Pages

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Semasa @Terkini Malaysia Lawan Singapura: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 (23 Julai 2011)

Update: Malaysia vs Singapura (28 Julai 2011)

Keputusan Semasa @Terkini Malaysia Lawan Singapura: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 (23 Julai 2011)
Malaysia 3-5 Singapura
  • 93": Permainan tamat dengan Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura. Malaysia perlu berjuang habis-habisan pada 28 Julai 2011 nanti. Perbezaan 2 gol dan 3 gol di tempat lawan memberi seikit kelebihan kepada Malaysia.

  • 90": 3 minit masa tambahan

  • 88": Tinggal 2 minit lagi dan Malaysia terus memberi tekanan ke atas Singapura

  • 83": Abdul Hadi membua percubaan baik tetapi dapat diselamatkan oleh Izwan

  • 81": Malaysia bolos lagi, Aleksandar Duric menjaringkan gol setelah "memperdayakan" pemain-pemain Malaysia. Walaupun berumur 40 tahun, Duric masih kuat

  • 73": Satu percubaan baik oleh Abdul Hadi sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol. Kemasukan Amirul Hadi dalam separuh masa kedua banyak memberi impak kepada pasukan Malaysia

  • 70": Malaysia merapatkan kedudukan dengan jaringan oleh Safee Sali

  • 68": Yes, yes, yes, Abdul Hadi mengesahkan bahawa beliau bukan hanya jaguh di Malaysia, menjaringkan gol yang sangat-sangat diperlukan oleh Malaysia

  • 63": Penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi dibawa masuk menggantikan Fakri

  • 60": Aleksandar Duric menanduk masuk tetapi nasib baik Duric sudah berada dalam kedudukan offside

  • 53": Ismail Yunos (Singapura) mendapat kad kuning ke-2, diarah keluar padang dan sekarang Singapura pun bermain dengan 10 orang. OK 10 lawan 10 sekarang ni

  • 49": Safiq Rahim dilayangkan kad merah oleh pengadil Bahrain akibat mengangkat kaki tinggi ke arah perut pemain Singapura. Malaysia sekarang bermain dengan 10 orang

  • 47": Percubaan Safee terus ke Izwan dari sebelah kanan pintu gol

  • 46": Separuh masa kedua dimulakan dengan Amirul Hadi dimasukkan menggantikan Ismail Faruqi

  • 45": Gol ke-4 untuk Singapura oleh Shahril Ishak, kapten pasukan. Separuh masa pertama tamat

  • 43": Singapura mendapat gol ketiga hasil jaringan Mustafic Fahrudin

  • 39": Penjaring gol kedua Singapura, Qiu Li dikenakan kad kuning akibat mengasari pemain Malaysia

  • 36": Fakri (Malaysia) dilayangkan kad kuning akibat mengangkat siku terlalu tinggi dan mengenai Ismail Yunos

  • 28": Counter attack oleh Sarbinee terus kepada Safee Sali yang berjaya memperdayakan pemain pertahanan Singapura dan menghantar bola kepada Ismail Faruqi one to one dengan penjaga gol tetapi gagal menjaringkan gol, maybe kurang pengalaman

  • 25": Singga 25 minit permainan, Singapura dilihat lebih mengawal permainan dan diharap bahagian pertahanan Malaysia bermain dengan lebih baik supaya tidak menghadiahkan sepakan percuma

  • 24": Hantaran cantik Mahali kepada Kunanlan dari sebelah kiri tetapi gagal memasuki bahagian pertahanan Singapura yang terdapat lebih kurang 5 orang

  • 21": Qiu Li menjaringkan gol hasil sepakan percuma di luar kotak penalti. Penjaga gol Malaysia, Sarbinee tidak dapat berbuat apa-apa, hanya sekadar melihat sahaja

  • 7": Singapura menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma dan disambut oleh Aleksandar Duric, yang berumur 40 tahun. Sebelum ini pemain pertahanan Malaysia, Muslim mengasari pemain Singapura yang mengakibatkan freekick

  • 1": Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan penyerang berbisa Malaysia, Safee Sali akibat kelalaian pertahanan Singapura pada seawal 29 saat permainan dimulakan

Previous Entry

Pada hari ini, 23 Julai 2011, perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua akan berlangsung di antara Malaysia lawan Singapura. Perlawanan ini diadakan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada pukul 7.30 malam. Stadium ini hanya boleh menampung 6,000 penonton dan Malaysia diberi 500 tiket. (picture credit: tickethotline).

By the way siaran langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 mulai 7.00 malam (perbincangan).

Kelayakan pusingan ketiga akan diadakan dua perlawanan dan perlawanan kedua akan berlangsung pada 28 Julai 2011 (Khamis) pada pukul 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh memuatkan melebihi 100,000 (termasuk 87,000++ tempat duduk).

Mari semua rakyat Malaysia kita sokong pasukan Malaysia @Harimau Malaya menentang Singapura. Kembalikan maruah bola sepak tanah air. Tidak kira di mana sahaja anda berada, termasuk di restoran mamak, di rumah, di hadapan komputer, di luar negara dan sudah pasti penonton yang berada di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Sudah pasti kita memerlukan kehebatan penjaga gol, Khairul Fahmi, pemain pertahanan Aidil Zafuan, pemain tengah, Safiq Rahim, penyerang berbisa, Safee Sali dan semua pemain untuk memastikan Malaysia membawa balik jaringan yang selesa pada perlawanan Malaysia vs Singapura.

9 comments:

Anonymous said...

terbaik

aque said...

insyaAllah...
chaiyok msia!!!

Mak lagenda said...

heh..berebut lg ler remote astro mlm nih!! Cisssssss...

Anonymous said...

go malaysia go..harap2 jugak kalau malaysia dapat free kick..safiq rahim score gol lagi melalui free kick..haha.

mrsid said...

defend kita bermasalah lagi..aku harapkan malaysia dpt mengekang asakan lawan lepas nie..kalau boleh jgn bagi lawan jaringkan gol lagi..lepas nie apek masuk kot..

Awan Network said...

harap2 Malaysia menang..hehe

TERKINI!!:
KURANG AJAQ !!!
PREVIEW FILEM : KARIPAP-KARIPAP CINTA

*∽ IZAN ∽* said...

pantass...!! Gud Luck Harimau Malaya di gelanggang sendiri nanti..!!

Last entry :
http://sweetomoide.blogspot.com/2011/07/bandung-trip-day-3-shopping-shopping.html

nur said...

TAHNIAH MALAYSIA WALAUPUN KALAH..
HARUS BERI SOKONGAN TU..

hazman aka species1980 said...

Jenuh gak MALAYSIA nak lawan 'player import' SINGAPORE tue....