Kempen "Who Will Will" atau "Siapakah Yang Akan Menang" telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad, Dato' Sri Sazalli Ramli di Menara Celcom, Kuala Lumpur. "Ianya salah satu cara untuk memberi ganjaran kepada pengguna setia Celcom dan juga memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan gaya hidup terkini.
Mengikut, Ketua Operasi "Advance Data" Celcom, Encik Afizulazha Abdullah, pengguna Celcom bakal memenangi jersi pasukan Arsenal ataupun Chelsea yang ditandatangani oleh pemain. Di samping itu, tiket-tiket perlawanan persahabatan @jelajah Asia turut disediakan kepada pengguna bertuah.
Jom kita tengok dengan lebih lanjut mengenai kempen "Who Will Win" yang dibawakan oleh Celcom. Celcom adalah penaja telco rasmi bagi Malaysia vs Arsenal dan Malaysia vs Chelsea. Promoter perlawanan-perlawanan ini adalah ProEvents International Sdn Bhd yang juga berada semasa kempen ini dilancarkan. Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam, "Kami berasa gembira untuk bekerjasama dengan Celcom sekali lagi dan sebagai penaja rasmi, Celcom telah mempamerkan komitmen yang tinggu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, liputan dan juga hiburan kepada pengguna."
Jom kita tengok mengenai kempen "Who Will Win" dan macam mana nak menang jersi dan tiker perlawanan.
Kempen "Who Will Win" akan berlangsung selama 10 hari sempena perlawanan persahabatan. Melalui kempen ini, pengguna perlu menyertai aktiviti yang disediakan oleh Celcom melalui pengundiaan via SMS.
Jangan lupa perlawanan Malaysia vs Arsenal akan diadakan pada 13 Julai 2011 pada pukul 8.45 malam.
Perlawanan Malaysia vs Chelsea pula pada 21 Julai 2011, iaitu 2 hari sebelum menentang Singapura dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Celcom dalam "Who Will Win" adalah:
- Pasukan bola sepak kegemaran anda
- Pemain kegemaran
- Kemaskini secara langsung Arsenal dan Chelsea
- Goal alert untuk Chelsea dan Arsenal
- Longest Goooolllllllll dan macam-macam lagi
Anda boleh mengundi pemain yang handsome " Aidil ataupun Torres", penyerang terbaik "Safee Sali vs Robin Van Persie". Caranya dengan menaip SMS "ON WIN" dan hantar ke "23696" dan undi pasukan terbaik dan jawab beberapa soalan.
Bagi goal alert pula, type "ON ARS" untuk Arsenal atau "ON CHE" dan hantar ke "26060".
Yang ni pula aktiviti-aktiviti lain yang disediakan.
Oppppppsss, selain mengenai bola sepak ada juga undian untuk Anuar Zain vs Maher Zain. Untuk mengetahui lanjut mengenai kempen "Who Will Win" boleh lawati website Celcom. Diharap dengan kempen ini, rakyat Malaysia lebih menyokong pemain-pemain Malaysia dan semoga tahap suka bola sepak kita berada di tahap yang lebih tinggi dan digeruni oleh negara-negara lain terutamanya Asia.
9 comments:
penyokong MU tak leh join la ek..
untungnya pelanggan celcom
Cabaran Dan Dugaan Untuk Menonton Filem Transformers: Dark Of The Moon
anuar zain vs maher zain..dua2 anak pak zain..
wah packnya schedule mas.huhu.mntak2 time lwan spore nnt tenaga 2 still ada.
asal mmg nak beli tiket lwn arsenal tapi jadual tu kena masa out station plak..huhu, terpaksa pendam dlm hati..
zati:kemungkinan besar skuad olimpik diturunkan + pemain2 senior yang tak ada dalam main skuad i.e. badhri, indra dan ramai lagi
wah2 celcom suka wat contest tu ni tu ni tapi bokbeng dia slow pulak tu la ni mms dia [oton penghantar n penerima nyer kredit. sekati dia je... eee dah geram ngan celcom
contest nie bro boleh masih masuk....untung2x dapat JERSI ARSENAL with autograf player kan....
akak tetap pilih harimau malaya
Post a Comment