Pages

Monday, April 19, 2010

Bayar Mara Guna KWSP????

Semalam ada orang search mengenai "bayar mara dengan KWSP" so masuk le ke blog ni. Nampaknya orang kat luar sana berminat sangat nak mengeluarkan duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk membayar balik pinjaman yang diperoleh daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Walaupun KWSP untuk tujuan simpanan masa hadapan tetapi KWSP membenarkan pencarum / ahli untuk mengeluarkannya bagi tujuan mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman pendidikan. Syarat-syarat adalah seperti berikut:
  • Pinjaman daripada bank, JPA, MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, Koperasi yang diluluskan oleh KWSP dan juga pinjaman oleh pekerja daripada majikan

  • Perjanjian pinjaman pendidikan dibuat atas nama ahli atau anak ahli

  • Anak ahli / ahli sedang atau telah tamat pengajian

  • Kursus pengajian yang dibenarkan
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web KWSP. Apa-apa pun anda fikirlah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengeluaran kerana ianya melibatkan wang caruman untuk masa hadapan. By the way, hutang wajib dibayarkan?

4 comments:

ardinihumaira said...

hutang wajib dibayar.. tapi.. bayar la ansur2, termampu.. nanti kang masa depan pon duit nak pakai juga. memangla habis bayar hutang tapi future nanti? aaa better bayar ikut kemampuan..

ejaMaria said...

akan datang lagi banyak nak pakai duit, klu tak de simpanan pastu yg dlm kwsp pun dikorek... nnt ape yg tinggal?

Anonymous said...

hmmm..kena pandai la kawal penggunaan duit.. kalau mampu, jgn terima pinjaman...=)

Solehah said...

tu la pasal..hutang tetap kene bayar..