Pages

Wednesday, June 1, 2011

Beli Petrol RM50 Bayar RM40 Aja? Kad Kredit AmBank @20% Cash Back

Memang betul anda akan mendapat cash back sebanyak 20% bagi setiap pembelian menggunakan kad kredit AmBank melalui promosi "New 20% Cash Back". Tetapi tunggu dulu baca dengan teliti syarat-syarat sebelum anda berbuat demikian:
  • Pembelian dilakukan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad sahaja), kalau hari lain tak dikira

  • Program ini berlangsung dari 1 Jun 2011 sehingga 31 Mac 2012

  • Pembelian adalah di Gedung Serbaneka, Farmasi, Pasaraya dan Stesyen Minyak (check dahulu ya tempat-tempat yang mengambil bahagian since bukan semua tempat dapat cash back)

  • Cash back @diskaun 20% adalah tertakluk kepada maksima RM80 untuk setiap ahli setiap bulan. Setiap bulan hanya RM200,000 disediakan untuk semua pemegang kad di seluruh Malaysia. Perbelanjaan yang dikira bagi tujuan cash back AmBank adalah berdasarkan blok RM50 (petrol) dan blok RM100 (benda alah lain)

    So kalau beli petrol RM80, cash back hanya dikira RM50 X 20% = RM10. Kalau beli petrol RM48, tiada cash back ya

    Kalau beli barangan runcit RM290, cash back adalah RM200 X 20% =RM40, kalau beli RM500, cash back hanyalah RM80 (maksimum) walaupun RM500 X 20%=RM100

  • Kalau berminat untuk sertai program 20% Cash Back boleh sms ke cashback16-digit No. Kad Utama AmBank / AmIslamic Bank ke 36663

    Contoh : cashback 1234567890123456 (SMS yang dihantar tidak sensitif sama ada huruf besar atau kecil)
So sedikit peringatan:
  • Berbelanja apa yang perlu sahaja

  • Bayar full ya setiap bulan, tak payah le berhutang

  • Since cash back AmBank ni hanya untuk RM200,000, apa kata beli guna kad kredit pada minggu pertama dan kedua setiap bulan aja, rasanya dah masuk minggu ke-3, amaun yang diperuntukkan sudah habis

  • Ambillah kad kredit berlandaskan shariah (penting ni)
Jangan lupa baca dan fahami betul-betul terma-terma dan syarat-syarat sebelum berbuat sesuatu, jadilah pengguna yang berhemat.

7 comments:

velasrizal said...

lmbt btol cimb nk wat offer cmni..

Azman Roslan said...

nape cimb takde ye.. heheh

Relevan said...

Terbaek ni..

CIKGU NAMAN said...

point last tu bkan setakat penting..tapi sangat² penting kan?

SENORITA ZATY said...

wah berbaloi jimat rm 10

Geng Borak said...

untung laaa... mmg untung camni.. huhuh
Tips Earning ChurpChurp yang Mudah | Dapat Adverto...

Anonymous said...

banyak sangat syarat2 nye