Pages

Tuesday, May 10, 2011

Live Kelantan vs Negeri Sembilan: Liga Super 10 Mei 2011


Update: boleh lihat video @youtube
  • Anyway yang dalam kotak merah kat sebelah kanan tu tak offside tapi yang sebelah kiri tu tak dapat dipastikan 100% (Khalid Jamlus) yang di dalam kotak penalti. Thanks anon for the clarification.

  • Minta maaf, setelah tengok replay, memang gol jaringan Khalid Jamlus dalam masa tambahan tidak dikira kerana pemain Kelantan sudah berada di dalam kedudukan offside. Tindakan pengadil adalah betul.

Live Kelantan vs Negeri Sembilan: Liga Super 10 Mei 2011
(KELANTAN 0-0 NEGERI SEMBILAN): Live streaming (red vision)
  • 92": Gol untuk Kelantan oleh Khalid Jamlus tetapi offside, tapi I do not think kali ini offside sebab bola sudah berada di udara. Apa-apa pun Kelantan perlu terima hakikat hanya mampu membawa balik 1 mata

    Tak puas hati dengan pengulas Astro bila mempertikaikan peluang Kelantan untuk menjadi juara setelah macam "tak percaya" apabila pengurus Kelantan, Karathu cakap Kelantan masih berpeluang.

  • 90": 2 minit masa tambahan, adakah gol dapat dijaringkan???? Kalau seri Selangor dapat 42 mata dan Kelantan 40 mata di tangga ke-2

  • 84": Rembatan Khalid Jamlus terkena pertahanan N9 dan ditangkap oleh Farizal, tinggal 6 minit lagi!!!

  • 83": Matyo mempunyai peluang yang baik tetapi lambat menggunakan peluang ini. Matyo dikeluarkan dan Nizad Ayub dibawa masuk

  • 79": Khairul Fahmi sekali lagi menyelamatkan sepakan kuat Hairuddin, satu tepisan baik oleh Fahmi. Apa dah jadi dengan pertahanan Kelantan membiarkan banyak serangan N9 dan tidak nampak serangan Kelantan

  • 75": Aidil diusung keluar akibat terjahan oleh pemain Kelantan dan sebentar kemudian dibawa masuk, tidak mengalami kecederaan

  • 72": Kedua-dua pasukan masih buntuk untuk mencari gol pertama pada malam ini, kita nantikan 18 minit lagi sebelum ianya tamat. Kelihatan, pengurus Selangor, K. Devan berada di stadium untuk melihat cara Kelantan bermain dan juga mengetahui adakah pasukannya akan kekal di tangga teratas. Kelantan akan bermain lawan Selangor di separuh akhir Piala FA beberapa hari nanti

  • 69": Azuan Solahudin (Kel) dimasukkan bagi menggantikan Nurul Azwan Roya, kemungkinan ianya memberi kesan baik bagi bahagian tengah dan juga serangan

  • 66": Sepakan percuma oleh Aidil di luar kotak penalti melencong jauh

  • 59": Sepakan penjuru ditanduk oleh Jamlus tetapi dapat ditanduk oleh penjaga gol. Subramaniam dikenakan kad kuning kerana melanggar penjaga gol walaupun bola sudah ditangkap

  • 54": Satu lagi cubaan N9 dapat diselamatkan oleh Fahmi. Beliau banyak menyelamatkan pintu gol Kelantan so far dan kemungkinan besar, Fahmi akan menjadi pemain terbaik malam ini

  • 52": Khalid Jamlus dibawa masuk oleh Kelantan menggantikan Danial Fadzly. Khalid menjaringkan salah satu daripada gol untuk memberi kemenangan kepada Kelantan lawan Kedah sebelum ini

  • 48": Peluang yang sangat baik untuk Shukor tetapi dapat ditangkap oleh Fahmi, sungguh bernasib baik Kelantan!!! Shukor-Shahurain sangat memberi masalah untuk Kelantan

  • 47": Permainan tidak banyak berubah so far dan jika ianya berlarutan, sudah tentu penyokong Selangor sangat happy, apa-apa pun masih terlalu awal untuk kita buat pengiraan

  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan

  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan tanpa jaringan. See u dalam masa 15 minit lagi

  • 43": Satu tindakan yang baik oleh Fahmi dengan menyelamatkan sepakan pemain N9. Ternyata pengalaman Fahmi membantu. N9 lebih banyak melakukan serangan pada 5 minit yang lepas

  • 38": Percubaan leret Shahurain setelah menerima hantaran cantik Muhd Shukor sedikit tersasar ke pintu gol Kelantan

  • 35": Pertukaran pertama oleh N9, apabila Abdul Halim dimasukkan dan Mohd Fiqri dikeluarkan. Nampaknya N9 mengubah strategi kepada 4-3-3

  • 33": Gol untuk Kelantan jaringan Chanturu tetapi sudah berada dalam kedudukan offside!

  • 32": Sepakan penjuru ke-4 untuk Kelantan dapat ditangkap baik oleh Mohd Farizal

  • 29": Serangan Shukor terus ke pintu gol Kelantan tetapi berada dalam kedudukan offside

  • 27": Matyo mensia-siakan peluang walaupun dapat "melarikan" daripada Aidil dengan sepakan tinggi. Anyway counter attack yang baik oleh Kelantan

  • 25": Satu lagi larian Kunanlan dapat di"tackle" baik oleh Zairul Fitree

  • 24": Satu percubaan yang tersasar oleh S. Kunanlan melepasi gol dari sebelah kanan gol Kelantan

  • 22": Pemain no. 9 N9, Shahurain membuat sepakan agak kuat dan ditolak baik oleh Fahmi

  • 21": Hantaran pemain N9 dapat diagak oleh Fahmi, jika tidak sedikit sentuhan boleh menyebabkan gol

  • 19": Sepakan Nurul Azwan Roya sangat lemah walaupun berada sedikit luar kotak penalti akibat asakan kemas oleh pertahanan N9. Norshahrul Idlan (Matyo) tidak dapat bergerak bebas akibat dikawal baik oleh Aidil dan Irwan

  • 18": Kelantan menggandakan serangan dan mendapat sepakan sudut yang ke-3 tetapi memang sangat lemah oleh Chanturu terus ke pemain N9

  • 15": Hantaran Qayyum tidak sampai ke Hairuddin setelah dipintas oleh pemain Kelantan

  • 12": Cubaan jarak jauh Danial Fadzly agak lemah walaupun penjaga gol N9, Farizal berada di kedudukan agak luar sedikit

  • Setelah 10 minit, permainan agak seimbang dengan beberapa serangan Kelantan especially Chanturu dapat dipatahkan oleh Aidil dan hantaran pemain-pemain tengah Kelantan tidak berapa tepat

  • 2": Freekick pertama yang diambil oleh Kelantan just outside petak penalti Negeri Sembilan dapat ditangkap kemas

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Negeri Sembilan membuat sepak mula, Kelantan dengan jersi putih manakala Negeri Sembilan pula kuning hitam

    Senarai pemain-pemain Kelantan dan Negeri Sembilan malam ini



Gambar yang menunjukkan penyokong-penyokong setia Kelantan yang bertandang ke Negeri Sembilan. (credit: facebook: kelate.net)

Previous Entry
Pada hari ini (10 Mei 2011), perlawanan yang sangat menarik akan berlangsung di antara Kelantan yang berada di tangga ke-2 lawan Negeri Sembilan yang berada di tangga ke-10. Perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan pada malam ini, 8.45 malam akan disiarkan secara langsung @live melalui Astro Arena channel 801.

Bermain di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan. However, mengikut statistik Kelantan kelihatan lebih baik setelah menang kesemua 5 perlawanan sebelum ini manakala Negeri Sembilan pula menang (2), seri (2) dan kalah (1).

Kelantan perlu menang bagi mencerahkan peluang bagi merebut juara Liga Super musim ini setelah Seangor merampas daripada Kelantan. Kita saksikan perlawanan yang menarik Kelantan vs Negeri Sembilan malam ini.

12 comments:

aque said...

perlawanan menarik malam nie.... huh.. hangat... hehhehe

HaiDa HiDa said...

menarik ni.. hehee.. arap2 my feveret team menang..

Unknown said...

harap le kelantan menang..
sebab tak sokong selangor..
heheh

velasrizal said...

mmg sengit game ni.. kene tgk ni

Imran@Copenhagen said...

Gomo Kelate gomo..Jange maluke sek kito!

eelobor said...

tak sabar nie bro...kawan dah siap makan awal2 ari nie. tak nak kacau tumpuan nak tgk live kat tv nanti

eelobor said...

lebih baik seri daripada kalah....

Geng Borak said...

Perak!! Perak!!! hehehe

Income Earnings Terbaru ChurpChurp!! | Grapevine

Ayie said...

yeah selangor..!! i luv u.. hahaha

eiela said...

huhu tak tengok dah bola, takde mood, N9 merudum teruk. =(

Anonymous said...

apa offsidenya goal khalid jamlus tu? yg dalam kotak merah tu bukan khalid jamlus dan kedudukannya walaupun offside tapi tidak dikira sebagai offside kerana beliau tidak mengejar bola. khalid jamlus berada di far post dan jelas kedudukannya tidak offside. basic rules of offside...

Nik Zulkhairi said...

bro, jangan ambil hati dengan pengulas astro tu. dia tu memang nak sangt kelantan kalah, sebab dia penyokong kuat selangor. semalam aku tengok bola kat tv dlm keadaa 'mute', malas aku nak dengar kritikan dan ulasan mangkuk hayun tu. aku memang bebulu dgn dia. hak ptuii..