
Terasa nak makan ikan siakap dan tomyam? Apa kata singgah di Santai Place Restaurant yang bertempat di Batu 8 1/2, Jalan Gombak, Gombak Utara, Selangor. Restoran ini dibuka bermula1 petang sehingga 2 pagi. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh call 017-298 6681 atau 013-271 2600.
Kat area Gombak Utara ni, banyak restoran, kalau tak silap ada 5 antaranya,
Wira's Seafood dan
Deen's Seafood. By the way, Restoran Santai ini terletak di bahagian kiri, hujung sekali.

Jom kita bermula dengan ikan siakap tiga rasa @RM28.00. Anyway harganya ini berdasarkan harga pasaran semasa. Memang tidak menghampakan, dengan ikanya yang garing dan isi kat dalam sungguh lembut dan mempunyai rasa. Tidak seperti di sesetengah tempat yang kat dalam tawar dan terlampau garing @
Restoran Sri Niara. Memang ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Oppsss sudah 4 rasa, anyway pedas tak termasuk dalam rasa ya! So rating memang superb at 8.8 out of 10. Memang kalau exam dah dapat A.

Menu kedua ialah tomyam ayam @RM4.50. Nampak memang sedap dengan ayam dimasak empuk dengan bahan-bahan lain seperti serai, bawang, tomato, daun limau purut dan macam-macam. Tetapi sedikit kecewa akibat rasanya masam yang lebih menyerlah jika dibandingan dengan rasa-rasa yang lain. Oleh yang demikian, rating ialah 7.8 setaraf dengan kat
Madam Lim tetapi tidah sesedap kat
Rumah Thai.

Seterusnya sotong tepung goreng @RM4.50. Sotong diliputi oleh tepun dan digoreng. Ianya memang garing tetapi tepung tu agak tebal. Sebelum ini makan kat sini lagi sedap memang garing dan sotongnya memang terasa. Tapi overall boleh tahan @8.0 lebih baik daripada kat
Deen's Seafood tapi kalau nak sedap perlu cuba kat
Madam Lim. Satu lagi sos lada kat Santai manis dan kurang pedas. Kalau guna sos lada botol yang biasa kita makan lagi bagus.

Telur goreng tak banyak yang saya nak cakap. Untuk dua biji @RM2.40 bolehlah. Kalau siapa yang suka telur goreng yang garing ini bukan tempatnya. Tapi memang just OK untuk makan bersama dengan tomyam. Menambah lagi rasa untuk tomyam. Memang satu "gandingan" yang perlu bagi peminat tomyam.

Air buah-buahan kat sini memang berbaloi pada harga RM2.50-RM3.50 untuk setengah liter. Jus buah ni memang sungguh pure especially air mangga. Memang perlu dicuba kalau makan kat sini. Tidak seperti di tempat lain yang harganya mahal dan air sedikit tawar ataupun dicampur dengan air gula yang berlebihan.
Untuk menu-menu di atas dan nasi putih 3 plates, semuanya RM49.00. Memang quite reasonable, ikan siakap, tomyam, sotong tepung, telur dadar dan air.

Dari segi pemadangan, memang quite cantik ada mini "air terjun" yang ada beberapa ekor ikan kap dan kura-kura. Kalau bersama dengan anak-anak memang sudah pasti mereka akan tertarik dengan hiasan ini.

Kat sini memang ada dua bahagian tempat makan, kat bawah dah kat bahagian atas. Bezanya kat atas ada TV.