Pages

Wednesday, May 11, 2011

Hati-Hati Dengan Penyimbah Asid Guna Motosikal di Kuala Lumpur dan Selangor

Update:
  • 20 Mei 2011: Seorang wanita berumur 26 tahun disimbah sejenis cecair berwarna pink ketika memandu kereta. Simbahan tersebut mengenai cermin hadapan kereta. Boleh baca untuk maklumat lanjut

  • 13 Mei 2011: Seorang wanita yang berumur 30an yang memandu kereta dengan cermin tingkap terbuka disimbah dengan sejenis cecair yang menyebabkan kegatalan badan tetapi tidak melecur. Kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 8.45 pagi di Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Suspek yang dilaporkan menaiki motosikal jenis EX5 tidak dapat dipastikan sama ada mempunyai kaitan dengan kes-kes sebelum ini.

Ada baca berita dalam The Star yang menyatakan bahawa kes penyimbahan asid oleh "penjenayah" yang menggunakan motosikal kerap berlaku lately di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sekarang ini.

Semenjak 2 Mac 2011 sehingga 7 Mei 2011, dilaporkan lebih 20 orang mangsa yang terkena simbahan asid bermula dengan cikgu dan 8 orang murid sekolah rendah di SK Bukit Bandaraya di Bangkung, Bangsar dan terbaru di Persiaran Titiwangsa yang melibatkan seorang wanita dan anaknya yang berumur 1 tahun yang berada di sekitar rumah.

Lain-lain kawasan yang terlibat dengan simbahan asid (Taman Bandaraya, Brickfields, Pudu, Pusat Kuala Lumpur, Titiwangsa dan The Mall) adalah Jalan Tun Sambanthan, pintu belakang sekolah, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Conlay, Jalan Pudu Lama dan berhadapan shopping centre, Jalan Putra. Satu kes di luar Kuala Lumpur / Selangor berlaku di Jalan Mantin, Negeri Sembilan.

Dalam berita TV3 pula, polis menyatakan bahawa kejadian ini dilakukan oleh penunggang motosikal dan masanya adalah malam bagi waktu kerja dan pagi semasa hari minggu. Target adalah wanita. So berwaspada dan hati-hati dengan kejadian simbah asid ini.

17 comments:

eelobor said...

pernah dapat email kes sebegini bulan lepas. nampaknya kes ini semakin melarat pulak jadinya

suria lekatlekit said...

risau pula nk jenjalan kt kl ni..

velasrizal said...

apa agaknye motif dia ek

MiSs LaDyBiRd ^o^' said...

takutnya.....Ya Allah..lindungilah kami.....

zati embong said...

akak ofismate ckp dia xleh nmpak perempuan cntik.

Myvitrd said...

bahaya ni..apa masalah orang ni ye.. aku rasa dia motif dendam kot.. kes putus cinta ni.. hati2lah ye semua termasuk kaum lelaki

Hairil Rizal said...

Buat sementara ni Warlord mmg tak beri wife guna public transport utk ke mana mana. Takpelah susah sket sbb kena hantar dan ambil dia keje tapi lebih terjamin keselamatan.

Geng Borak said...

macam2 hal laa skrang nih.. huhuhu

Solehah said...

tak faham la motif orang tu kan.

CIKGU NAMAN said...

memang nak gi jalan² pon rasa tak selamat dah

hans said...

mak aih
menakutkan

Ayie said...

Sebenarnya, apa masalah dia..?? Dia sakit mental ke..?? =.=''

Unknown said...

sebab dendam,tu la hidup ni janggan cari musuh,,ramaikan kawan @ sahabat kalau nak cari gaduh buat perkara yang tak elok kt orang..mesti orang tu balas balik..tak ada orang buat sesuatu tampa sebab kan,,mesti ada

Relevan said...

Apa kes ni..

amirah said...

mental ke hape ni..eee takut je

faiz said...

ape mslh org ni pon xtau..mental ke ape..

ainhany said...

muga di jauhi...selamat hndaknya