Pages

Tuesday, May 24, 2011

Apakah Tips Untuk Memperbaiki Mata Pelajaran Bahasa Melayu?

Semalam Danish ada ujian Bahasa Melayu, darjah tiga. So go through kertas soalan Bahasa Melayu (pemahaman). Dalam banyak-banyak soalan, tertarik dengan soalan nombor 28 iaitu:

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

"Pak Cik Halim menambat kambing itu pada sebatang pokok." Jawapan yang Danish buat ialah:
  • Pak Cik Halim menambat sebatang pokok pada kambing itu.
Itulah kenyataan yang perlu saya terima yang jawapan tersebut salah dan nak tergelak. Tapi tak apa, kena usaha lagi untuk tingkatkan pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Banyak gak beli buku cerita dan latihan tapi banyak lagi perlu diperbaiki.

Kalau ada tips macam mana nak tambahkan pengetahuan dalam Bahasa Melayu, sila-silalah share kat sini ya. Thanks in advance.

11 comments:

CIKGU NAMAN said...

jawapan kreatif tu..hehe..

nur said...

betul juge jawapan tu ek.. janji ada perkataan pokok dan kambing.. heheh..

Mak lagenda said...

Mmg nk tergelak tgk jawapan anak2 kita bila menjawap exam kan?

Tp kena kembung kempis pipi tu menahan ketawa supaya anak2 x melihat mak pak dia ketawakan jawapan dia.Kang rasa rendah diri plak budak tu

Syuk Ry said...

haha.. lawak kampus ni.. :D
Film Review : PIRATE of THE CARIBBEAN

Liza @ Adzriel AB said...

budak2 nak cepat, tak sempat nak fikir logik dah. dia nampak mcm dah betul aje. sebagai parent biasanya kak liza lukiskan semula situasi itu atas kertas A4. nyatakan logiknya dan minta dia beri pendapat & contohnya pulak. anak2 memang sgt kreatif.

Geng Borak said...

jawapan yang betul: Kambing menambat sebatang pokok pada pakcik halim.. hehehe

Perpisahan Berlaku Lagi | Sayonara IBM 34

mamai said...

hampir tak lulus BM tahun 1989

amirah said...

hehehe..takpe...banyakkan lagi membca buku cerita ..

Faiz said...

heheh...pokok plak kena tambat kat kambing...biasa la tu..bdk2 kan..

sahromnasrudin said...

bagus jawapan tue...cubaan yang baik..

Nur Fannun said...

soalan bm tu cm bhs inggeris gak de sentence positif & negatif..

kna ajr le mksud ayt & perkataan menambat jadi ditambat..