Pages

Wednesday, April 21, 2010

Gaji Berapa Tak Kena Income Tax????

Sorry le, tarikh akhir untuk hantar e-filing adalah pada 30 April 2010, baru tulis entry ni. Tak apa kan, harap aiman tak marah ok. Anyway hari tu ada orang cari information mengenai "Gaji Berapa Tak Kena Income Tax". Hmmm, anda mesti nak tahu sama ada gaji anda kena cukai ke tak.
Mengikut pengiraan saya, jika gaji tahunan anda adalah sebanyak RM28,652 so anda tak perlu bayar income tax tapi janganlah pulak tak hantar e-filing. Or gaji bulanan ialah sebanyak RM2,388. Tapi kalau anda dapat bonus even gaji anda RM2,388 sebulan anda kenalah bayar cukai pendapatan.
Pengiraan saya ni dibuat dengan assumption that anda seorang tak berkahwin lagi, tak tuntut pelepasan komputer, buku, tak ambil insurans hayat dan sebagainya. So yang kat atas tu memang pelepasan yang asas le kiranya.
Ada ke yang berminat untuk tahu pengiraannya????? Tak kisah le kalau anda tak minat pun saya nak citer juga, kan sharing is power.......

Pengiraan / Explanation:
  • Jumlah Pendapatan adalah RM28,652 setahun ataupun RM2,388 sebulan

  • Pelepasan individu sebanyak RM8,000 memang diberi secara automatik, kalau anda tak nak pun diaorang akan bagi jangan risau
  • Pelepasan KWSP adalah terhad kepada RM6,000. So dalam kes ini gaji tahunan adalah RM28,652 so caruman KWSP adalah 11% daripada gaji so jumlahnya ialah RM3,152 (RM28,652 x 0.11)
  • So jumlah keseluruhan pelepasan adalah RM11,152 (RM8,000 + RM3,152)

  • Pendapatan bercukai ialah perbezaan jumlah pendapatan / penggajian dan jumlah pelepasan iaitu RM17,500 (RM28,652 - RM11,152)

  • Jumlah cukai pendapatan adalah sebanyak RM400 [RM10,000 pertama ialah RM175 dan RM7,500 berikutnya adalah RM225 (RM7,500 x 0.03)]: Rujuk jadual cukai di bawah, dalam kes ini jumlah pendapatan bercukai adalah RM17,500 iaitu dalam kategori D (RM10,001 to RM20,000)

  • Rebat cukai individu sebanyak RM400 diberi kepada individu yang memperoleh pendapatan bercukai tidak lebih daripada RM35,000. Dalam kes ini, pendapatan bercukai adalah sebanyak RM17,500 (sila rujuk di bawah)

  • Jumlah cukai kena dibayar adalah perbezaan jumlah cukai pendapatan dan rebat cukai pendapatan iaitu RM0 (RM400 - RM400)

9 comments:

♥Azie♥ said...

gaji kita sikit jer bro..tak kena kot...

DaHLia said...

sesambil tgk EC..kalo kira ikut gaji mmg layak dah kut..tapi sebab banyak ptong sana sini...terlepas..

hr tu ada dapat kata saya xpayah buat e-filing sbb masih belum layak. Ke nak kena buat gak ek? Emel tu dah lama laaa...

Solehah said...

saya blm buat lagi e-filing..aiyarkk..

mamai said...

aduh belum declare income tax lagi nie

DeeDee said...

dulu pun i tak buat e-filing sbb pk mesti tak kena tax punya sbb gaji tak byk sgt. tp tahun ni i start buat. even gaji sikit pun, kita still kena declare kan? tak susah pun, 1st step ialah apply no pin. boleh apply online jek..

gaji 3k camtu, kalau rajin bayar zakat, mmg takyah byr tax punya.. :D

- zuriey - said...

good info..tq bro

atty's said...

gud info ..tq..

acongfx said...

tentang e-filing tu cam na nak apply online? aduh... leh kena denda tak kalau tak declare even tak payah bayar? harap dapat di bantu

Sharinginfoz said...

acongfx: boleh visit this entry on Income Tax: Lebihan RM584.44

kalau tak silap memang ada denda kalau tak hantar e-filing, cuba call customer service lhdn untuk detail. anyway dah letak komen kat your blog