Pages

Monday, May 23, 2011

Penting Ke Jadi Pelajar Cemerlang?

Penting ke jadi pelajar yang cemerlang? Sebagai contoh Cumulative Grade Point Average (GCPA) 4.0 or 4 flat dalam peperiksaan. Ramai juga yang bekerja keras @ulangkaji pelajaran semata-mata untuk mendapat keputusan yang sangat cemerlang semasa di universiti.

Disebabkan perkara ini, mereka tidak ada masa untuk bergaul dengan orang lain dan lebih kepada menjadi "ulat buku".

Bagi saya perlu ada keseimbangan di antara pelajaran dan benda-benda lain. Kat institusi pelajaran, bukan hanya kita belajar untuk akademik tetapi meningkatkan pengetahuan dalam bidang lain, i.e. pergaulan, komunikasi, menyelesaikan masalah, sukan dan banyak lagi.

So secara senangnya, dapat keputusan yang baik penting bagi mendapatkan "kunci" bagi membolehkan kita "shorlisted" @senarai pendek dalam temuduga bagi mendapatkan kerja. Kalau dah kerja orang tak kisah kita dapat 4.0 ke, 3.80 ke atau 3.20 ke. Yang penting boleh buat kerja atau tidak. Tapi janganlah pula belajar sambil lewa then dapat CGPA yang teruk, nanti susahlah. Rasanya 3.0 to 3.49 ok kot, apa pandangan semua?

7 comments:

Hime said...

Setuju! 3.0 to 3.5 pun considered ok. yg penting, cara kita bersosial dgn orang. bukan 24 jam studi je

Unknown said...

klu nak keje gomen skang...kena CGPA 3.5 ke atas baru nama senang naik utk interview...sbb budak2 makin teror la...
tak semestinya kena score 4 flat cuma bangga la masa konvo dapat pakai selempang kan..hihi

alin said...

eh...bg alin penting jd pelajar cemerlang...sbb tu adalah salah satu point kite belajar.. kalo takat g sekolah/U n balik sekolah/U je... alahai..xde objektif... bazir duit byr yuran jek...tp on the other hand betol gak kate awak tu... kene ade keseimbangan dlm semua hal..belajar cemerlang n aktiviti sosial/sukan/rekreasi/santai pun kene lah ade gak..aktiviti sosial ni actually membantu pembgnan sahsiah kite...tu yg menjdkan kite matang dlm kehidupan..tambah ngn ilmu di dada..pasti kite bleh jd "khalifah" yg bijaksana di muka bumi ni kan?

p/s: nk ikotkan byk lagi nk tulis...heeee...

eelobor said...

erti pelajar cemerlang sebenarnya bukan bergantung pada keputusan akademik 100% tetapi termasuk dalam bidang2 lain seperti aktiviti luar, sukan & juga perhubungan sosial

amirah said...

saya pun setuju dgn pendapat bro nik..kalau cemerlang dlm akdemik semata2 tapi dalam benda2 lain tak berapa, pun tk seimbang jugak..biasa je tengok kawan2 yg ulat buku, tengok rupa dorang pun dah rasa tertekan..ish ish..yg penting study smart

icee-yah said...

betul tu..kadang0kadang org yg dapat 4 tu die macam quite mengasingkan diri.tak sosial.em..baik jadi balanced person:)

faiz said...

sebenarnya pointer ni xpenting sg dlm alam pekerjaan ni...bg saya pointer ni hanya untuk kita layak utk dipanggil interview...pastu depend on keupayaan sendiri untk jawab soalan..tapi ade gak pejalar cemerlang aktiviti lain dia seimbang..