Pages

Monday, April 18, 2011

Keputusan Terkini @Semasa Arsenal Lawan Liverpool: Liga Perdana Inggeris 17 April 2011

Update: Arsenal 1-1 Liverpool
  • 102": Kuyt menyempurnakan sepakan penalti. Keputusan berkesudahan 1-1. Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yang berada di Stadium tentu gembira dengan keputusan ini. Man Utd berada di persada Liga Inggeris dengan perbezaan 6 mata dan hanya 6 perlawanan sebelum berakhirnya liga. Memang tension betul dengan keputusan Arsenal vs Liverpool, nampaknya kena tunggu tahun depan untuk juara liga

  • 101": Luis Suarez membuat sepakan dan terkena "wall" dan Eboue menolak belakang Lucas di dalam petak penalti dan Liverpool mendapat sepakan penalti

  • 99": Liverpool mendapat sepakan percuma just outside penalty box

  • 97: Gol Gol Gol, Robin Van Persie menyempurnakan sepakan penalti dengan cantik, Reinan merebahkan badan ke arah berlainan, kiri

  • 96": Penalti untuk Arsenal!!!! setelah Fabregas dijatuhkan di dalam kotak penalti

  • 90": 8 minit masa tambahan, Arsenal menggandakan serangan untuk memperoleh gol pertama

  • 70": Carroll (Liverpool) dibawa keluar dan digantikan dengan Jonjo Shelvey. Wilshere dan Walcott (Arsenal) dibawa keluar dan digantikan dengan Bendtner dan Arshavin. Pertukaran strategi

  • 56": Carragher (Liverpool) diusung keluar setelah clash dengan rakan sepasukannya di hadapan gol Liverpool. Memang kelihatan sangat teruk dan oksigen dibawa masuk ke padang. Rawatan di padang lebih 5 minit. Penyokong-penyokong Liverpool kelihatan sangat gelisah dengan insiden ini. Krygiakos dibawa masuk menggantikan Carragher

  • Keputusan separuh masa pertama berkesudahan seri tanpa jaringan. Arsenal menguasai permainan dengan 60% vs 40%. Arsenal membuat 6 cubaan berbanding Liverpool 2. Percubaan Koscielny telah mengenai palang gol, memang tidak bernasib baik. Arsenal sepatutnya diberi penalti setelah terkena tangan Kuyt. Gandingan Suarez-Carroll tidak begitu menjadi malam ini. Credit perlu diberi kepada penjaga gol Liverpool, Reina kerana banyak menyelamatkan pintu gol. Dua pemain Liverpool, John Flanagan dan Martin Skrtel dikenakan kad kuning.

Entri Terdahulu
Perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris pada malam ini, 17 April 2011 antara Arsenal yang menduduki tangga ke-2 lawan Liverpool (tangga ke-6) dangat penting bagi kedua-dua pasukan. Arsenal memerlukan 3 mata penuh bagi memberi tekanan kepada pendahulu liga, Manchester United manakala Liverpool memerlukan kemenangan bagi memberi peluang kepada mereka untuk bermain di dalam Liga Eropah musim hadapan.

Perlawanan secara live Arsenal lawan Liverpool boleh ditonton melalui Astro SuperSport 3 channel 817 pada pukul 11.00 malam waktu Malaysia (4.00 petang waktu UK). Walau bagaimanapun, rancangan sudah bermula seawal pukul 10.00 malam (1 jam sebelum sepak mula).

Pemain-pemain yang akan menjadi tumpuan malam ini adalah:
  • Arsenal
    • Fabregas: Menjadi nadi di barisan tengah yang memainkan peranan penting sama ada untuk pertahanan ataupun serangan

    • Robin Van Persie: Penyerang yang sangat berbahaya dan mempunyai bakat menjaringkan gol secara natural

    • Lehman: Diperlukan untuk menjaga gawang Arsenal setelah penjaga-penjaga gol utama, Almunia, Fabianski dan juga Ssczesny sedang mengalami kecederaan

  • Liverpool
    • Andy Carroll: Beliau telah menjaringkan dua gol semasa menentang Manchester City baru-baru ini sudah tentu menjadi ancaman yang besar buat Arsenal

    • Luis Suarez: Penyerang yang sungguh lincah dan gandingan dengan Andy Carroll bakal merobek gawang Arsenal

    • Raul Miereless: Menjadi pemain yang sangat penting setelah Liverpool di bawah pengurus, Dalglish. Pemain tengah ini bakal memberi saingan yang sengit kepada perancang Arsenal, Fabregas
Sama-sama le kita tunggu perlawanan penting Arsenal lawan Liverpool live pukul 11.00 malam nanti.

8 comments:

faiz said...

bestla match ni...tapi xpt tgk..astro takde..

Azman Roslan said...

harap arsenal menang..

Anonymous said...

harap2 liverpool menang..hehe.

Geng Borak said...

bro azman: liverpool punya game malam nih... hehehee

Unknown said...

dengan harapan liverpool kecapi kejayaan

siTokei said...

mantap2 last minute baru score

Ramli said...

Goal goal ya

zuar said...

tahun depan lagi...hehe..bila nak jadi juara arsenal ni bro..dah bape tahun dgr ayat ni.hehe