Pages

Friday, January 1, 2010

Apa Gula Naik 20 sen????

Selamat Menyambut Tahun Baru.... Dah 2010 sekarang ya... Anyway hari ini harga gula telah dinaikkan sebanyak 20 sen untuk setiap kilo kepada RM1.65 bagi semenanjung dan RM1.75 untuk Sabah dan Sarawak...... Kenaikan ini bermula 12 tengah malam tadi (1 Januari 2010).....

Kenaikan 20 sen setiap satu kg tidak dirisaukan sangat kerana berapa banyak sangat le gula setiap keluarga yang consume TETAPI kesan ke atas barang-barang lain yang dirisaukan sangat....

Sebagai contoh jika segelas air teh O ais berharga RM1.30 maybe peniaga akan naikkan harga selepas kenaikan harga gula kepada RM1.40 so dalam sekilo gula tu berapa banyak cawan teh O air boleh dibuat????????

Satu lagi kuih kat kedai.. Sekarang 40 sen sebijik so lepas ni kita sebagai pengguna tak nak le peniaga naikkan harag kuih kepada 50 sen sebiji.. Then of course inflasi akan naik... seterusnya, driver teksi pulak cakap barang dan mahal so mintak naik lagi harga tambang teksi.... so selepas tu semua nak mintak naik... so siapa yang akan susah nanti??????? fikir2 kan le sendiri...

Walau bagaimanapun, berdasarkan laman web, indexmundi.com, harga di pasaran bagi gula mentah bagi November 2009 ialah USD0.2277 per pound (ataupun RM1.71 per kg, 1kg=2.2 pounds dan 1USD=RM3.42).. So basically harga yang government tetapkan sekarang iaitu RM1.65 more or less lebih kurang harga di pasaran.. By the way, RM1.71 ialah gula mentah, tidak termasuk dengan kos pengangkutan dan kos-kos lain.....

Di Arab Saudi, gula telah naik 2 kali pada bulan Disember 2009..... Kemungkinan ianya akan dinaikkan lagi..... Harga di sana mungkin akan mencecah SAR5 (RM4.55)..... Mengikut bloomberg, kenaikan harga adalah disebabkan oleh kekurangan tebu iaitu bahan utama untuk membuat gula memandangkan 2 negara terbesar bagi penanaman tebu iaitu India dan Brazil mengalami cuaca yang tidak menentu.. i.e. India, hujan lebat dan Brazil, kemarau.....

12 comments:

Ken Wooi said...

wah.. naik harga somemore.. tsk tsk..

kenwooi.com

Ieqa Swetluv said...

hurmm.. naiknya barang2 asasi seperti gula, beras, tepung etc ni semua scra x langsung harga2 barang lain pun naik.. memberi kesan ketara dalam hidup hurmm =(

Cikgu Dahlia said...

tu laaaa.....asyik naik jerr...darah pun naik mcm nih...entah bila nk turun??

Apa ek yg turun???

Unknown said...

susah gak..
kalo gula da naik..
mst barang yg need gula pn naik..
jgn2 teh o panas pn naik..

lazaac said...

ramai la perniaga amik kesempatan lepas ni... harga gula tu kira murah lagi tu, kalo xde subsidi langsung, lagi sakit owh... whoooa..

Sharinginfoz said...

kenwooi: hmmm nak buat macam mana....

ieqa: harap2 peniaga dapat absorb kenaikan harga ni dan tak paskan pada pengguna..

dahlia: yalah banyak yang naik sekarang....

adrey: yalah benda lain naik jga kot...

lazaac: harap2 jangan le ambil kesempatan....

NAZ said...

manusia akan kekurang darah selepas ini haha

Dak Wan® said...

Semoga pas krisis tebu ni barang akan turun semula. Hampeih... Anyway, Selamat tahun baru untuk kamu dan selamat mengubah impian serta mencapai apa jua cita-cita mu.

abigemok said...

better kita pakat ramai2 buka kilang gula n tanam tebu...

daun kesum said...

adoi,.
hrge barng pakay naik abih.,

Sharinginfoz said...

naz: hmmm kurang kencing manis kot....

dak wan: yalah tanam tebu.. hmmm, lama dah tak makan tebu... sedap...

kyuubi: betul tu... tanam dalam pasu...

cikti: pernah ke barang turun????

ehemehem said...

Tebu untuk gula bukan macam tebu biasa. Lebih manis tetapi miangnya amat gatal. Prosesnya pun kena bakar dulu.