Pelbagai jenis masakan ada kat sini. Masa makan masa lunch, memang ramai betul yang datang sini. Orang cakap kalau ramai orang mesti sedap kan?
Make sure ya bayar dulu sebelum makan. Itu yang makcik tu cakap.
So ambil le nasi, ayam goreng, kacang goreng dan sambal belacan. Ayamnya memang besar dan garing. Itu yang menyebabkan ianya sedap ditambah pula ngan rasa rempahnya. Kacang pula apabila digoreng bersama dengan telur menambahkan lagi selera. By the way, ianya RM5.00, memang cukup berbaloi especially bila ianya sedap.
Air macam mana pula? Makcik tu cakap free aja, pilihlah air kat kaunter air, ada teh o ais, sirap, anggur dan air kosong. Pilihlah yang mana nak ya, tambah le banyak kali. Free aja.
So kalau yang pergi ke Langkawi make sure singgah le kat sini ya. Rating? Saya bagi 8.2 out of 10.
9 comments:
Nasik campur lauk ayam..RM 5 dgn air free..boleh la. Sape nak bagi sekrang ni kan..?
Fuuh nampak menyelerakan...
kat langkawi ye? rs cam pnh singgah je mkn kat sini
huuu teringat masakan di kampung..^^
Kalu dah sharinginfoz bg rating cenggitu, confirm sodap tu. Somor idup lum pernah lg ke sana..huhuhu
Harga RM5 nasi campur dan lauk ayam tu biasalah, kat mane2pun sama. Air free tu yang special sikit..jarang terdapat dimane2,air suam pun charge 20sen..
siap air free lagi tu kan :) kalau nak kira kos air tu bukannya mahal sangat kan, kordial jer pun tapi tak semua kedai ada free air. air masak pun kena caj !
Memang best. Sya suka makan restoran "jom ikan bakar" ni. Lauk pun banyak sangat. Air free. Harga memang murah. Paling meletop tentulah ikan bakar yg disirami sambal yg mabeles tu..
banyak info dapat dari blog ni lah terima kasih...ingat nak bawa bebudak cuti sekolah ni tulah tapi kira budget...nak cari hotel ke chalet ke atau boleh suggest tempat...yang murah lah
Post a Comment