Pages

Friday, March 4, 2011

Pinjaman Tanpa Faedah MiMBAR Selangor Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah di Bandar

Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) baru sahaja dilancarkan semalam (3 Mac 2011) bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka. Dari apa yang saya tahu MiMBAR ini menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun.

Syarat-syarat pinjaman adalah:
  • Pendapatan seisi rumah kurang dari:
    • RM1,500 bujang atau berkahwin tanpa anak
    • RM2,500 berkahwin dengan anak kurang 3 orang
    • RM3,000 berkahwin dengan anak melebihi 4 orang

  • Warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas

  • Warga Selangor atau bermastautin lebih 8 tahun

  • Memiliki asset tidak lebih RM50,000 dalam segala bentuk

  • Menetap di bandar-bandar Negeri Selangor sahaja
Bagi saya ianya satu inisiatif yang baik oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat bagi meningkatkan ekonomi dan yang penting ianya tidak mengenakan faedah (Qardul Hassan). Maknanya kalau pinjam RM3,600 kita perlu bayar RM3,600 juga so sebulan RM300 since jangkamasa adalah setahun.

So nak tahu lebih lanjut, jom terjah MiMBAR Selangor.

18 comments:

sahromnasrudin said...

hahahaha..sy tergelak baca skim ini..serius ke kerajaan negeri Selangor nie huhuhuhhhh..yang lama2 pun tak buat lagi huhuhuhhhh

Relevan said...

Untuk orang selangor sahaja... heh eh!

Anonymous said...

saya pun nak tumpang gelak sekali..hahaha!

bukan ape..bila kerajaan selalu bertukar2..rakyat jugak nanti yg kena tempiasnya..rasa2nya ini salah satu taktik pancing hati rakyat sebelum pilihanraya..kwang5x

ieda said...

skim yg sangat2 menguntungkan rakyat kalau dapat dilaksanakan...
tapi mampukah kerajaan negeri nak tanggung semua tu????

noorafzan said...

Baguslah =)

eelobor said...

langkah yang baik & bagus

faiz said...

papepon...baik utk org selangor..

intan.maisarah said...

tiada untuk student?
=p

Geng Borak said...

nice info bro.. tapi jangan kita bertelagah kerana politik.. :)

Myvitrd said...

kalau niat baik apa salahnya.. bagi pelung kepada kerajaan selangor membantu rakyat.. Jangan bertelagak dek kerana politik.. ketepikan politik.. bantu rakyat dahulu itu yg penting..

Lagenda said...

klu ada bantuan untuk rakyat miskin mcm ni, kan 1 tindakan yg melegakan bagi keluarga miskin nih..

hazman aka species1980 said...

suatu inisiatif yang bagus ....dan perkara ni memang kena disebarluaskan supaya ramai orang tahu dan berpeluang dapat faedah yang ditawarkan...

azzey said...

Bagus gak inisiatif cam gini kann..:)

Anonymous said...

bila ade benda baik kite gelakkan,
bile benda buruk kite kutuk..
bile nak maju?

Anonymous said...

korang ni bodo ker,org nak tolong kita berterima kasih je la..

zaliez said...

sekarang ni aku nak meniaga ,tp dah penat panjat institusi bantuan kerajaan..kata nak tolong org susah.. macam dokumen kene sedia ..tp apa pun tak boleh..tungu2222xsampai sekarang masih menunggu..hampeh.

peserta mimbar said...

politik2 gak tp klu krjaan selangor nk bg pinjaman tuk org berniaga korg ssh ape?aku dh dpt pn pinjaman tu dn byran blk pn aku dh settlekn..ok je mimbar selangor tu..

Unknown said...

Dulu stop.Ada info x Kalau2 dh d buka smula?