Pages

Friday, April 16, 2010

Bayar Cukai Kat Pejabat Pos

Sejak dua menjak ni pos malaysia semakin aggresif dalam memperkenalkan perkhidmatan baru. Berkuatkuasa 15 April 2010, pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan mereka di mana-mana 696 cawangan pejabat pos atau melalui pos online. Apa yang penting, ianya tidak dikenakan caj tambahan kepada pengguna.

Bagi pengguna itulah yang mereka mahukan, kepelbagaian dan juga tidak membebankan dengan caj-caj tambahan. Di samping itu, senang kerana jumlah cawangan mereka sangat banyak. JUst imagine kan, sebelum ni (10 or 20 tahun lalu), fungsi pejabat pos adalah untuk beli setem dan juga hantar barang tapi sekarang, banyak benda yang anda boleh buat di pejabat pos; bayar bil ke, renew roadtax ke dan macam-macam lagi.

3 comments:

sani tensai said...

dah try...hoho

Solehah said...

bagus la kan..memudahkan yg perlu dipermudahkan..

Nashays said...

sbb tu skg ni klu nak g beli setem x payah nak amik no p klu nak byr bil2 utiliti mak aihh kemain lama lagi beratur..fungsi pejabat pos dah bukan sekadar mengepos2..gak nyer posmen pon dah x melawat peti2 pos..hmmm