Pages

Thursday, July 21, 2011

Keputusan Live Semasa @Terkini Malaysia Lawan Chelsea: Live @Astro 21 Julai 2011


Keputusan Live Semasa @Terkini Malaysia vs Chelsea: Malaysia 0-1 Chelsea
  • 94": Permainan tamat dengan Malaysia kalah tipis 0-1 lawan Chelsea. Syabas diucapkan kepada Malaysia, bagi saya pemain terbaik malam ini adalah penjaga gol Malaysia yang dimasukkan pada separuh masa pertama, Farizal Marlias

  • 93": Tinggal satu minit lagi permainan dan satu-satunya pemain Malaysia yang bermain 90 minit penuh adalah pemain pertahanan, Subramaniam

  • 90": 4 minit masa tambahan

  • 85": Hantaran yang sangat cantik oleh Irfan Fazail kepada Thamil Arasu menewaskan pemain pertahanan tetapi gagal dimanfaatkan. Satu peluang keemasan yang dipersiakan!!!!

  • 78": Drogba menjaringkan gol melalui sepakan percuma. Gol tersebut terhasil apabila Amer Saidin menjatuhkan Drogba di luar kotak penalti. Gol tersebut 50-50 melepasi garisan walaupun Izham berjaya menangkap lantunan bola

  • 75": Sepakan Irfan Fazail sedikit tersasar, kalau tidak Malaysia dapat satu gol

  • 71": Gerakan 1 lawan 1 Sturiddge lawan Farizal dapat ditangkis kemas oleh beliau. Memang superb penjaga gol Malaysia malam ini. Beliau dibawa keluar dan Mohd Izham Tarmizi dibawa masuk. Pendedahan kepada Izham sangat penting kerana beliau akan bermain untuk Skuad Olimpik

  • 69": Fandi memberi sepakan percuma kepada Chelsea setelah menolak pemain Chelsea. Tandukan John Terry tidak menepati sasaran

  • 67": Sepakan yang cantik oleh Syahrul Azwari dari sebelah kanan pintu gol tetapi sedikit melepasi palang. Come on Malaysia terus mengasak!!!!

  • 66": Tindakan yang baik oleh Farizal berjaya menendang bola keluar dalam kotak penalti sebelum dapat dikawal oleh Drogba

  • 62": 62 minit berlalu Chelsea banyak membuat serangan berbanding Malaysia tetapi gol Malaysia masih bersih

  • 58": Pemain yang berasal dari Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim dimasukkan menggantikan Joseph Kalang Tie. Penyerang ini baru sahaja berumur 18 tahun, lahir di Tanah Merah diharap dapat memberi suntikan positif kepada Malaysia

  • 52": Badhri Razi dan Hairuddin dikeluarkan dan Irfan Fazail dan Gary Steven Robbat dimasukkan

  • 47": Sepakan kuat oleh pemain Chelsea sedikit tersasar

  • 46": Separuh masa kedua bermula dengan Anelka dan Drogba mengetui serangan Chelsea

  • 45+": Benteng pertahanan Malaysia sudah roboh tetapi permainan yang cemerlang oleh Farizal Marlias dapat mengelakkan gawang Malaysia bolos. Keputusan separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia 0-0 Chelsea. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Sementara menunggu permainan seterusnya, jom kita lihat playbook@Maxis dan juga peluang memenangi iPad 2.

  • 42": Hantaran yang sangat cantik oleh pemain Chelsea dan pemain-pemain Malaysia sudah tertewas tetapi Lampard gagal menyempurnakan peluang di hadapan mata

  • 39": Sekali lagi Torres gagal memanfaatkan peluang di dalam kotak penalti setelah berjaya di block oleh pertahanan Malaysia

  • 38": Wan Zack Haikal dikeluarkan dan Wan Zaharul Nizam dibawa masuk. Zack Haikal mengalami kecederaan

  • 37": Tackle yang keras oleh Hairuddin ke atas Torres di luar kotak penalti. Sepakan percuma Chelsea tersasar

  • 34": Counter attack oleh Malaysia tetapi larian Hairuddin dapat dipintas oleh Ivanovic

  • 33": Daudsu dikeluarkan dan Fandi Othman dimasukkan. Saya berpendapat memang satu pertukaran yang baik kerana Daudsu tidak mempamerkan permainan yang baik, apa-apa pun, thanks Daudsu

  • 29": Tendangan percuma Lampard just outside petak penalti terkena Malouda yang berada dicelah-celah benteng Malaysia

  • 26": Kelam kabut bahagian pertahanan Malaysia tetapi tandukan Torres dapat ditangkap kemas oleh Farizal

  • 25": Malaysia mendapat corner kick buat pertama kali setelah Ivanovic mengeluarkan bola. Tendangan sudut dapat dikeluarkan oleh pemain Chelsea

  • 23": Sepakan penjuru pertama untuk Chelsea setelah asakan Kalou terlepas dari perhatian Daudsu tetapi terkena pemain Malaysia. Tendangan sudut dipersia-siakan oleh Chelsea

  • 22": Sudah 22 minit berlalu, Malaysia masih bertahan dengan serangan yang bertali-arus oleh Chelsea

  • 19": Permainan yang baik oleh Kalou menghantar bola kepada Torres tetapi dapat dipintas oleh pertahanan Malaysia dalam kotak penalti

  • 17": Malaysia gagal membuat clearance yang baik di bahagian depan pintu gol tetapi nasib baik tendangan Frank Lampard tersasar

  • 11": Sekali lagi pengawalan yang baik oleh penjaga gol Malaysia, Farizal menangkap bola terlebih dahulu sebelum Kalou sempat merembat bola

  • 10": Pemain-pemain tengah Malaysia bermain dengan cemerlang so far dengan pengawalan bola yang baik

  • 7": Sudah 7 minit permainan, ianya agak seimbang, di mana kedua-dua pasukan saling membuat serangan. Good sign for Malaysia

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan serangan Chelsea berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol Malaysia. Senarai pemain-pemain Malaysia dan Chelsea



Previous Entry

Malam ini, 21 Julai 2011, ada live perlawanan persahabatan Malaysia lawan Chelsea di Astro. Pengumuman ini dibuat oleh Astro melalui facebook. Sudah tentu siaran langsung ini ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak Malaysia.

(Ingin memenangi pelbagai hadiah termasuk Ipad 2 dan Samsung Galaxy Mini, setiap minggu?)

Anyway perlawanan persahabatan Malaysia vs Chelsea boleh ditonton melalui Astro:
  • Astro Super Sport 3 channel 817: 8.15 malam

  • Astro Super Sport 3 HD channel 831: 8.15 malam

  • Astro Arena channel 801: 8.45 malam
By the way, sepak mula pada pukul 8.45 malam. Di harap malam ini Malaysia akan memberi saingan yang sengit pada Chelsea. Sama-samalah kita beri sokongan pada skuad kebangsaan bagi perlawanan Malaysia lawan Chelsea.

(Jadilah orang yang terawal memilik Playbook)

12 comments:

velasrizal said...

lega ada live di tv

Mak lagenda said...

Huaaaaaa..nmpk gayanya mlm ni mak kena cari xtvx lain la utk dilakukan sb TV telah dirampas oleh kaum2 adam!!

Unknown said...

yey yey!!ada kat tv..
ingtkan tak de...

Awan Network said...

Malaysia3!!

TERKINI!!:
JUSTIN BIEBER SUDAH TIDAK BERSEKOLAH??
5 BANDAR TERCANTIK EROPAH!!

JMR said...

aku dpt rasakan harimau malaya menang 'teruk' mlm nih..hrpnya tak gitu la kan....

Relevan said...

Chelsea..

dean said...

pemain msia kena boo td bila dpat bola.. huhu sedey

nur said...

baca kat sini dulu.. nanti tukar channel 801.. sure CHELSEA menang ni..

Imran@Copenhagen said...

Tahniah Chelsea, Syabas team Malaysia

http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/2011/07/mencari-chelsea-team-di-stamford-bridge.html

Geng Borak said...

jadi laaaa.. kalah sebijik je...

Anonymous said...

nasib baik ade siaran live kat tv..memang enjoy fiq tengok tadi..(:

Ahmad Hati said...

Malaysia dia anggap menang jugak, sebab Goal Drogba Tidak Goal