Pages

Thursday, May 19, 2011

Keputusan Live Kelantan vs Felda United: Liga Super 19 Mei 2011

Update: Keputusan Live Kelantan vs Felda United: Liga Super 19 Mei 2011
(KELANTAN 3-1 FELDA UNITED) gol pertama
  • Keputusan dan kedudukan terkini

  • Permainan tamat, Kelantan menang 3-1 dan merampas kembali tangga teratas daripada Selangor

  • 90": Matyo menyempurnakan sepakan penalti, 3-1 untuk Kelantan

  • 89": Sepakan penalti untuk Kelantan akibat disiku oleh pemain Felda

  • 88": Pengadil dah pening kot malam ini, macam mana larian Norshahrul dikira offside memandangkan bola sudah melantun. Macam mana le offside ni bang pengadil

  • 86": Tinggal 4 minit lagi, Kelantan nampak sungguh lemah, kalau Kelantan tidak dapat mengekalkan keputusan ketika ini, satu mata tidak cukup untuk memintas Selangor

  • 84": Akhirnya Felda mendapat gol pertama hasil jaringan sendiri pemain Kelantan, Farisham setelah bola terkena dari sepakan Hasmarul

  • 81": Piya diusung keluar akibat kecederaan dan diganti oleh Daniel Fazdley. Felda terus mengasak. Tak tahu le apa silap Kelantan malam ini, bermain tidak begitu baik separuh masa kedua

  • 78": Walaupun mendapat hantaran yang cantik tetapi pemain Felda gagal menghasilkan gol, tandukan tinggi

  • 74": Sekali lagi aksi yang baik oleh Fahmi. Rasanya beliau sepatutnya dapat man-of-the-match malam ini. Yang peliknya Kelantan tidak dapat "pegang" lama bola terus dirampas oleh Felda

  • 70": Sepakan tak begitu baik oleh Shahrul direct ke penjaga gol, Md Faizal. Anyway, hantaran cantik oleh Azwan Roya dari sebelah kiri (update: Terengganu 2-1 Harimau Muda A)

  • 68": Sudah banyak kali Khairul Fahmi menyelamatkan pintu gol Kelantan dengan serangan-serangan berbahaya Felda

  • 64": Daudsu (Kel) terjatuh di dalam kotak penalti Felda kerana ditackle oleh pemain Felda, rasanya perlu dihadiahkan penalti memandangkan ianya adalah bad-tackle direct ke kaki rather than bola

  • 62": Jaringan Nurul Azwan Roya (Kel) tidak dikira kerana offside

  • 60": Hantaran Chanturu di hadapan pintu gol dapat disambar oleh penjaga gol gantian Felda, Md Faizal

  • 59": satu lagi serangan oleh Chow Chee Weng (Felda) dapat diselamatkan oleh Fahmi. Pertahanan Kelantan agak goyah ketika ini

  • 58": Sepakan pemain Felda dapat ditepis cantik oleh Fahmi

  • 55": Felda United membuat counter-attack dan membuat jaringan tetapi pengadil mengangkat bendera offside. Apabila tengok replay bagi saya ianya tidak offside. Rasanya keputusan yang tidak begitu tepat oleh pengadil

  • 55": Chanturu (Kel) berada di kedudukan yang tebaik untuk menjaringkan

  • 54": Sepakan Mohd Lot (Felda) tersasar tinggi. Khairul Fahmi tidak begitu dicuba separuh masa kedua

  • Separuh masa kedua dimulakan dan Kelantan membuat serangan. Kelantan mendapat gol kedua setelah sepakan sudut terus ke pintu gol yang mana terkena pemain Felda United, Rashid Mahmud, therefore gol sendiri oleh Felda United (Update: Terengganu 2-0 Harimau Muda)

  • Permainan tamat separuh masa pertama dengan Kelantan 1-0 Felda United. Jom tengok jaringan Piya melalui video @facebook. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • 42": Penjaga gol Felda, Hamsani menyelamatkan daripada jaringan gol, kelihatan beliau mengalami kecederaan kerana melayangkan badan. Tidak ketahui sama ada berapa lama lagi beliau boleh bertahan

  • 41": Tandukan yang tersasar oleh Piya yang berada di dalam petak penalti sungguh merugikan. Satu counter-attack yang baik oleh Kelantan

  • 40": Khairul Fahmi menyelamatkan dengan cantik sepakan pemain Felda United

  • 32": Khalid Jamlus dikeluarkan dan Ramzul dimasukkan. Pertukaran pertama Kelantan. Update (Terengganu mendahului Harimau Muda dengan 1-0)

  • 29": Gol Kelantan dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Badhri (Piya) dengan tandukan cantik setelah mendapat hantaran tepat oleh Daudsu dari luar petak penalti

  • 28": Felda bangkit dengan serangan, nampak gaya permainan dikuasai oleh Felda pada 5 minit sebelum ini

  • 25": Sepakan percuma pemain Felda di sebelah luar kanan petak penalti, ditanduk oleh pemain Kelantan tapi sepakan pemain Felda dapat ditangkap kemas oleh Fahmi

  • 20 minit berlalu, kedudukan masih seri tanpa jaringan. Pemain-pemain menghadapi kesukaran memandangkan padang yang agak licin. Kelantan menggandakan serangan manakala permainan Felda United sedikit terjejas jika dibandingkan permainan yang agresif pada 10 minit pertama

  • Setelah 10 minit permainan, permainan dikuasai oleh Felda United dan Kelantan masih mencari-cari rentak, maybe pemain bahagian tengah perlu bermain dengan lebih lincah bagi memberi peluang kepada penyerang Kelantan untuk menjaringkan gol

  • 5": Sepakan penalti kedua dapat diselamatkan oleh Fahmi yang dapat membaca sepakan ke arah kiri. Memang bernasib baik untuk Kelantan !!!!!!

  • 4": Sepakan penalti pertama untuk Felda United kerana terkena tangan Farisham dan sepakan penalti berjaya disempurnakan tetapi pemain Felda dipersalahkan kerana terlebih dahulu bergerak ke hadapan

  • 2": Sepakan penjuru pertama Felda dapat ditumbuk keluar oleh Fahmi, sentuhan pertama oleh penjaga gol Kelantan yang baru sahaja bertunang beberapa hari yang lepas

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Felda United membuat sepakan mula, padang basah akibat hujan. Hujan masih renyai-renyai malam ini


  • Selangor tewas 1-2 kepada T-team

  • Perak seri 1-1 kepada Sabah

  • Setelah kedua-dua perlawanan yang berlagsung petang tadi kedudukan terkini adalah:

Previous Entry
Hari ini, 19 Mei 2011 perlawanan-perlawanan bola sepak Liga Super akan diteruskan. Kelantan akan menentang Felda United di Stadium Cheras pada pukul 8.45 malam.


Kelantan yang berada di tangga ke-2 dan juga sudah menempah tiket akhir Piala FA mempunyai semangat yang tinggi untuk memberi saingan kepada pendahulu liga, Selangor dengan perbezaan 2 mata.

Walaubagaimana pun, Felda United yang berada di tangga ke-7 daripada 14 pasukan, bukannya lawan yang mudah terutamanya bermain di tempat lawan.

Sama-sama le kita nantikan keputusan perlawanan Kelantan vs Felda United malam ini dan juga perlawanan-perlawanan lain.

Jadual perlawanan hari ini:
  • Felda United vs Kelantan
  • Negeri Sembilan vs Johor FC
  • Pahang vs Kuala Lumpur
  • Harimau Muda A vs Terengganu
  • T-Team vs Selangor
  • Perak vs Sabah