Pages

Wednesday, July 6, 2011

Kelantan vs Sabah: Perlawanan Akhir Liga Super 6 Julai 2011

Keputusan Terkini @Semasa Kelantan vs Sabah: Perlawanan Akhir Liga Super 6 Julai 2011
KELANTAN 2-1 SABAH
  • 94": Confirmed Kelantan menjadi juara setelah menang, Kelantan 2-1 Sabah. Walau bagaimanapun, Abdul Hadi Yahya mendapat kasut emas dengan 20 gol

  • 91": Permainan Selangor vs Perak sudah tamat dengan kedudukan 0-0. Kelantan nampaknya sudah pun bmenjadi juara.

  • 89": Matyo nyaris menjaringkan hatrick untuk malam ini tetapi penjaga gol Sabah sedikit terkena jari. 4 minit masa tambahan

  • 85": Tinggal 5 minit lagi permainan, Terengganu menambah gol 6-2 manakala Subra dikenakan kad kuning setelah menjatuhkan pemain Sabah. Sepakan percuma tersasar jauh.

    Abdul Hadi menjaringkan 4 gol malam ini dan beliau memperoleh 20 gol manakala Matyo 2 gol menjadikan 19 gol.

  • 82": Counter attack oleh Kelantan diterajui oleh Chanturu dari sebelah kanan dapat ditangkap oleh Azizon Abdul Kadir

  • 80": Masih tinggal lagi 10 minit perlawanan, penonton-penonton Sabah memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain dan Kelantan terus menyerang tetapi dapat dipatahkan

  • 76": Razlan Oto (Sabah) menjaringkan gol setelah pemain-pemain pertahanan gagal mengawal beliau. Kelihatan Khairul Fahmi mengalami kecederaan tetapi masih berupaya bertahan

  • 73": Walaupun masih ada 17 minit perlawanan, kelihatan peminat-peminat Sabah, yang berada di kedudukan 10 out of 14 Liga Super mula meninggalkan stadium

  • 71": Matyo merembat masuk gol kedua peribadi beliau di hadapan kotak penalti menewaskan penjaga gol

  • 67": Rembatan Shahrul Azhar (Sabah) dapat ditangkap kemas oleh Fahmi setelah berjaya meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan. Terengganu menambah satu lagi gol, 5-1

  • 60": Aziz yang baru sahaja dimasukkan, diusung keluar akibat kecederaan setelah berlanggar dengan pemain Sabah

  • 56": Fahmi menangkap kemas walaupun sedikit terlambat keluar setelah Sabah menggandakan serangan dari arah kiri pintu gol

  • 55": Kelantan membuat pertukaran, Aziz dibawa masuk mengantikan Ramzul

  • 53": Kelantan banyak membuat serangan tetapi masih belum berjaya menambahkan jaringan

  • 46": Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan

  • 45": Tamat permainan setelah 3 minit masa tambahan. Sebelum itu Matyo dijatuhkan di dalam kotak penalti tetapi tidak mendapat penalty kick. Tidak begitu jelas sama ada kedudukan itu disengajakan atau tidak. Jumpa lagi dalam masa 15 minit!!! Felda United mendapat gol pertama, Felda United 1-4 Terengganu

  • 44": Kad kuning dilayangkan ke atas pemain Sabah, Hariri setelah menyiku Chanturu di bahagian kiri luar petak penalti. Sepakan percuma oleh Shakir tidak menjadi. By the way, Terengganu tambah lagi satu gol, Terengganu 4-0 Felda United (minit 42)

  • 39": Entah apa citer si Ramzul malam ini, tiba-tiba bola di kaki bola disepak keluar

  • 35": Percubaan yang baik oleh Badhri Radzi yang mana sepakan tersebut melepasi palang gol

  • 33": Ramzul sekali lagi melepaskan peluang untuk menambah gol untuk Kelantan walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol akibat sedikit perlahan

  • 29": Chanturu cuba menyerang dari arah kiri pintu gol tetapi dapat dipatahkan oleh pertahanan Sabah.

  • 27": Satu lagi gol untuk Terengganu, Terengganu 3-0 Felda United (minit 24). Tak sure siapa yang menjaringka gol. Kalau Abdul Hadi menjaringkan gol, kedudukan Matyo sebagai pendahulu penjaring akan terjejas.

  • 22": Terengganu menjaringkan satu gol lagi, Terengganu 2-0 Felda United (minit 18)

  • 21": Cubaan oleh Shahrul Azhar (Sabah) menguji benteng pertahanan Kelantan tetapi nasib baik tersasar. By the way, Terengganu mendapat gol pertama menentang Felda United

  • 15": Selepas 15 minit permainan, permainan agak seimbang di mana masing-masing melancarkan serangan. Asakan oleh pemain Sabah tidak begitu dikawal baik oleh pertahanan Kelantan tetapi dapat diselamatkan oleh Fahmi

  • 6": Norshahrul Idlan Talaha (Matyo) menjaringkan gol pertama untuk Kelantan setelah mendapat hantaran cantik melalui sepakan sudut

  • 1": Sabah melancarkan serangan tapi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi, menangkap bola dengan merebahkan badan. Counter attack oleh Kelantan direct ke pintu gol dan ditangkap kemas oleh penjaga gol

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan sepak mula oleh Sabah yang memakai jersi merah manakala Kelantan pula warna putih. Skuad untuk malam ini seperti di bawah:

PREVIOUS ENTRY

Hari ini, 6 Julai 2011 adalah perlawanan akhir bagi semua pasukan dalam Liga Super musim 2011. Malam ini juga kita akan mengetahui pasukan manakah yang bakal bergelar juara. Adakah Kelantan, Selangor ataupun Terengganu? Sama-samalah kita nantikan debaran Liga Super.

Perlawanan secara langsung @live Kelantan vs Sabah boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 bermula pukul 8.00 malam (perbincangan) manakala sepak mula pada pukul 8.45 malam. Perlawanan ini juga boleh ditonton menerusi TV1 pada pukul 11.45 malam (siaran tertunda).

Bagi dua lagi perlawanan yang penting ianya juga boleh ditonton melalui kaca televisyen seperti berikut:
  • Perak vs Selangor (TV1: 8.30 malam)

  • Felda United vs Terengganu (Astro Arena: 11.45 malam-siaran tertunda)
Kalau tak ada sebarang masalah saya akan update perlawanan Kelantan vs Sabah malam ini.

7 comments:

Zura Tahir said...

surelah sokong selangor..

Ardini Humaira said...

wahhh kelantan lawan :D

Idah said...

kita penyokong kuat the red warrior...harap sangat kelantan menang. gomo kelantan gomo

velasrizal said...

canti la ada live

eelobor said...

semoga kejuaraan milik TRW untuk tahun ini

Anonymous said...

come on selangor..hehe.

JMR said...

tang bola di kaki disepak keluar tu yg takleh blah tu..kihkih