Pages

Saturday, January 30, 2010

Mengapa Orang Suka Berhutang????

Mengapa orang suka berhutang????? Hmmmm, patutkah perkataannya "suka" atau mengapa orang berhutang aja..... Apa-apa pun, sama ada orang suka berhutang ke memang kena berhutang ke, hakikatnya, kita pinjam duit orang dan hendaklah dibayar balik suatu hari nanti......

Hmmm, hutang ni ada baik dan buruk..... So saya letaklah kat sini untuk tatapan anda... Memang listnya banyak so letak sikit2 sudahlah.. Nanti anda tambah ya......

Kebaikan
  1. Dah tak ada duit kenalah berhutang, habis tu nak makan apa???? Ini untuk golongan yang memang tak mampu, untuk teruskan kehidupan... Anda jangan terkejut, memang ada orang di dalam golongan ini.....

  2. Tak semua benda kita mampu beli dengan cash.. Contohnya, boleh ke kita beli kereta atau rumah dengaan tunai??? Hmmm, kalau ada pun memang tak ramai... So kalau nak beli benda alah ni, make sure ianya sejajar dengan kemampuan kita.......Faham-faham ajalah...

  3. Tolong bank le.... Kalau semua orang tak berhutang, so tak adalah business le bank, macam mana diaorang nak bayar gaji kat staff, macam mana nak kembangkan ekonomi..... Apa-apa pun, kalau kita nak tolong bank pun berpada2 juga, yang penting utamakan diri kita dulu....

Keburukan
  1. Hmmm, ada juga orang memang suka aja berhutang tapi tak nak bayar pulak.. Yang ni memang parah, macam jadi satu hobi pulak... So janganlah kita menyusahkan orang... Bagi yang pemberi hutang tu, kalau orang tak boleh bayar lagi (betul2 tak boleh), bagilah sedikit masa lagi....

  2. Membuatkan kita berbelanja lebih-lebihan, boros le tu.... Yalah tak terasa pulak yang duit yang kita guna tu adalah duit hutang so, belasah aja.... Pas tu pulak nak bayar hutang si A, pi pulak hutang dengan B... Macam2 kan...

  3. Hmmmm, kalau berhutang tu membebankan pembayar especially dengan sistem bunga / faedah.. Yalah, pinjam RM50 pas tu kena bayar pulak RM55, contohnya... Takkan menyusah namanya.....

Apa-apa pun, seboleh-bolehnya elakkan diri daripada berhutang, kalau tak boleh nak elakkan, berhutanglah secara berhemah, i.e. hutang untuk benda2 yang perlu aja.. Janganlah berhutang semata-mata nak beli something yang tak sepatutnya kita beli pas tu nak menunjuk-nunjuk pula pada orang lain...

10 comments:

touyakaruma said...

Terima kasih kerna mengingatkan aku duit loan yang belum dibayar.

Klu tak silap kereta klu bayar cash nanti kena soal siasat dengan BPR.

Si budak Aboi said...

klu tak berhutang ssh ler nk dpt ape yg diimpikan !

Bo the Nerd said...

Betul tu. Berhutang memang tak elok. Kalau katalah Allah tarik nyawa, nnt sanak saudara yang susah kena tanggung utk bayar.

*dapat proton n milo*

einaz ;D said...

kadang2 bila kita btul2 x nk berhutang.
tepi kita terpaksa berhutang.
ops.
mcm mn tu??
;)

|| NaFiRaa || said...

betol2!!! kalo boleh elak dr berhutang elak dulu.. kalo x boleh nak wat camnerkan~ terpaksa namanye..

Eyriqazz said...

gaji tak cukup,nak kahwin duit pun tak cukup kenalah berhutang...hihihi...

anys said...

betol tu...
tapi nk wat cm na kena gak pinjam ngan ptptn sbb nk blajaq..

cikTi said...

kadang2 org yg suka berhutang nih,,dh lekat tabiat dia.,

xsah kalo x berhutang.,.
xpaham betul org mcm ni

JMR said...

betol tu..tp nk wt cmner..kdg2 mmg tpaksa bhutang....

Sharinginfoz said...

touyakaruma: he he he, jangan marah ya... memang betul tak pasal2 BPR

aboi: hmmm, kalau benda perlu dan tak boleh guna cash, hutang le tapi last resort..

bo the nerd: sama-sama le kita renungi...

einaz: kalau terpaksa dan benda tu perlu, hutang le...

nafira: ya betul cuba elakkan..

eyriqazz: hutang kahwin, ramai apa yang ambil...

anys: pinjaman belajar memang rasanya tak salah...

cikti: kalau dah jadi hobi berhutang susah le sikit..

jmr: kalau terpaksa nak buat macam mana kan..