Sorry hujung minggu ini, kita layan sukan bola sepak ya. Nanti Isnin, kita layan entri mengenai perkara lain pula ya. Anyway nak share jadual perlawanan bola sepak Liga Super April 2011 yang disiarkan secara live di Astro Arena channel 801.
Antara perlawanan-perlawanan yang menarik ditonton:
- Kelantan vs Harimau Muda A yang berlangsung semalam berkesudahan Kelantan menang 2-1 di Stadium Muhammad IV. Dengan kemenangan tersebut Kelantan menerajui persada liga dengan pungutan 17 mata setelah bermain 8 permainan
- Perak vs Felda United: Walaupun Perak berada di tangga ke-4, mereka adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah setakat ini dan hanya bolos 2 gol sahaja. Felda United pula bukan calang-calang pasukan yang berada di tangga ke-2. Corak permainan sungguh mempersonakan para peminat
- Selangor vs T-Team: Tanpa Safee Sali kelihatan pasukan Selangor sedikit terjejas tetapi terlalu awal untuk mengetahui kehebatan sebenar pasukan Red Giant, yang mempunyai ramai pemain-pemain kebangsaan antaranya Mohd Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah, Mohd Amirul Hadi dan Mohd Asraruddin. T-Team pula berada di kedudukan dua tercorot masih mencari rentak setelah menerima ramai pemain baru musim ini antaranya Mohd Nor Farhan, Indra Putra dan Azizi Matt Rose
- Kelantan vs Selangor: Dua pasukan yang digerungi dalam arena bola sepak negara. Sebelum ini pada pembukaan perlawanan Liga Super @Piala Sumbangsih pada hujung Januari 2011, Kelantan menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam. Sama-sama le kita saksikan perlawanan "replay" ini
6 comments:
baguslah ada kt arena ni. bkn suma game tv1 amek
seperti biasa, pasukan pilihan saya Perak dan Kedah.
go Perak!!
Tq Nik.. Info :)
harap2 team yang aku sokong selangor menang..hehe.
nak tgk kelantan dpt teruskan kehebatan dia ke tak..
kejor yob kejor!!! steady PERAK!!
Jemputan Mesyuarat Agong | FORSAS diluluskan Selep...
Post a Comment