
Firstly nak ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung or tidak langsung kerana telah sertai survey on
Nuffnang..... Tujuan survey ini dilakukan ialah ingin mengetahui mengenai latar belakang nuffnangers (i.e. jantina, umur, latar belakang pendidikan dan sama ada kerja or tak) dan juga ingin mengetahui mengenai involvement dalam nuffnang (i.e. berapa lama, berapa ramai unique visitors dan juga berapa monthly earnings ngan nuffnang)....
Untuk pengetahuan, sorry to say that dalam survey tempoh hari response tak berapa bagus, by the way, thanks for those 43 respondents yang tak kisah bagi details......... Resultnya adalah seperti berikut:
Jantina76.7% daripada respondents adalah wanita...... Ini mungkin disebabkan oleh wanita lebih suka berinternet jika dibandingkan dengan lelaki ataupun, memang blog saya ni digemari oleh kaum hawa jika dibandingkan dengan kaum Adam or berkemungkinan juga lelaki memang tidak suka reply survey.
Umur
Purata umur mereka yang telah menjawap kaji selidik ialah 24 tahun....... yang paling muda ialah 17 tahun dan yang paling dewasa ialah 36 tahun.... Memang golongan ini yang sering menggunakan kelebihan IT untuk tujuan2 tertentu.......
Lebih kurang 50% daripadanya adalah yang berumur sekitar 21 hingga 25 tahun.... Golongan ini, iaitu yang berada di universiti ataupun yang baru bekerja sangat IT literate.... Sebab itulah kalau kita tengok, sebut sahaja, facebook, twetter, google, yahoo dan sebagainya mesti mereka tahu....
Bagi yang berumur 31 hingga 36 tahun, hanya 7% sahaja yang menggunakan internet untuk tujuan mencari bahan menggunakan blog ataupun mempunyai blog sendiri... Ini berkemungkinan mereka lebih suka kepada berita melalui common platform, i.e. The Star or Utusan Online or media cetak ataupun TV......
Taraf Pekerjaan
Hampir 56% adalah mereka yang bekerja dan selebihnya adalah pelajar ataupun tengah mencari pekerjaan.... Bagi pelajar, majority of them are those yang tengah belajar di universiti bagi memperoleh degree ataupun diploma.....
Bagi yang bekerja pula, 75% daripadanya adalah mempunyai ijazah.... Memang tidak dinafikan sekarang bahawa untuk memasuki alam pekerjaan sangat competitive memandangkan banyak graduan yang baru keluar daripa institusi penggajian tinggi setiap tahun.....
Berapa lama Dengan Nuffnang
Purata bersama dengan Nuffnang ialah 8 bulan, dan rangin from 1 month to 2 years...... Boleh dikatakan more than 50% daripada responden adalah bersama dengan Nuffnang kurang daripada 6 bulan dan hanya 16% berada dengan Nuffnang lebih dari 1 tahun...... Maybe Nuffnang is still new to Malaysian bloggers and it takes time for them to familiar with the service....
Jumlah Pelawat dan Earnings
Purata jumlah pelawat dalam sehari ialah 86.... paling sedikit ialah 4 orang sehari dan paling banyak ialah 300 orang sehari.....
Purata income from Nuffnang ialah RM14.50 sebulan..... paling sedikit ialah RM1 (dibundarkan) dan paling banyak ialah RM150 sebulan...... Memang ada juga respondent informed that dapat less than RM1 sebulan tapi for the purpose of analysing, saya guna RM1.........

Lebih daripada 50% bloggers yang meletakkan iklan Nuffnang dalam blog mereka mempunyai pendapatan kurang daripada RM5 sebulan..... Berkemungkinan besar kerana mereka kurang update the blog, ataupun tidak mempunyai pelawat yang tinggi memandangkan tidak mengadakan promosi yang mencukupi ataupun jarang melawat blog lain... Ini juga disebabkan oleh mereka tidak meletakkan iklan global CPC, i.e. hanya letak charity ads..... Di samping itu juga mereka masih baru dengan Nuffnang dan perlu lebih mempelajari mengenai Nuffnang dan cara untuk meningkatkan pelawat ke blog mereka....
Hanya 7% daripada mereka yang menggunakan Nuffnang mempunyai pendapatan lebih daripada RM50 sebulan...... Mereka ini sering melawat blog2 lain terutamanya yang dah establish dan meninggalkan alamat blog mereka di dalam komen, link"kan" blog mereka dengan blog2 lain.. sering update blog dan entries yang menarik...... mereka juga dapat buffered earnings....
Walau bagaimanapun, kita berblog bukan niat utama untuk mendapatkan income tetapi untuk berkongsi pengalaman dan info dengan orang lain.... Di samping itu, Nuffnang banyak mengadakan aktiviti sebagai contoh movies dan pertandingan yang ada cukup banyak.... So apa-apa pun, kaji selidik ini hanya untuk berkongsi maklumat dan tak boleh membuat kesimpulan memandangkan data yang diperoleh tidak begitu banyak dan bloggers yang mempunyai pendapat tinggi i.e. more than RM500 sebulan tidak participate dalam kaji selidik ini.....