Pages

Monday, May 16, 2011

Keputusan Live Semasa @Terkini Kelantan vs Selangor: Separuh Akhir Kedua Piala FA (16 Mei 2011)

Keputusan Live Semasa @Terkini Kelantan vs Selangor: Separuh Akhir Kedua Piala FA (16 Mei 2011): KELANTAN 1-1 SELANGOR (Gol pertama Kelantan) (Gol penyamaan Selangor)
  • Permainan tamat dengan Kelantan seri 1-1 lawan Selangor dan layak ke pusingan akhir Piala FA dengan aggregate 6-2. Kelantan akan bertemu Terengganu di Stadium Shah Alam pada 11 June 2011 nanti

  • 90": Percubaan cantik oleh Nurul Azwan Roya tetapi dapat ditepis cantik oleh Iqbal. Sebelum itu, Chanturu diberi kad kuning kerana melambat-lambatkan permainan setelah menendang bola keluar walaupun beliau berada di dalam kedudukan offside. Teringat masa Robin Van Persie kena kad kuning kedua juga semasa bermain lawan Barcelona tetapi masa tu Persie tak dengar wisel

  • 80": Peluang yang sangat2 baik oleh Piya di hadapan pintu gol Selangor setelah penjaga gol tertewas tetapi gagal lagi pemain Kelantan

  • 78": Rudie Ramli menjaringkan gol penyamaan untuk Selangor setelah kali pertama dapat ditolak keluar oleh Fahmi. Hantaran sangat cantik oleh kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah (gol penyamaan @video youtube)

    Sebelum itu pemain pertahanan Wan Rohaimi dimasukkan menggantikan Subramaniam (Update: Terengganu mendahului Pahang dengan 2-0)

  • 73": Sepakan sudut yang kedua diambil oleh Chanturu tetapi tidak menepati "target"

  • 72": Percubaan baik oleh Mohd Azuan ke arah pintu gol tetapi dapat ditepis cantik oleh Mohd Iqbal. Sepakan sudut cantik tetapi sekali lagi Iqbal menepis dengan baik

  • 70": Pemain Selangor, Mohd Hardi seolah-olah tidak berpuas hati apabila dikeluarkan dan membuka baju dan melontarkan jersi ke aras penyokong-penyokong Kelantan

  • 68": Permainan tidak begitu menarik walaupun banyak serangan tidak kira Kelantan ataupun Selangor tetapi tiada gol dapat dihasilkan

  • 62": Tangakapan kemas oleh Khairul Fahmi. Sebelum ini beliau banyak rehat kerana tiada percubaan yang berbahaya

  • Tinggal 30 minit permainan nampaknya Kelantan masih gagal menambah gol walaupun banyak juga peluang pada separuh masa kedua manakala Selangor masih susah mengatasi pertahanan Kelantan

  • 54": Ramzul dikeluarkan dan Mohd Nizad Ayub dibawa masuk. Kemungkinan besar disebabkan oleh Ramzul yang gagal menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol buat Kelantan

  • 52": Pemain Selangor diusung keluar setelah Mohd Aziz melakukan terjahan keras terhadap pemain bernombor 9, Rudie Ramli

  • Separuh masa kedua bermula dan setelah 5 minit permainan Selangor mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi tersasar dan ada juga keadaan yang mana pemain Selangor berada di dalam kedudukan offside walaupun hantaran yang cantik

  • 45": Sepakan penjuru pertama Kelantan dapat ditanduk oleh Badri tetapi dapat ditangkap kemas oleh Mohd Iqbal. Perlawanan separuh masa pertama tamat setelah 1 minit masa tambahan. Keputusan kekal Kelantan 1-0 Selangor walaupun Kelantan memperoleh banyak peluang yang sepatutnya dapat menghasilkan gol

  • 43": Rizal Fahmi mensia-siakan sepakan percuma, macam main ragbi le pulak sepakan beliau tinggi melepasi palang gol

  • 41": Tak tahu apa masalah Kelantan malam ini, kali ini Chanturu pula, sepatutnya sekurang-kurangnya 4 gol perlu dicipta malam ini. Benteng Selangor nampaknya kelam kabut dengan serangan Kelantan

  • 37": Tidak tahu mengapa Ramzul sekali lagi gagal menjaringkan gol walaupun berada di kedudukan yang baik

  • 35": Hantaran cantik Jamlus tidak dapat disempurnakan oleh Ramzul, sudah dua kali beliau gagal memanfaatkan hantaran dan peluang untuk menambah jaringan buat Kelantan

  • 27": Ramzul gagal menyepak dengan baik setelah terlepas perangkap offside one-to-one dengan penjaga gol Selangor, Mohd Iqbal setelah tersasar tinggi, peluang yang tak patut dipersiakan (Gol pertama Kelantan). Terengganu mendahului 1-0 lawan Pahang

  • 26": Khalid Jamlus gagal memanfaatkan peluang tetapi gandingan yang baik oleh Ramzul-Khalid Jamlus. Boleh dikatakan Kelantan menguasai bahagian tengah

  • 25": Selangor mengandakan serangan bagi mencari gol pertama tetapi buat masa ini kelihatan pertahanan Kelantan dapat mengawal dengan baik

  • 21": Sepakan percuma sekali lagi untuk Selangor di kedudukan yang sama di hujung kotak penalti sebelah kanan tapi dapat dikeluarkan oleh Khalid Jamlus

  • 20": Hadi (Selangor) membuat sepakan percuma dari sebelah kanan dapat dikeluarkan oleh Ramzul

  • 15": Amiruhadi berada di dalam kedudukan offside. Kedua-dua pasukan bermain dengan sungguh baik malam ini. Antara tetamu-tetamu terhormat malam ini ialah Sultan Kelantan, Menteri Besar dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan

  • 8": Mohd Shakir menjaringkan gol pertama untuk Kelantan diperoleh dengan sepakan kencang di luar kotak penalti (video jaringan @youtube)

  • 2": Sepakan percuma pertama oleh Selangor leret tersasar ke sebelah kanan pintu gol

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan sepak mula oleh Selangor terus kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi. Senarai pemain-pemain Kelantan dan Selangor



Stadium dipenuhi dengan penyokonh-penyokong Kelantan (credit: facebook-Kelab Penyokong Kelantan)

Previous Entry
Hari ini (16 Mei 2011) perlawanan bola sepak pusingan kedua Piala FA antara Kelantan vs Selangor akan berlangsung di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 8.45 malam. Ianya juga disiarkan secara langsung @live melalui Astro Arena channel 801.

Pada perlawanan pertama Kelantan menewaskan Selangor dengan 5-1 di Stadium Shah Alam, Selangor. Since, Selangor dimalukan di tempat sendiri, Selangor memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 5-0 di Kelantan malam ini bagi melayakkan ke pusingan akhir nanti.

Sama-sama le kita nantikan perlawanan Kelantan vs Selangor malam ini.

6 comments:

shahrilhakime said...

Babai Selangor....ahaksss....

faiz said...

susah selangor nk kejar..

eelobor said...

Insya Allah....semoga yg terbaik dari TRW

kakmiz said...

Kelantan pasti menang. =)

JMR said...

gomo kelate gomo...bye2 selangor..kihkihkih

anyss said...

Assalamualaikum,
Gomo Kelate Gomo...Gomo lagi 5-0