Pages

Sunday, April 17, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super 16 April 2011

Keputusan penuh perlawanan Liga Super 16 April 2011:
  • Selangor menang tipis ke atas Perak 1-0. Dengan kemenangan tersebut, Selangor berada begitu selesa di persada liga dengan 2 mata lebih daripada Terengganu

  • Kelantan gagal memanfaatkan tempat sendiri lawan Sabah setelah permainan berakhir tanpa jaringan dan kekal berada di tangga ke-4

  • Setelah 12 perlawanan, Perlis berjaya merekodkan kemenangan pertama lawan Negeri Sembilan dengan 3-2

Kedudukan terkini Liga Super (16 April 2011): credit (sokernet)

Update: Kelantan vs Sabah
  • Keputusan tamat dengan Kelantan 0-0 Sabah

  • KETUA JURULATIH SABAH DILAYANGKAN KAD MERAH DAN DIBUANG BANGKU TEMPAT DUDUK (bukan padang ya). Mengarut betul malam ini setelah ketua jurulatih Sabah membantah keputusan pengadil

  • 90 minit permainan tamat dan 8 minit masa tambahan diberi

  • 70": Permainan dihentikan seketika setelah penjaga gol Sabah, Syed Adney claim terdapat pancaran laser. Perlawanan di sambung semula setelah 5 minit

  • 60 minit permainan menyaksikan tidak ada sebarang gol dijaringkan dan jika keputusan ini tidak berubah kemungkinan kedudukan Kelantan akan turun

  • Keputusan separuh masa pertama berkesudahan tanpa jaringan

  • 45": Sepakan Nurul Azwan Roya terkena tiang dan muntahan bola dirembat oleh Solehin tetapi dapat dikeluarkan oleh pertahanan Sabah. Dua minit masa tambahan diberikan

  • Setelah 30 minit permainan keputusan masih kekal Kelantan 0-0 Sabah walaupun Kelantan lebih banyak menguasai permainan dan melakukan serangan yang dapat dipatahkan oleh pertahanan Sabah

Keputusan Terkini @Semasa Kelantan vs Sabah bagi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung pada malam ini, 16 April 2011 boleh diketahui secara live streaming melalui ustream dan juga radio trwfm.

Kelantan sekarang ini berada di tangga ke-4 manakala Sabah pula di tangga dua tercorot (13). Di harap perlawanan malam ini akan menghasilkan banyak gol dan semua pemain mempamerkan permainan yang baik dan seronok ditonton.

Sama-sama le kita menonton perlawanan Kelantan vs Sabah.

10 comments:

Unknown said...

cam ada x kene jea ngok pertahanan t team kena tibai awal2 game

izzad said...

aku pun setuju..cam teruk giler defend T-Team...

http://kitasemuaguru.blogspot.com/

The Godmother said...

relax ar bro..

Zaila Mohamad said...

kecewa ah dengan red warriors..hehehe

faiz said...

teruk btol nogori sekarang..

al-lavendari said...

saya orang ns dan isteri saya orang perlis.

orang ns bagi can lah tu ! hehe

Anonymous said...

persaingan sengit lima tangga teratas. kedudukan yang tak selesa.

SAYS.my 3rd anniversary birthday giveaway

Esempoi said...

adus, kenapa ngan team kelantan ni
jatuh plak.. takpe naikkan balik k

✿Sakura_chan✿ said...

thx untuk info nie...mmg jd port tetap lablog nie klo ad bola... :)

Geng Borak said...

takpa... pasni perak tibai balik selangor kat Ipoh... hahahaha
Selamat Hari Jadi Ayah!