Pages

Wednesday, April 7, 2010

Harga Setem Naik Kepada 60 Sen Pada 1 Julai 2010???

Pos Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan harga setem bagi surat yang kurang daripada 20 gram daripada 30 sen kepada 60 sen berkuat kuasa 1 Julai 2010.

Mengikutnya lagi, sudah 18 tahun rakyat Malaysia membayar setem berharga 30 sen untuk menghantar surat. Negara-negara lain telah beberapa kali membuat pelarasan berikutan inflasi, kenaikan harga minyak, kos operasi dan lain-lain lagi.

Di samping itu juga, for the past 18 tahun, jumlah surat yang dihantar telah berkurangan dan Pos Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal kos dan pada masa yang sama mengekalkan produktiviti. Berikutan itu, Pos Malaysia tidak dapat menaikkan gaji staff yang berpendapatan rendah i.e. posmen dan kerani kaunter yang manya ianya 19% kurang daripada penjawat awam.

Bayangkan gaji asas posmen sekarang ialah RM610. Macam mana nak survive di dalam situasi dunia sekarang.

Anyway untuk perbandingan harga setem di Malaysia dengan negara-negara lain:

Negara

Surat <20 gram

Indonesia

54 sen

Singapore

62 sen

Phillipines

66 sen

Brunei

47 sen

Hong Kong

60 sen

Japan

RM2.88

New Zealand

RM1.23

USA

RM1.47

Australia

RM1.71

United Kingdom

RM2.11



6 comments:

velasrizal said...

dah agak dah..asal gaji kakitangan awam naik benda lain pun tumpang naik skali

naz said...

lagi pun gaji dorang pun murah sangat:)

rasp said...

bila dibandingkan dgn negara lain and oso consider gaji posmen...
rasanya dah memang patut le naik rege stem tu....

DaHLia said...

oklah tu...30sen utk kos pengeposan tu, sangat murah...bila lagi nk bg diorang naik gaji mcm org lain jugak :)

|| NaFiRaa || said...

urrmmm... kenaikkan sekali ganda jugak tuh.. nape x naik seposen jek..mueehehehe..seb baik ai jarang2 jek hantar surat..:)

ery said...

yang naik gaji posmen..
bukan gaji aku...
ini tidak adill....