Pages

Thursday, April 22, 2010

Anda Guna Kad Kredit Untuk Apa???

Hmmmm ini yang saya dapat daripada "Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 09" yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut laporan tersebut 32% daripada transaksi kad kredit adalah untuk pembelian bahan api / petrol dan 26.3% adalah untuk pembelian runcit (urusniaga pembelian dengan pemborong, pasar raya besar, kedai pakaian dan mana-mana kedai lain / perniagaan runcit yang tidak diklasifikasikan dalam kategori lain).

Hmmmmmm memang dah agak dah. Yalah sebab ramai yang guna untuk beli petrol ataupun beli kat hypermarket, tak kisah le, Giant ke, Carrefour ke ataupun Tesco. Sebab tu le banyak bank buat co-credit cards bersama dengan stesen minyak, i.e. Petronas dan guna co dengan hypermarket i.e. Tesco.

Memang strategi diaorang untuk meningkatkan transaksi dan seterusnya meningkatkan pendapatan diaoarang tak kisah le dari segi komisen pembelian ataupun kadar faedah / keuntungan daripada orang yang guna tapi partially payment the outstanding balance.

Apa-apa pun, sebagai pengguna, gunalah kad kredit dengan cara paling bijak. Jangan ikutkan emosi aja.

6 comments:

Ejamaria said...

guna kad utk beli brg2 yg harga lebih 1k... ;)

pasaraya, guna cash je... beli sikit2...

mamai said...

guna kad kerdit entah dah tak guna dah pun

DaHLia said...

xpernah ada kad kredit hatta sekeping pun sebab tau dah diri sendiri ialah pemboros :)

Bro Framestone said...

ada gak yg pakai kad kredit semata2 nk menunjuk or tgh xde duit [gaji xmasuk] tp nk isi minyak

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

saya tak pakai kad kredit...
takut lupa diri...he he eh

Rozita MdEsa said...

kad kredit boleh bayar bulanan kereta tak?