Pages

Friday, April 9, 2010

Melabur Dalam Emas????

Awal tahun ada orang tanya OK ke kalau nak beli emas untuk tujuan pelaburan tahun ini. So aku cakap le tak kot sebab harga emas dah tinggi, lagipun normally bila ekonomi dunia semakin baik tak digalakkan sangat untuk beli emas.
Kalau ekonomi dah merudum ataupun bila ada peperangan, ramai orang beli emas. Biasalah sebab semua orang takut pas tu tak percaya dengan stock market ataupun mata wang USD so mereka belilah emas.

Anyway salah satu pelaburan yang boleh dibeli berkaitan dengan emas ialah Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Yang ni boleh dibeli dan dijual di Maybank. Ianya ada yang 1 auns, 1/2 auns dan juga 1/4 auns. Sebelum beli anda kena faham yang harganya memang tak tetap kerana ianya berdasarkan harga emas di pasaran dunia dan harga beli dan jual adalah tak sama.Sebagai contoh, harga pada 6 April 2010 bagi 1/4 auns ialah Jualan (RM1,000) dan Belian (RM926). So maknanya kalau anda beli kijang emas pada harga RM1,000 di sebelah pagi dan ingin menjualnya pada sebelah petang, bank akan memberi anda sebanyak RM926 so anda akan rugi sebanyak RM74 (RM1,000-RM926) atau -7.4%. So anda akan break-even jika harga Belian meningkat kepada RM1,000 ataupun harganya naik sebanyak 8% [(RM1,000/RM926)-1]*100.

Anyway, untuk period 4 Januari 2010 sehingga 6 April 2010, harga jualan (harga bank jual kepada anda) yang terendah dan tertinggi ialah RM994 (31 Mac) dan RM1,056 (4 Mac 2010). Bagi harga belian (harga bank beli daripada anda) yang terendah dan tertinggi ialah RM920 (31 Mac) dan RM978 (31 Mac). Purata harga jualan (RM1,028) dan belian (RM950).

So kalau pening tak apalah, yang penting kesimpulannya emas ni tak sesuai untuk short-term investment kerana ianya penuh dengan risiko dan fahamilah sebelum anda invest dalam apa-apa instrumen.

Nak tahu mengenai performance bagi tempoh 3 tahun???? Tengok graph kat bawah tu:

Katakan dalam jangkamasa 3 tahun anda memang bernasib baik iaitu beli pada harga paling rendah, RM610 (25 Mei 2007) dan jual pada harga paling tinggi, RM1,009 (3 Disember 2009), so berapa agaknya pulangan yang anda dapat?????

Katakan tempoh investment bagi period tersebut ialah 2 tahun 6 bulan (May 2007 to December 2009). Pulangan anda dapat bagi tempoh 2 tahun setengah tersebut adalah 65.4% ataupun 26.2% setahun. Memang banyak tapi itu the best senario. Memang rasanya almost impossible nak dapatkan macam ni.

Tapi katakan anda beli pada 2 April 2007 dan jual pada 2 April 2010, pulangan yang anda dapat adalah 47.6% ataupun 15.9% setahun. Not bad juga kan, ianya macam dividen yang Bank Rakyat istiharkan iaitu average 15% setahun. Tapi berbaloi ke dengan risiko. Maybe bagi tempoh April 2007 to April 2010 anda boleh dapat keuntungan tapi bagi tempoh lain anda boleh rugi.....

Apa-apa pun, ini adalah sebagai contoh alternative investment. Ada risiko, bak kata orang the higher the risk, the better is the return. Satu lagi jangan lupa, invest dalam emas ni kena bayar zakat macam invest dalam mana-mana investment.

5 comments:

Anne said...

very informative...tq 4 sharing:)

zulaikha said...

wahh.. ilmu baru.. thanks ye..

jemput ziarah --> http://zulaikhamohdnor.blogspot.com

Matjoe said...

good info share, kijang emas spread tinggi. GIA from public bank spread rende 3.9%

Unknown said...

beli kijang emas dan kalau nak di ar rahnukan susah juga, sebab utama sijil tidak di sediakan, yang ada resit pembelian dari maybank.Tapi ar rahnu bank rakyat boleh terima lagi..

Unknown said...

tapi kalau ada dlm 38-40k, baik jadi ejen emas Public Gold...mmg untung giler jadi peniaga emas. Harga turun pun leh bt untg, harga naik jgn ckp la..mmg utg pun...so, nak join leh hubungi saya...klik http://justaweh.blogspot.com