih menguasai permainan terutamanya di bahagian tengah dan pertahanan Kelantan agak longgar

  • 8": Satu lagi cubaan Akmal Rizal sedikit tersasar disebabkan oleh kesilapan pemain-pemain pertahanan. Akmal Rizal telah membuat cubaan kali ketiga dan perlu diberi perhatian yang lebih malam ini

  • 5": Md Fazrul Hazli menjaringkan gol untuk Perak setelah sedikit kesilapan yang telah dilakukan oleh Khairul Fahmi

  • 3": Serangan Akmal Rizal tersasar jauh di atas palang

  • 2": Sepakan sudut pertama yang diambil oleh Norshahrul (Kelantan) dapat dipintas oleh pemain Perak

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan mengambil sepak mula. Kelantan menggunakan jersi putih manakala Perak pula kuning

  • Boleh ikuti live melalui video streaming dan juga radio



Entri Terdahulu
Pada pukul 8.45 malam ini, 12 April perlawanan yang ditunggu-tunggu antara Kelantan vs Perak boleh kita tonton secara live melalui Astro Arena channel 801. Kelantan yang menduduki tangga teratas setelah menang bergaya 6-0 menentang Felda United dijangka mengekalkan momentum.

Perak pula yang berada di tangga ke-3, dijangka akan bermain dengan lebih baik di tempat sendiri setelah buat pertama kali kalah dengan jaringan 1-2 kepada Sabah. Perlawanan malam ini diramalkan sangat sengit di mana Kelantan terkenal dengan serangan yang so far pasukan paling banyak menjaringkan gol di dalam Liga Super dengan 24 gol or average 2.4 gol setiap perlawanan.

Perak pula terkenal dengan pasukan yang paling sedikit bolos, hanya 5 gol or 0.5 gol setiap perlawanan. Kita saksikan perlawanan hebat malam ini Kelantan lawan Perak live di Astro Arena. Kalau tak ada apa-apa masalah saya akan update keputusan terkini.

11 comments:

bojie_boboy86 said...

yob kejar yob....hehehe

DKosongLapan said...

Beghat ni....maklomle....
Kelate baghu menang dengan Felda United 6 - 0...
Perak plak baghu lepaih kalah dengan Sabah 2 - 1....

walopon main kat home.....tapi penyokong kelate ghamei yang dok Perak..... kalo nengok pade cuace ni......dah hujan kat luo tu....malam ni padang licin......

Jeneral Robot said...

awak ni orang kelate..tapi kawan awak yang mengajaknya ke stadium..so, kena ikut dia duduk dengan penyokong perak lah gamaknya malam ni..tahan je la telinga..ha ha ha...!

Ieda Al-Habsyi said...

uhuhu1 encik somi g tgk malam ni, ai kecoh betoi mlm tadi nak tgk nak tgk, hehehe

amirah said...

takpe2..semangat juang yob masih berkobar2 lagi ni walaupun di tangga 3..ada chance lg ni..heh

eelobor said...

Insya Allah....TRW boleh. GKG

mie said...

kejo yob kejoo....
walaupun xtgk, gue ttp support..
eheheh

Manja Kucen said...

Yeahhh Perak..

Go Go Perak... MAintaiinnn

mrsid said...

habih la kelate keno wak aye ko perok

Fikri Rais said...

owh kome.. dughiyan dah berbunge.. :)

relevan said...

Perak?..