Pages

Friday, April 23, 2010

Upin dan Ipin Ke India Pula

Sebut saja upin dan ipin, bukan sahaja kanak-kanak yang tahu, orang dewasa pun tahu. Itulah kartun hasil daripada rakyat Malaysia. Sungguh membanggakan. Dah lama dah disiarkan di Astro Disney Channel dan juga sudah pun diketahui di negara jiran, Indonesia.

Kat panggung di Indonesia, mereka sanggup beratur panjang semata-mata untuk melihat cerita ini. Sambutan di sana adalah 3 kali ganda jika dibandingkan dengan di Malaysia.

So sekarang ini pulak akan menempa nama di India pulak. Mengikut Bernama, pada 14 Mei 2010 nanti, ianya akan ditayangkan buat kali pertama di India dan diikuti dengan 600 panggung wayang dan dialih suara kepada 11 dialek di India.

Memang satu pencapaian yang sangat baik untuk industri filem di Malaysia. Di harap lebih banyak lagi filem Malaysia akan mengikuti langkah tersebut.

5 comments:

Unknown said...

sangat bangga dgn upin ipin.
mmg katun yg best ;)

abigemok said...

wah, walaupun aku tak tengok, tapi satu pencapaian yang membanggakan. syabas!

Kaseh NazLieza said...

alhmdulillah...satu pencapaian yg mbanggakan..

Anonymous said...

salute...tp mmg karektor upin & ipin ni lain dr yg lain... sbb tu kids suka

ENCIK TIKUS said...

satu pencapaian yg mengagumkan!
yg bes nye upin ipin nih,dye py watak yg comel2 dan pelbagai kaum.Dia py suare pon comel-comel dan pelbagai,yelahh,ad yg pelat lah,ade yg tones suare mcm malas nak ckplah kan? xsilap aku mail kot namenye.
memang best,tgok byk kali pon xbosan kan? ;)