Mengikut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Kerajaan tidak akan membernarkan lagi penjualan rokok 14 batang sekotak bagi mencegah remaja terutamanya murid sekolah membeli dan menghisap rokok.
Mengikut Menterinya lagi, antara langkah-langkah lain dibuat bagi mencegah mereka menghisap rokok ialah dengan penetapan harga minimum pada kadar 32 sen sebatang atau RM6.40 sekotak (20 batang).
Pada pandangan saya, penjual perlu memainkan peranan yang lebih effective dengan tidak menjual rokok pada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Apa-apa pun, memang susah untuk mengurangkan smoking walaupun banyak iklan dan langkah-langkah yang telah diambil. Kalau tak silap saya ada fatwa yang mengatakan rokok tu haram sebab ianya membahayakan kesihatan. Cubalah sedaya updaya untuk berhenti.....
6 comments:
Setuju sgt...takut nanti dorang berani bli dlm bundel yg besar plak! kalau dah ketagih merokok ni susah...
teramat lah setuju.... :)
Tapi cuma takut satu isu lain pula timbul....
remaja mencuri, merompak untuk dapatkan duit sbb nak beli rokok...
betol tuh!!! bukan yang hisap jek bahaya..orang sekeliling pon bahaya jugak!!!
alhamdulillah klu dia dpt berenti merokok...
hak3...diharamkan terus rokok pun ok..
Sekarang rokok yg kotak besar pun org masih mampu beli....cuba jual sekotak rokok RM50 haaaaa.....
Post a Comment