Pages

Thursday, March 31, 2011

Apa Itu Bounce Rate?

Data ni diperoleh daripada website histats (yang ni kena register) bagi tempoh setahun yang lepas mengikut bulan. Apa yang saya nak share kat sini ialah mengenai %bounce / bounce rate. Ianya kat column sebelah kanan sekali.

Kalau tengok rate tersebut, ianya antara 37% dan 58%. Maknanya % tersebut bila masuk dalam blog sharinginfoz hanya membaca satu entry aja tanpa membaca entry yang lain. Lagi rendah bounce rate lagi bagus sesuatu website @blog tersebut. Tetapi tak tahulah berapa peratus yang dikira bagus.

Lagi satu, lagi tinggi bounce rate ianya bermakna website tersebut tidak berkaitan dan tidak mendatangkan minat kepada pelawat. Pelawat dikira bounce @melantun apabila:
  • Click link yang membawa kepada website lain (i.e. link kat bloglist)
  • Menutup tab atau open window
  • Taip URL baru
  • Click "back button" dan meninggalkan website
Maybe salah satu daripada cara untuk merendahkan bounce rate ialah dengan membuat link yang menuju kepada entri lain dalam blog kita. So bounce rate ini akan mempengaruhi keupayaan sesuatu blog untuk menarik minat syarikat mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka dalam blog kita.

Sorry saya tak begitu expert mengenai bounce rate, maybe kawan-kawan boleh tambah lagi dan beri pandangan.

Jom Makan Nasi Kerabu di Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan @Selayang

Hari tu terbaca entri mengenai "Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan - Masakan Asli Pantai Timur" di blog jmr23, so pi le terjah tempat ini. By the way alamat restoran ini ialah:

Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan (Berhadapan dengan KFC)
No. 57, Jalan 2/16
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor
No. Telefon: 019-394 4247 / 013-257 1808

Jom kita cuba nasi kerabu ayam goreng @RM5.00 ni. Nasinya berwarna kuning boleh dikatakan sedap juga. Tapi saya lebih suka yang colour biru baru nasi kerabu yang betul. Ulam dan sambal lada dia not bad. Benda yang paling saya suka ialah sambal kelapa dan sambal ikan, memang sedap betul tapi keropoknya tak begitu masak dengan sempurna sebab kat tepi-tepi tu tak digoreng dengan baik. Ayam goreng bolehlah, bukan yang jenis ayam berempah tapi kunyit.

Overall saya bagi 7.8 out of 10. Kalau yang nak mencuba bolehlah, mempelbagaikan pengalaman makan nasi kerabu.
Yang ni laksam @RM3.00, kuahnya agak pekat dan memang banyak rasa ikan yang digunakan. Ulam dan sambal lada menambahkan lagi rasa laksam ini. Lembut juga laksam ini jika dibandingkan dengan sesetengah tempat, laksamnya agak keras. Yang ni ratingnya 7.9 out of 10.

By the way, air buah kat sini agak berpatutan, tembikai RM2.50 dan teh o ais pada harga RM1.20. Secara keseluruhan, Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan boleh dikategorikan tempat yang perlu dituju bagi yang meminati masakan Pantai Timur.

Wednesday, March 30, 2011

Keputusan Undian Malaysia Bertemu Lubanan dan Taiwan @Kelayakan Sukan Olimpik 2012 dan Kelayakan Piala Dunia 2014

Mengikut Bernama, keputusan undian bagi permainan bola sepak kelayakan Sukan Olimpik 2012 dan kelayakan Piala Dunia 2014 sudah diketahui:
  • Pusingan Kedua Kelayakan Sukan Olimpik London 2012
    • Lawan Lubnan (ranking: 169)
    • Tempat lawan: 19 Jun 2011
    • Tempat sendiri: 23 Jun 2011

  • Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014
    • Lawan Taiwan (ranking: 147-juga dikenali China Taipie)
    • Tempat lawan: 29 Jun 2011
    • Tempat sendiri: 3 Julai 2011
By the way, berdasarkan ranking FIFA bulan Mac 2011, Malaysia berada di kedudukan 138.

Memang sungguh padat jadual perlawanan memandangkan seetengah pemain akan bermain untuk kedua-dua perlawanan, kelayakan Sukan Olimpik dan juga kelayakan Piala Dunia seperti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi. Apa-apa pun, all the best untuk skuad kebangsaan agar mempamerkan permainan yang terbaik.

Nak Tambah Duit Jom Letak Iklan Exabytes

Beberapa hari yang lepas ada baca entri kat blog myvitrd mengenai "Menjual Ruang Banner Blog Dengan Exabytes (MY)". Exabytes adalah salah sebuah syarikat yang menawarkan "web hosting", so kalau yang nak tukar domain ke, nak ada hosting sendiri bolehlah beli kat Exabytes.

Anyway berbalik pada penyewaan iklan Exabytes di blog, trafik minimum adalah 100 UV ke 300 UV dan tempoh dan kadar sewa kena discuss dengan pihak Exabytes dengan menghubungi charles@exabytes.com untuk maklumat lanjut. Boleh check kat facebook @exabytes.

Dah ramai yang letak iklan exabytes ini antaranya:
By the way, ianya syarikat "hosting" dan bukannya syarikat pengiklan seperti Nuffnang, so ianya tidak menjejaskan gliterrati Nuffnang. For me, tengah finalise dengan Exabytes mengenai kadar sewaan. So kalau berminat sila hubungi charles@exabytes.com.

Keputusan Terkini Kelayakan EURO 2012: 30 Mac 2011

Keputusan terkini kelayakan EURO 2012 yang berlangsung pagi tadi (Rabu), 30 Mac 2011:
  • Belanda menewaskan Hungary dengan 5-3. Gol pendahuluan Belanda dijaringkan oleh penyerang Arsenal, Robin Van Persie seawal minit ke-13 dan 4 gol lagi dijaringkan oleh Wesley Sneijder, Ruud van Nistelrooy dan dua gol oleh pemain tengah Liverpool, Dirk Kuyt. Dengan kemenangan ini, Belanda berada di tangga teratas daripada 6 pasukan dalam Kumpulan E (Youtube @Belanda menang)

  • Sepanyol menang lawan Lithuania dengan 3-1. Pemain tengah Barcelona, Xavi memperoleh gol di separuh masa pertama perlawanan, pemain pertahanan Lithuania menjaringkan gol sendiri dan Juan Manuel Garcia Mata membolehkan Sepanyol memungut 3 mata penuh. Gol saguhati Lithuania diperoleh daripada pemain pertahanan Valencia, Marius Stankevicius. Spain juga berada di persada Kumpulan I yang memiliki 5 pasukan (Youtube @Spain menang)
Credit: ESPN

Tuesday, March 29, 2011

Ini Rupanya Awek Khairul Fahmi dan Wife Norshahrul Idlan Talaha

Tadi pi blog jejariruncing, Elia: awek Khairul Fahmi, nak tahu perkembangan terkini penjaga gol kebangsaan dan juga Kelantan.

So bacalah entry "Hari Pecah Tradisi", semasa Elia (kiri) dan juga wife penyerang sensasi kebangsaan, Isya dan juga Kelantan menyaksikan perlawanan suku akhir Piala FA antara Kelantan vs Felda United menyaksikan Kelantan menang 3-0.

Semenjak Shahrul berkahwin, senanglah sikit Elia tengok bola bersama dengan Isya. Baguslah semoga mereka dapat memberi sokongan padu kepada Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan Talaha. Bila awek dan isteri berada di dalam stadium bersama-sama dengan penyokong tegar, permainan diharap lebih baik dan bersemangat.

By the way, sorry ya jejariruncing cilok gambar-gambar dalam your blog.

Belanja Berhemah Atau Belanja Berhemat?

Semalam ada baca Kosmo article bertajuk "Belanja berhemah semasa kempen turun harga". Memang kita sering guna perkataan berhemah. Tapi tahukah kita apa perbezaan berhemah dengan berhemat? Kadang-kadang saya pun tersilap guna. Jom kita tengok definasi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • Berhemah: berbudi pekerti (yang mulia)

  • Berhemat: berjimat, bercermat, berhati-hati, berjaga-jaga
Kalau kita cakap berbelanja berhemah, ini bererti berbelanja dengan budi pekerti yang mulia. Macam mana ya nak berbelanja macam tu?

Monday, March 28, 2011

Test Drive Proton MPV Exora dan Berpeluang Menangi RM6,000!

By now, semua dah tahu yang Exora adalah "multi purpose vehicle (MPV)" keluaran Proton. Ciri-ciri penting Exora adalah tempat duduk yang luas yang mempunyai 7 seaters. So secara ringkasnya ialah merangkumi SPACE:
  • Safety (Keselamatan)

  • Performance (Prestasi)

  • Advanced Styling (Penggayaan Terkini)

  • Comfort (Keselesaan)

  • Economical (Penjimatan)
Buat julung kali, Proton akan memberi peluang untuk VIP test drive (pandu uji) bermula 23 April 2011. Di samping test drive, anda berpeluang untuk memenangi hadiah tunai berjumlah RM6,000. Apa lagi, jom kita terjah.

Promosi Produk Industri Asas Tani: Jusco Wangsa Maju (22 Mac Hingga 3 April 2011)

Semalam pi Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju. Sekarang ni dari 22 Mac sehingga 3 April 2011 (Ahad) berlangsung "promosi produk industri asas tani". So apa lagi jangan lepaskan peluang membeli macam-macam produk kat sana.

Ramai juga yang mengunjungi pameran ini. Ianya di bahagian tengah tingkat bawah.

Antara produk yang ada ialah kek cawan (cup cake), kalau tak silap 3 untuk RM5. Macam-macam perasa ada. Masa tulis entry ini, Afiqah suruh tulis "saya sayang cup cake ini". Macam-macam le pulak.

Kerepek pun ada. Satu untuk RM3 atau kalau nak beli banyak sikit ianya 4 untuk RM10. Afiqah cakap, saya tak suka makan kerepek, selama-lamanya.

Yang ini coklat. Macam kat chocolate fair kat Midvalley baru-baru ini. Memang lazat coklat ini. Boleh memberi tenaga dengan cepat.

Tak sah kalau pi tak beli air. Boleh mengilangkan dahaga. Anyway apa lagi jom terjah promosi produk industri asas tani.

Sunday, March 27, 2011

Safee Sali Jaring 2 Gol Kemenangan Pelita Jaya Lawan Bontang FC

UPDATE: Pelita Jaya menang 2-0 lawan Persijap Jepara. Youtube jaringan Safee Sali pada 3 April 2011

2 jaringan pemain kelahiran Malaysia, Safee Sali menentang Bontang FC membolehkan Pelita Jaya membawa balik tiga mata berharga. Jom tengok jaringan Safee Sali untuk Pelita Jaya @youtube.

Kemenangan 2-1 di tempat lawan telah menyaksikan Safee Sali menjaringkan gol-gol di minit 60 dan 73 manakala tuan rumah mendapat gol pada minit ke-89 tetapi terlambat untuk mendapat sebarang mata.

Dengan kemenangan ini, Pelita Jaya masih berada di zon yang tidak selamat apabila sekadar menduduki tempat ke-14 daripada 15 pasukan di dalam Liga Indonesia (ISL). Masih ada 10 perlawanan perlu diharungi oleh Pelita Jaya bagi mengetahui nasib mereka di dalam ISL.

Sejak penampilan sulung Safee Sali dalam ISL pada 5 Mac 2011, sudah 4 perlawanan telah diharungi dengan keputusan 2 menang dan 2 kalah termasuk perlawanan terbaru menentang Bontang FC. Di harap Safee Sali dapat membantu pasukan Pelita Jaya untuk memperbaiki kedudukan.

Keputusan Terkini Kelayakan EURO 2012: 27 Mac 2011

Keputusan Terkini Kelayakan EURO 2012 yang berlangsung pada pagi tadi (Ahad), 27 Mac 2011:
  • England menang 2-0 lawan Wales di Cardiff, Wales. Kedua-dua gol tersebut dijaringkan pada 15 minit pertama permainan oleh Frank Lampard (sepakan penalti) dan Darren Bent. Dengan kemenangan ini, England menduduki tangga pertama dalam Kumpulan G berkongsi 10 mata dengan Montenegro setelah bermain 4 permainan manakala Wales berada di tangga terbawah 5 pasukan

  • Germany menang bergaya dengan 4-0 lawan Kazakhstan dengan 2 gol seorang oleh penyerang Bayern Munich, Miroslav Klose dan juga Thomas Muller. Germany berada di tangga teratas 6 pasukan dalam Kumpulan A

  • Norway dan Denmark berkongsi satu mata apabila seri 1-1. Denmark mendapat gol seawal minit 28, jaringan Dennis Rommedahl manakala Erik Huseklepp menjadi wira Norway apabila menyamakan kedudukan pada 9 minit sebelum tamat permainan. Norway kekal pendahulu Kumpulan H dengan 10 mata dan Portugal tempat kedua dengan 7 mata melepasi Denmark disebabkan perbezaan jaringan gol

Credit: ESPN

Saturday, March 26, 2011

Keputusan Live Terkini Malaysia vs Etoile FC: Perlawanan Persahabatan (26 Mac 2011)

Keputusan Live Terkini Malaysia lawan Etoile FC: Perlawanan Persahabatan (26 Mac 2011): MALAYSIA 1-1 ETOILE
  • Sepakan percuma pemain Malaysia dapat dikeluarkan oleh pemain Etoile dan permainan ditamatkan dengan keputusan berkesudahan dengan seri 1-1. Gol Malaysia dijaringkan oleh Fakri dan gol Etoile oleh Hicham Buchemial. Thanks for following this game

  • 90": Kad kuning pertama ke atas pemain Malaysia, Mohd Sabree. 3 minit masa tambahan

  • 89": Sepakan oleh Norshahrul dapat diagak oleh penjaga gol Etoile

  • 88": Rembatan direct dapat diselamatkan oleh Sarbinee akibat hilang possession oleh Chanturu

  • 85": Sepakan percuma Etoile di luar kotak penalti dapat ditampan oleh Shahrizal Saad

  • 82": Kad kuning pertama ke atas Camara kerana tackle dari belakang ke atas Safiq. Safiq dibawa keluar dan diganti oleh Badrul Bakhtiar

  • 81": Gerakan Norshahrul Idlan dapat dibaca oleh pemain pertahanan Etoile

  • Tinggal 10 minit lagi permainan dan kelihatan Etoile banyak menyerang berbanding Malaysia

  • 76": Aidil Zafuan dibawa keluar dan pemain Kelantan Rizal Fahmi dibawa masuk. Rizal Fahmi menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama

  • 73": Sarbinee merebahkan diri menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibolosi

  • 69": Pemain Kelantan, Chanturu dibawa masuk menggantikan Amirulhadi

  • 66": Tandukan pemain Etoile melepasi palang, satu lagi serangan ke atas kubu Malaysia. Bagi yang nak lihat jaringan pemain Malaysia boleh layari youtube @sokernet

  • 65": Benteng pertahanan Malaysia sangat longgar dan hampir bolos satu gol lagi tetapi sepakan Stan Fougeroud tersasar tinggi

  • 62": Gol pemain Etoile, Hicham Bouchemial dari luar kotak penalti mengalahkan penjaga gol gantian Malaysia, Sarbinee

  • 61": Larian laju oleh Amirulhadi dapat dihalang oleh pemain Etoile dan bola diambil oleh Amirulhadi tetapi tersasar tinggi melepasi palang gol

  • 57": Tackle yang sangat cantik oleh Kaabi ke atas Amirulhadi di dalam kotak penalti

  • 52": Sarbinee kelihatan teragak-agak menempis keluar bola melepasi palang hasil sepakan jauh pemain Etoile

  • 51": Dua pemain Etoile diperangkap offside, satu persefahaman baik oleh pemain-pemain Malaysia. Sekarang ini Etoile bertukar kepada mode menyerang

  • 49": Sepakan penjuru Etoile diambil oleh Maxime dan disepak cantik oleh Camara tetapi ditepis cemerlang oleh Sarbinee

  • 46": Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan pertukaran penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi dikeluarkan untuk Sarbinee Allawee

  • 45": Separuh masa pertama tamat dengan keputusan terkini Malaysia 1-0 Etoile dan kelihatan sukar Malaysia untuk menembusi pertahanan Etoile dan mengharapkan sepakan percuma ataupun penjuru untuk mendapatkan gol. Jumpa lagi dalam masa 15 minit!

  • 42": Norshahrul dapat mengawal baik bola dan melepasi 3 pemain-pemain Etoile tetapi dijatuhkan dan sepakan percuma tidak dapat disempurnakan dengan baik

  • 40": For the past 5 minutes, pemain-pemain Etoile terus menyerang pertahanan Malaysia tetapi dapat dikawal baik

  • 35": Sepakan percuma Aidil dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Etoile, Antonin Trilles

  • 32": Asakan kemas oleh Asraruddin dan sepakan penjuru pertama oleh Etoile tepat ke pintu gol dan dapat ditepis cantik oleh Khairul Fahmi

  • Setelah 30 minit permainan kelihatan Malaysia menguasai permainan tetapi gagal menembusi pertahanan Etoile setelah menjaringkan satu gol di awal minit

  • 27": Hantaran cantik kepada Safiq gagal dimanfaatkan kerana tidak dapat melepasi pemain pertahanan Etoile

  • 20": Rembatan Kevin Lefranc mengenai tepi jaring gol Malaysia, memang Malaysia bernasib baik. Malaysia perlu lebih berhati-hati "menjaga" pemain-pemain Etoile

  • 18": Tandukan pemain Etoile Jonathan Tolo sedikit melepasi palang. Pemain pertahanan Malaysia tidak mengawal Tolo dengan baik

  • 7": Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Fakri dengan tandukan cantik hasil sepakan penjuru pendek ketua pasuka,n Safiq Rahim kepada Asraruddin dan menghantar cantik kepada Ahmad Fakri (gol jaringan Fakri @youtube)

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan pemain-pemain seperti di bawah (sorry beberapa pemain Malaysia tak nampak dalam senarai: Amirulhadi Zainal:21 dan Muslim Ahmad:24)




Entri Terdahulu

Pada pukul 8.00 malam nanti, perlawanan persahabatan di antara Malaysia vs Etoile FC, kelab Perancis yang bermain di S. League, Singapura. Ianya akan disiarkan secara langsung melalui Astro Arena channel 801 dan kalau tak ada sebarang masalah saya akan update keputusan live terkini.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia dijangka mengekalkan penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang bakal digandingkan dengan Ahmad Fakri Saarani. Perlawanan malam ini sangat penting untuk Malaysia bagi mengekalkan momentum kemenangan setelah menang 2-0 menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan pada bulan Februari 2011 dan juga menang aggregate 2-0 lawan Pakistan bagi kelayakan Sukan Olimpik.

Sedikit maklumat mengenai kelab Perancis, Etoile FC yang beraksi di dalam S. League, Singapura:
Mengikut website S. League, Etoile FC menduduki tangga ke-3 daripada 12 kelab. Mereka telah menjaringkan 10 gol dan hanya bolos 3 gol. Pada perlawanan terakhir pada 22 Mac 2011 di dalam S. League, Etoile FC mengalahkan Tanjong Pagar dengan 3-0.

Pemain-pemain Etoile FC yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia adalah Maxime Belouet yang berada di dalam senarai kedua penjaring terbanyak yang telah menjaringkan 4 gol. Seorang lagi ialah Jonathan Justin dengan 2 gol.

All the best to skuad Malaysia dalam perlawanan Malaysia vs Etoile FC malam ini. Saksikan live @siaran langsung melalui Astro Arena.

Berita Harian dan Radio Bernama 24 Pamer dan Baca Berita Lama?????

Masuk Berita Harian hari ini pada 26 Mac 2011 (Sabtu) dan perasan tiga entri mengenai bola sepak Liga Perdana Inggeris yang memaparkan keputusan minggu lepas. Perkara ini juga sama bila saya mendengar Radio Bernama 24 yang menyatakan keputusan tersebut.

Macam mana perkara ini boleh berlaku senangkan, minggu ini tiada perlawanan Liga Perdana Inggeris tetapi perlawanan kelayakan EURO 2012. Maybe yang kat internet ni bolehlah dimaafkan sebab tersalah link tapi kat radio tu dengan confident pembaca berita cakap yang Arsenal seri 2-2 menentang West Brom pada perlawanan pagi tadi.

Harap mereka lebih prihatin pada masa akan datang sebab ianya melibatkan image syarikat tersebut dan apa reaksi pembaca dan pendengar mengenai berita yang mereka terima.

Keputusan Terkini Kelayakan EURO 2012: 26 Mac 2011

UPDATE: KEPUTUSAN 27 MAC 2011

Keputusan terkini bagi perlawanan kelayakan EURO 2012 yang berlangsung pagi tadi, 26 Mac 2011 (Sabtu) telah pun diketahui:
  • Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol menang 2-1 lawan Czech Republic setelah ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Jaroslav Plasil. Pada separuh masa kedua, pemain Barcelona, David Villa menjaringkan dua gol termasuk satu penalti. Dengan jaringan ini, David Villa menjadi penjaring terbanyak setakat ini dengan 4 gol

  • Naib juara Piala Dunia 2010, Belanda yang kalah 0-1 kepada Sepanyol dalam masa tambahan, kenduri gol dengan membelasah Hungary dengan 4-0. Gol-gol Netherlands dijaringkan setiap satu oleh Rafeal Van der Vaart, IbrahimAfellay, Dirk Kuyt dan juga penyerang sensasi Arsenal, Robin Van Persie

  • Perancis menumpaskan Luxembough dengan 2-0. Gol-gol dijaringkan setiap satu dalam separuh masa pertama dan kedua oleh pemain pertahanan AS Roma, Philppe Mexes dan juga Yoann Gourcuff

  • Itali menang tipis 1-0 lawan Slovekia hasil jaringan pemain tengah Inter Milan, Thiago Motta pada minit ke-73
Nanti kita tunggu keputusan terkini kelayakan EURO 2012, malam ini antara England vs Wales yang akan disiarkan secara langsung melalui Astro Supersport channel 811 @11.00 malam.

Friday, March 25, 2011

Gambar dan Youtube Gempa Bumi di Myanmar @Burma Mengorbankan Lebih 60 Orang: Mac 2011


credit: cfnews13

Semasa entry ini ditulis, seramai 65 telah terkorban akibat gempa bumi yang melanda Myanmar @Burma berhampiran sempadan China, Thailand dan Laos. Gempa bumi ini berskala 6.8. Kejadian itu berlaku pada malam semalam (Khamis). Disebabkan oleh gempa bumi ini, seorang terbunuh akibat bumbung runtuh di Chiang Rai, Thailand. Di samping itu, lebih 240 bangunan telah runtuh akibat gegaran gempa bumi di Myanmar.

Setakat ini tiada threat on tsunami akibat gempa bumi di Myanmar. Sedikit berita @video on earthquake di youtube. Lihat juga youtube @jalan raya retak: rekah.

Risau gak sekarang ni since banyak malapetaka berlaku lately. Semoga Malaysia dijauhkan daripada segala jenis malapetaka alam dan kita dapat ambil iktibar, pengajaran dah tauladan daripada apa yang berlaku di sekeliling kita.

Antara gambar gempa bumi di Myanmar:

credit: yahoo.sg

credit: thewesternstar

Kamera Canon PowerShot A3200 IS @RM470 (Asal RM550) di Eye on Canon @Midvalley

Ingat tak semalam saya ada tulis mengenai "Jualan istimewa kamera canon di Midvalley"? So semalam juga pi ke Midvalley untuk beli kamera, kebetulan memang plan nak tukar kamera sebab yang dulu dah lama juga then ada problem.

Tengok punya tengok belilah kamera Canon PowerShot A3200 IS warna biru. Actually ada 3 warna lain iaitu pink, oren dan juga silver tapi ambil biru le, kan biru tu boleh menenangkan jiwa.

Masa nak beli tu ada dua model yang berkenan, satu lagi A2200 tapi bila bezakan dari segi performance ambil yang A3200 IS le sebab ianya ada "image stabilisation" yang satu lagi "blur reduction".

Ni le features untuk PowerShot A3200 IS @RM549. Antaranya 14.1 MP, 5X optical zoom, smart auto 32 scenes dan 2.7" LCD.

Ni le features untuk PowerShot A2200 @RM399. Antaranya 14.1 MP, 4X optical zoom, smart auto 32 scenes dan 2.7" LCD. Yang bezanya kat atas ialah yang ni guna "blur reduction" tapi yang A3200 guna "image stabilisation" dan zoom dia 4X. Yang lain sama aja.

So ini free gift dapat payung, orang bagi ambil le.

Macam biasa casing mesti ada kalau tak susahlah kan. Memory card ialah bercapaciti 4GB.

Anyway di samping, PowerShot, ada juga Ixus, video cam (legria) dan Canon EOS @SLR. So saya tanya le apa beza kamera PowerShot ngan Ixus. Diaorang cakap, PowerShot more on performance tapi Ixus ni lebih stylish, design cantik, modern.

So kalau yang pentingkan prestasi kamera tu beli le PowerShot tapi kalau nak penampilan ambillah Ixus.

Ni nak citer pasal harga Canon PowerShot A3200 IS. Harga asal ialah RM550 (lupakan RM1 sebab kan pening kepala) so lepas tolak diskaun semasa promosi ni RM30 dan diskaun pelajar RM50 so harga akhir ialah RM470. Ianya pengurangan RM80 or hampir 15% so for me memang berbaloi.

By the way, kalau harga yang bawah RM500, diskaun promosi ialah RM20 dan diskaun pelajar ialah RM30. So apa lagi, kalau yang memerlukan kamera, camcorder atau DSL boleh lawat promosi Canon di Midvalley yang akan tamat pada Ahad ini (27 Mac 2011). Waktu promosi 10 pagi hingga 10 malam.

Menang Contest Blueeberry Cheese Cake @Cik Nina Menulis

Guess what, buka blog pagi-pagi dapat comment from cik nina dan menang peraduan "Kenapa kad pengenalan baru penting?" Tak sangka jawapan yang saya letak bahawa kad pengenalan baru tu ada sekali cip Touch N Go adalah jawapan yang tepat.

So inilah antara jawapan yang telah diberi oleh bloggers lain. Anyway, thanks cik nina di atas peraduan ini.

Thursday, March 24, 2011

Youtube Yang Anda Akan Tengok, Tengok dan Tengok Lagi!!!

Pernah tak tengok youtube "Charlie bit my finger - again!". Video ini telah dimuat naik pada bulan Mei 2007 dan semasa entry ini ditulis, 294, 746, 163 kali dilihat. Memang funny betul video ini. Jom kita tengok kisah menarik ini.

Adik-beradik ini ialah Harry dan Charlie. Kalau tak silap semasa video ini diambil umur mereka adalah Harry (3 tahun) dan Charlie (setahun). Charlie menggigit jari Charlie dan ianya tidak begitu sakit.

Selepas itu Harry memasukkan jarinya ke dalam mulut Charlie. Maybe nak bergurau senda dengan adiknya. Guess what happen after that?

Mula-mula Harry gelak disebabkan Charlie memberi respon dah "berjaya" since Charlie mula menggigit tanggannya. Tetapi Harry dengan mukanya kelihatan sakit "Ouch, oooooouch, oooooouch, Charlie, ooooooooooooooouch. Dan Harry memandang muka Charlie dan berkata that's really hurt sambil melihat jarinya".

Selepas itu Charlie, gelak tak habis-habis. Memang lucu betul dua-beradik ini. Nak saksikan lagi, boleh tengok video "Charlie bit my finger - again!" di youtube atau layari blog, Harry and Charlie.

Jualan Istimewa Kamera Canon di Midvalley: 23 Mac Hingga 27 Mac 2011

Apa lagi bagi peminat kamera dan juga video camera boleh ke Midvalley bermula semalan 23 Mac 2011 sehingga 27 Mac 2011 (Ahad): 10 pagi hingga 10 malam. So bagi yang nak tukar kamera ataupun nak cari first camera apa lagi, jom kita terjah di Midvalley.

Antara yang menarik adalah;
  • Rebat tunai segera untuk kamera Canon terpilih!

  • Tawaran "gila-gila" daripada RM249 ke atas!

  • Pakej istimewa untuk pelajar yang membawa kad pelajar

  • Percuma servis / pemeriksaan untuk kamera
Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat canon@facebook.

Wednesday, March 23, 2011

Kutipan Terkini Filem Hikayat Merong Mahawangsa Hampir RM5 Juta Minggu Kedua

UPDATE: KUTIPAN MINGGU KE-3

Pada minggu pertama, kutipan filem Hikayat Merong Mahawangsa lebih RM2 juta. Kini setelah filem Hikayat Merong Mahawangsa masuk ke minggu kedua, kutipan terkini wayang ini sudah hampir RM5.0 juta iaitu RM4.75 juta. Rasanya nilai ini tidak termasuk dengan pasaran luar negara.

Anyway, pada tahun ini, 2011, rekod masih dipegang oleh filem Khurafat iaitu RM8.08 juta. Adakah filem Hikayat Merong Mahawangsa berjaya mencecah RM10 juta? Kita nantikan. Anyway since cost filem sebanyak RM8 juta, rasanya kalau sampai RM10 juta masih tak menguntungkan sebab kutipan filem itu termasuk dengan cukai dan juga income kepada cinema. Apa-apa pun, kita nantikan.

Felda United Kalah Suku Akhir Piala FA Tapi Dapat RM141,000


Felda United gagal untuk melayakkan ke pusingan separuh akhir Piala FA setelah kalah dengan aggregate 2-5 kepada Kelantan. Tapi disebalik berita sedih, Felda United membawa balik RM141,000 hasil jualan tiket kerana mereka bermain "di tempat sendiri" di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Ini disebabkan Stadium di Cheras sedang dinaiktaraf.

Memang untung betul maklumlah, boleh dikatakan setiap kali ada perlawanan bola sepak di kelantan, stadium seringkali penuh. Memang peminat Kelantan suka lihat perlawanan bola sepak. Kalau semua stadium di Malaysia mendapat sambutan, tak mustahil gaji pemain boleh mencecah RM20,000 or RM30,000 sebulan.

By the way, kutipan Felda United sebanyak RM141,000 adalah yang paling tinggi dalam sesuatu permainan semenjak Felda United bermain dalam Liga-M. Actually jumlah ini melebihi daripada jumlah pungutan tiket dalam 2 musim yang lepas.

Nak tahu kemeriahan penonton Kelantan, apa kata awal bulan April nanti, tengok live at Astro di mana Kelantan vs Harimau Muda A dalam saingan Liga Super.

Habis Raja Lawak Kini Maharaja Lawak Pula @Astro

Man dinobatkan juara Raja Lawak 5, so bermula 1 April 2011 @setiap Jumaat melalui Astro muncul pula Maharaja Lawak. Maharaja Lawak akan mengumpulkan juara dan juga finalists Raja Lawak musim yang lepas. Senarai peserta Maharaja Lawak antaranya ialah Yus, Tauke, Johan & Zizan, Nabil, Kumpulan XN3, Sepah, Jihan, Amir dan Alex.

Pengacara bagi Maharaja Lawak ialah AC Mizal dan juara akan membawa balik RM300,000. Bagi naib juara dan tempat ketiga sebanyak RM200,000 dan RM100,000. Kemenangan akan ditentukan melalui SMS (50%) dan juri (50%).

Kalau tak silap ianya akan disiarkan di Astro Warna channel 132 dalam packaga Mustika (yang ni kena tambah lagi RM12.95 sebulan).

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari donnyien @ Maharaja Lawak | Senarai Peserta yang Bertanding.

Tuesday, March 22, 2011

Messi Muncul Pemain Bola Sepak Menerima Pendapatan Tertinggi

Mengikut goal.com yang memetik kaji selidik yang dijalankan oleh majalah "France Football", pemain Barcelona, Lionel Messi menerima pendapatan berjumlah EUR31 juta setahun manakala pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo pula di tempat kedua menerima EUR27.5 juta dan pemain Manchester United, Wayne Rooney di tempat ketiga membawa balik EUR20.7 juta setahun. Memang lumayan pendapatan mereka.

Pengurus pasukan Real Madrid, Mourinho berada di kedudukan teratas dengan pendapatan berjumlah EUR13.5 juta setahun. Menghampiri di tempat kedua ialah pengurus Barcelona, Pep Guardialo dengan EUR10.5 juta setahun. Bekas pengurus Inter Milan dan sekarang tidak mempunyai mana-mana kelab, Rafael Banitez membawa balik EUR10.2 juta setahun.

Agak-agaknya, siapakah pemain Malaysia (other than Safee Sali) dan juga pengurus kelab di Malaysia yang mendapat pendapatan yang tertinggi dan berapa jumlahnya?

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Diumum Rabu 23 Mac 2011

Mengikut Berita Harian, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan esok (Rabu, 23 Mac 2011). Calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing esok bermula pukul 10.00 pagi dan bagi calon persendirian akan diberitahu melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama.

Good luck kepada semua calon SPM dan diharap keputusan yang bakal diperoleh menggembirakan dan jadikan keputusan ini untuk meneruskan cita-cita yang lebih besar lagi dan yang tidak berpuas hati dengan result boleh mempertingkatkan di masa yang akan datang.

KEPUTUSAN SPM 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN IPTA SESI 2011/2012

Monday, March 21, 2011

Jom Makan di Restoran Rumah Thai - Taman Melati @Setapak

Hari tu ada baca entry on "Restoran Rumah Thai" oleh eyriqazz. So apa lagi semalam pi le cuba makan kat sana. By the way, alamat dan nombor telefon Restoran Rumah Thai kat sini ya:

Restoran Rumah Thai
No. 69G, Jalan Melati Utama 4
Melati Utama
53100 Setapak
Kuala Lumpur
03-4107 8590

By the way, sorry lah gambar kat bawah ni tak cantik sebab ambil guna phone.

Ni ambil set untuk dua orang pas tu ambil nasi extra. Ni ialah Tomyam Songkhla, kiranya bersantan le dan ada ketam, udang, ikan, lala dan tomato. Ianya agak pedas dan rasa masam-masam, memang sedap juga tapi kalau yang tak tahan pedas memang tak berapa suka le. Overall rating ialah 8.2 out of 10.

Yang ni memang sedap. Ayam pandan ada 4 ketul. Memang my daughter Afiqah cakap sedap dan dia nak datang lagi. Memang di bakar menggunakan daun pandan, memang daun tu garing. Ayamnya sangat lembut dan of course tiada tulang. Macam mana ya nak citer rasa apa. Cubalah rasa, yang ini the best dalam menu so ratingnya 8.7.

Yang ni udang tepung, entah tak ingat berapa ekor, kalau tak silap ada le 7 kot. Kat dalam tu udang pas tu kat luar tepung, by the way, tak rasa sangat udang, tepung memang tebal tapi sedap gak. So yang ni 7.8.

Kalau ikutkan set ini, sayurnya ialah kailan ikan masin tapi tukar dengan kerabu mangga. Tak menghampakan, memang boleh tahan rasanya. Mangganya baru aja "dipotong" semasa kitaorang pesan, segar dan sedap dimakan. Yang ni ratingnya 8.2.

Air tembikai memang OK tapi air honeydew memang tawar so suruh diaorang tambah air gula. So dengan harga RM4.50 segelas memang reasonable, so 8.0.

Icre-cream pun ada, beli dua untuk anak-anak, satu coklat dan satu strawberry. Yang ni nak bagi rating ke? Tak payah le, namanya ice-cream, maybe diaorang guna yang nestle kot.

So overall, boleh dikatakan sedap dan patut dikunjungi pada harga yang berpatutan. Dengan makanan dan keadaan yang boleh dikatakan agak selesa dan masa makan tu tak ramai orang maybe sebab awal lagi. Semuanya RM56.10.