Pages

Tuesday, April 20, 2010

Naik Kompaun Kesalahan Jalan Raya Kepada RM1,000

Semalam ada bacaan kali pertama mengenai Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 Pindaan (2010) di Dewan Rakyat. Antara pindaan yang dicadangkan ialah menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan penunggang daripada RM300 kepada RM1,000.

Banyak tu kan lebih daripada 3 kali ganda. Hmmm nampaknya kepada yang sering dikenakan compound akibat kesalahan jalan raya kena fikir panjang le, kalau tak..... melayang aja RM1,000. Hmmmmm nak kata setuju rasanya macam tak setuju aja sebab pernah juga dikenakan kompaun tapi memikirkan banyak kemalangan yang berlaku akibat i.e. memandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan, memotong di garisan berkembar dan macam-macam lagi rasanya ada juga baiknya dinaikkan kadar.

Di samping itu juga, cadangan pindaan ialah menaikkan umur untuk mendapatkan lesen memandu bagi motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun.

Apa yang penting kesedaran oleh pengguna adalah sangat penting. Yalah kita kena hormat-menghormati antara satu sama lain. Bukannya nak jadi jaguh di jalan raya tanpa menghiraukan perasaan pengguna lain. Berhato-hati di jalan raya.

6 comments:

Ejamaria said...

yg motosikal tu payah sket... sbb kalau kat kampung2 moto ni kenderaan utama - walau pun gi skolah jer...

miss nina said...

kadar kemalangan jalan raya kat msia antara paling tinggi kat dunia.
sebetulnya awareness rakyat malaysia kurang sangat walaupun prasana dah almost tip top.

mahalnya denda tu, tak naklah buat salah di jalan raya

Ikmal said...

Speed kills, I will agree on that. But i am not agreeing on fast driver causing road accident... Modern cars contains are equipped with safety equipments that meets many safety qualification restrictions. Even a Proton Persona (HLine) does have ABS/EBD + Lotus handling that will assist the driver to handle a bad driving.

It is the cheap cars / badly maintained / driving too slow on fast lane / drinking / sleepy drivers that causes road accident.

You don't see Mercedec/BMW/Ferrari etc in longkang / terbalik / langgar buntut kereta lain etc

nurayunni said...

bgus jgk...dapat kurngkan kemalangan jln raye...

Solehah said...

x setuju sangat..mahal tu..takut nak memandu..lagipun keadaan jalan raya kat malaysua ni penyumbang kepada masalah. kerajaan patut beri perhatian pada usaha menaik tarafkan jalanraya tu sendiri dlu..

Nisa A. said...

http://nisamenaip.blogspot.com/

URL baru saya~