Pages

Monday, April 25, 2011

Jom Makan Nasi Ayam Kat MONRODS @Shah Alam

Weekend lepas pergi Shah Alam so singgah le kat MONRODS yang beralamat di:
G13, Blok 2, Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan, Seksyen 13
Shah Alam, Selangor.

Boleh rujuk kat facebook untuk mengetahu lebih lanjut mengenai MONRODS.

Citer yang main menu ya, yang ni ialah nasi ayam panggang @RM6.90. Nasi ayam ni rasanya sedikit herba, ayam panggang tu diletak sambal asam di atasnya pas tu ada timun dan sayur. Of course supnya boleh tahan juga rasanya.

Ayam panggang memang sedap, macam bulan puasa le pula. Anyway kalau dapat bahagian lain lagi bagus sebab tak berapa suka ngan drumstik. Overall, saya bagi 8.0 out of 10.

Yang ni mushroom chicken chop @RM12.90. Isi ayam ni tanpa tulang dengan sos cendawan yang pekat, di tambah dengan coleslaw dan kentang goreng. Portion ayam memang besar dan mengenyangkan. Coleslaw memang sedap. Yang ni saya bagi 8.1. Ianya tak sehebat chicken chop kat Kluang Station @Tesco Ampang.

Air ni memang sangat best. Tutty fruity blended @RM6.90. Dengan creamnya dan juga coklat sungguh menawan hati. Cuba aja tengok gambarnya. Yang ni rating 8.8. Yang ni rasanya tak sah tak order kalau datang kat sini.

Ni sirap bandung @RM3.90 di campur dengan benda alah colour hitam tu. Apa le nama lupa le pulak. Kurang manis dan tak payah le kasi rating ya.

Overall benda kat atas tu campur ngan roti bakar 2 set, single dan double, kentang goreng dan milo air @RM45.35. Rasanya harga memang berpatutan. So apa lagi jom cuba MONRODS.

14 comments:

DKosongLapan said...

Sedapppp...... Tengahaghi ni sedap jugak pekene nasik ayam ni....

kakchik@ella said...

thnks for sharing ye. pasni boleh la kc cuba.

Ayie said...

Mariiiii.. *tapi aku tak berkemampuan.. kene tunggu BE le.. hahahaha =.=''

hanani0210 said...

oh,sedapnya.terliur tengok..ada alamat,boleh lah terjah hujung minggu ni. :) tengok gambar membuatkan air liur meleleh je..hehehehe :)

Jom baca ni: Free one drop perfume..Sape nak?

amal said...

yang hitam2 tu cincau kot eh? ehehe

Azueriena Norash said...

yummyy...nampak sedap...rasa pun sedap....aper lagii jommlayanzz beramai2...hehehehe

amirah said...

uiii..sedapnyaaa..dah lama x mkn benda mahal2 ..hehehe

Nava Kishnan said...

Lovely food with reasonable price, thanks for sharing, this is so nearby my place but never knew this outlet existed. Its time I check out myself.

afiqazizan said...

cam sedap je makanan kat restoran tu..kena pergi mencuba ni nanti.

faiz said...

ternyata kalo pergi s.alam akan ku terjah..heheh

eelobor said...

kawan suka tgk gambar air tuh.... sedap nyer nampak

relevan said...

Nasik ayam my peberet ..

hazman aka species1980 said...

Aku suka dengan rekabentuk restoran nie.... design yang menarik....

Ash said...

Wah2 kena try nih. Gua peminat nasi ayam no 1 di Subang.