Semalam dapat nota daripada anak pompuan, Afiqah. Apa lagi kalau tak nak makan burger bakar Kaw Kaw kat Wangsa Maju.
So lepas sembahyang Maghrib pi le kat sana. Actually bapanya yang nak makan, so cari alasan le kan especially bila anak dah request. Sampai sana kul 8.00 malam then beratur lebih kurang 30 minit dapatlah nombor then order. Nombor 62, masa tu nombor 40.
Ni le senarai harga untuk Burger Kaw Kaw yang dibakar. Pilihlah yang mana berkenan. Nak yang ala carte ke, set ke.
Memang maju business ni, siap iklankan untuk cari staff tambahan.
Sempatlah ambil gambar diaorang bakar Burger Kaw Kaw ni. Anyway yang ni daging ya. Kalau yang ayam lainlah bukan macam jenis burger yang kita biasa makan kan?
Kelihatan staff tengah menyiapkan order.
Anyway yang set ni, didatangkan dengan 2 sosej dan air. Bezanya RM2.50. Sebagai contoh buger biasa RM7.50 then kalau yang set jadinya RM10.00. Biasa ya tak ada cheese. Nak cheese tambahlah RM1.00.
Kalau yang suka cheese baik beli Burger Kaw Kaw yang ada cheese sebab ianya sangat sedap.
Yang biasa pun sedap. Tapi kalau saya lebih suka daging daripada ayam.
Ni le airnya sedap gak kalau tak silap diaorang guna air korbonat yang colour putih tu, macam 100+ tapi jenama lain.
Sempat tangkap gambar burger orang yang order ramai-ramai. Anyway terlupa pula share. Selepas dapat nombor dan order, lebih kurang 45 minit dapat benda alah tu. Masa tu bezanya 22 nombor so lebih kurang 45 minit ke semua sekali masa menunggu dan dapat burger ialah 1 jam 15 minit. Memang berbaloi tunggu. Nanti kita pi lagi ya.
Apa lagi jom makan Burger bakar Kaw Kaw kat Wangsa Maju.