
Adakah anda tahu apakah 20 sekolah yang berprestasi tinggi di Malaysia???? Mengikut
Berita Harian sekolah2 tersebut adalah 10 berasrama penuh, 4 sekolah menengah harian dan 6 sekolah rendah.......
Mengikut
Utusan Malaysia, di SBT, sekolah tersebut diberi kuasa autonomi untuk membuat inovasi i.e. pelajar boleh lompat kelas dan menamatkan persekolahan setahun lebih awal....
SBT adalah salah satu initiatif Kerajaan yang diumumkan semasa Bajet 2010 iaitu:
"
Prinsip asas SBT akan menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian keseluruhan pelajar termasuk disiplin dan kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang keutamaan sekolah. Kerajaan mensasarkan 20 buah sekolah diberi pengiktirafan SBT pada tahun 2010 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta."
Sekolah2 tersebut adalah seperti berikut:
Sekolah berasrama penuh: 1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian: 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah: 1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
So macam mana sekolah anda dahulu...... Adakah ianya tersenarai.... Anyway sekolah berprestasi tinggi ni adalah sekolah yang dijadikan contoh dari segi kecemerlangan bagi sekolah2 lain....