Pages

Friday, April 22, 2011

Live Kelantan vs Perlis: Liga Super 22 April 2011

Update: Kelantan 4-0 Perlis
  • Keputusan muktamad Kelantan 4-0 Perlis. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Izuan (40"), Norshahrul (52"), Nizad Ayub (70") dan Mohd Badri (74")

  • 87": Nizad Ayub menjaringkan gol tetapi tidak dikira, offside

  • Beberapa cubaan oleh Khalid Jamlus, Nizad Ayub dan Danial Fadzly dapat diselamatkan oleh penjaga gol Perlis. Masih tinggal 5 minit lagi

  • 74": Jaringan kapten Kelantan, Mohd Badri hasil hantaran silang cantik dari tepi sebelah kanan. Matyo dikeluarkan dan diganti dengan Khalid Jamlus. Matyo direhatkan kerana perlawanan Selasa nanti menentang Selangor sangat penting

  • 70": Nizad Ayub, pemain gantian dan tidak dijaga, tak sampai 5 minit menjaringkan gol ketiga untuk Kelantan

  • Sudah 65 minit perlawanan dan kelihatan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi tidak banyak diduga dan beliau terpaksa melakukan sedikit exercise untuk menghilangkan bosan

  • 62": Cubaan Daudsu (Kelantan) ditepis baik oleh penjaga gol Perlis

  • 52": Norshahrul menjaringkan gol kedua untuk Kelantan hasil hantaran cantik oleh Daudsu

  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan

  • Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada Kelantan

  • 40": Tendangan cantik oleh Izuan Salahudin dan gol pertama buat Kelantan

  • 37": Hantaran leret oleh Solehin dari sebelah kanan ke depan pintu gol gagal dimanfaatkan oleh Mohd Badri

  • Sudah 15 minit berlalu keputusan masih kekal tanpa jaringan dan Kelantan lebih menguasai permainan
  • 5": Percubaan cantik pertama oleh Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) terkena palang

  • Boleh ikuti keputusan terkini @semasa live melalui red vision dan trwfm


Perlawanan bola sepak dalam Liga Super antara Kelantan vs Perlis akan berlangsung pada hari ini, 22 April 2011, 8.45 malam yang berlangsung di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini di dalam pusingan pertama, Kelantan telah menewaskan Perlis dengan 5-1.

Kelantan yang berada di tangga ke-3 dijangka tidak mengalami masalah untuk mencatat kemenangan lawan Perlis yang berada di tangga tercorot terutamanya bermain di depan depan penonton sendiri. Apa-apa pun dalam bola sepak semuanya boleh terjadi. Kita nantikan keputusan secara live @semasa @terkini nanti jika tiada masalah.

7 comments:

Relevan said...

Kelantan !

Nik Zulkhairi said...

kena menang mlm ni. selasa ni lawan selangr.

eelobor said...

kawan x dok mood la pulok nok update male nih...huhuhu, baca di blog demo jer lah mlm nie

Geng Borak said...

amboii.... mengamuk nampak!! hehehee

Penangan Ikan Bakar Sekinchan!

Unknown said...

kito keno ngamuk etek....baru semangat membara..takbir!!!

lady-D said...

cayalah...gomo klate gomo^^

Unknown said...

kelantan smakin mantap tp jgn harap nk menang liga super!!