Pages

Thursday, June 23, 2011

Keputusan Terkini @Semasa:Malaysia vs Lubnan Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Kedua 23 Jun 2011

Dah Menang Kemana Seterusnya Skuad Olimpik Malaysia???

Keputusan Terkini @Semasa: Malaysia vs Lubnan Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Kedua 23 Jun 2011
MALAYSIA 2-1 LUBNAN
  • 93": MALAYSIA MENANG DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA. TUNGGU SAINGAN YANG LEBIH SENGIT DALAM 12 PASUKAN PERINGKAT ASIA

  • 92": Izzaq Faris membuat serangan tetapi ditackle pemain Lubnan

  • 92": Malaysia perlu bertahan untuk mendapat kemenangan dan melayakkan diri ke pusingan ketiga

  • 91": Malaysia dalam attack mode dan mendapat hantaran ke dalam

  • 89": Malaysia membuat pertukaran, Irfan Fazail keluar dan Izzaq Faris dibawa masuk. 3 minit masa tambahan diberi

  • 88": Percubaan jarak jauh pemain Lubnan terkena Abdul Shukor dan bola keluar dari kawasan berbahaya

  • 85": 5 minit lagi sebelum 90 minit permainan dan Malaysia masih berada di dalam keadaan berbahaya

  • 81": Sepakan percuma oleh pemain Lubnan ke arah pintu gol dan terdapat sedikit perselisihan faham antara Khairul Fahmi dan Fadhli Saas dan bola ditanduk keluar oleh Fadhli walaupun Fahmi ingin menumbuk keluar

  • 80": Tinggal 10 minit lagi Malaysia perlu bertahan dan jangan membiarkan satu lagi gol bolos kerana seri adalah sesuatu yang tidak baik untuk Malaysia

  • 76": Kapten pasukan Lubnan, Mansour dilayangkan kad kuning setelah menarik baju Wan Zaharulnizam yang menyerang secara solo

  • 75": Fadhli Saas menyelamatkan keadaan setelah membuat clearance yang cantik setelah pertahanan Malaysia berada di dalam keadaan yang berbahaya. Sebelah pintu gol Lubnan, penjaga gol kelihatan begitu relax

  • 74": Hantaran silang oleh pemain Lubnan dapat dikeluarkan oleh pemain Malaysia tetapi ianya hanya buat seketika kerana Lubnan sering menyerang. Gurusamy (Malaysia) kelihatan sedikit sakit

  • 70": Khairul Fahmi sekali lagi menyelamatkan keadaan setelah rembatan sederhana oleh pemain Lubnan

  • 70": Wan Zaharulnizam dibawa masuk setelah Wan Zack Haikal mengalami kecederaan dan diusung keluar

  • 68": Keadaan benteng Malaysia sedikit tegang setelah diserang habis-habisan

  • 65": Wan Zack Haikal mendapat kad kuning setelah menolak pemain Lubnan

  • 63": Lubnan mendapat gol pertama setelah Kojok menjaringkan open gol walaupun Khairul Fahmi berjaya menepis keluar tetapi Kojok mengambil peluang setelah beliau tidak dijaga

  • 59": Kassem (Lubnan) dikenakan kad kuning setelah membuat terjahan terhadap pemain Malaysia. Malaysia perlu bertahan dengan baik agar tidak dibolosi dalam masa 30 minit berbaki

  • 54": Malaysia membuat pertukaran dengan 9 keluar (Syahrul Azwari) dan 6 masuk (Abdul Shukur)

  • 52": Malaysia bermain dengan 10 orang setelah Gary dikenakan kad merah

  • 45": Separuh masa pertama tamat dengan Malaysia mendahului 2-0 lawan Lubnan, perlu mengekalkan rentak dan tidak hilang fokus bagi meneruskan ke pusingan seterusnya. Bosan-bosan, jom kita tengok, jelas, pantas dan slim

  • 44": Mohamad Haidar dikenakan kad kuning setelah beliau dengan sengaja menjatuhkan badan (dive) dalam kotak penalti Malaysia

  • 41": Wan Zack Haikal menjaringkan gol setelah masuk semula @kecederaan, mendapat hantaran yang superb daripada Gary Steven Robbat. Satu persefahaman yang sangat tinggi antara Gary-Zack Haikal

  • 35": Rembatan kaki kiri pemain Lubnan, Mohamad Haidar terkena palang, pertahanan Malaysia perlu lebih "menjaga" beliau, jangan sekali-kali memberi ruang

  • 30": Serangan Wan Zack Haikal di sebelah kanan pintu gol tersasar setelah diasak oleh beberapa pemain pertahanan. Sehingga 30 minit, permainan seimbang 50%-50%

  • 29": Mohamad Haidar membuat serangan nak dapat dipatahkan oleh pertahanan Malaysia. Malaysia perlu berjaga-jaga dengan pemain lincah ini, sering mengucar-kacir pertahanan Malaysia

  • 27": Sepakan oleh Mohd Fandi tersasar jauh di atas palang gol

  • 26": Permainan dihentikan seketika akibat pancaran laser ke atas penjaga gol Lubnan. Malaysia akan mengambil sepakan percuma just outside kotak penalti

  • 20": Sudah 20 minit permainan, Malaysia menguasai permainan tetapi bahagian pertahanan Malaysia sering diasak tetapi masih kental terutamanya penjaga gol, Khairul Fahmi

  • 9": Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan cantik oleh pemain memakai jersi nombor 7, Mohd Irfan Fazail setelah mendapat bola daripada Wan Zack Haikal

  • Senarai pemain-pemain untuk malam ini


Previous Entry


Pada perlawanan pertama Malaysia vs Lubnan pada 19 Jun 2011 di Beirut, Lubnan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Hari ini, 23 Jun 2011 adalah hari penting buat skuad bola sepak Olimpik Malaysia bagi menentukan sama ada Malaysia akan beraksi atau tidak dalam pusingan seterusnya.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam dan ianya boleh diikuti secara live melalui Astro Arena channel 801 bermula pukul 8.00 malam (perbincangan).

Malaysia memerlukan kemenangan dan seri dengan jaringan tidak memadai kerana ianya akan memberi kelebihan kepada Lubnan disebabkan jaringan gol di tempat lawan. Jika menang, Malaysia akan ke pusingan 12 negara dan ditempatkan di dalam 3 kumpulan @4 pasukan per group pada perlawanan 21 September 2011-14 Mac 2012. Juara setiap kumpulan akan bermain secara automatik di Sukan Olimpik London 2012. Naib juara dalam setiap kumpulan pula akan bermain sesama sendiri pada 25-29 Mac 2012 dan juara akan menentang pasukan negara Afrika dan pasukan yang menang akan mendapat tempat di Sukan Olimpik 2012.

Kita nantikan perlawanan bola sepak Malaysia vs Lubnan malam ini, 23 Jun 2011 dan semoga Malaysia menang bergaya di hadapan penonton sendiri.

5 comments:

Wani. J said...

YEAH!
arinii.. sblom neyh myanmar!
kalah plak :D

eelobor said...

jom bro ke stadium.....

Geng Borak said...

hope menang laa ye.. Amaran kepada NUFFNANG!!!

JMR said...

agak2 layak tak mesia nnt bro?

Hans Hanis said...

harap2 la Malaysia menang 2-0

Review Filem Rasuk