Baru-baru ini saya dah buka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di Maybank. Kebetulan tak ramai orang masa tu so masa yang diambil adalah lebih kurang 30-45 minit termasuk isi borang dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan kaunter. Ni le borang yang saya maksudkan, tak banyak sangat maklumat yang perlu diisi.
By the way, minima untuk masuk SSPN adalah RM20. Yang ni adalah slip kemasukan. Baca elok-elok ya sebelum isi. Setelah siap, pegawai Maybank bagi salinan borang permohonan, slip kemasukan dan juga computer printout mengenai butir-butir permohonan. Actually cetakan komputer tu lebih kurang maklumat dalam borang permohonan.
Selain, Maybank, boleh juga dibuka di bank lain termasuk BSN, CIMB Bank, Agro Bank, Bank Islam dan Bank Rakyat. Jangan risau ya, SSPN adalah berlandaskan syariah dan dapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun (bergantung kepada berapa kita masuk ya).
Nak tahu lebih lanjut boleh semak di SSPN or FAQ.
4 comments:
kalau takde anak kecik
:) Mak dan anak2 mak semua dah ada..
Borang permohonan tu pihak bank yang sediakan or print dari web?
Park Je-Ah: borang tu disediakan oleh bank
Post a Comment