Pages

Monday, December 31, 2012

Makan Malam di Santai Place

Tak tahu nak makan mana? Apa kata singgah kat Santai Place.
Ianya terletak di Batu 8 1/2, Jalan Gombak. Budak-budak UIA mesti kenal dengan tempat ni. Ianya beroperasi from 2 petang hingga 2 pagi. Cubalah call nombor telefon kat atas untuk mengetahui lebih lanjut.
Tempat ni semakin besar, dahulu tak banyak sangat meja. Anyway kalau tak silap ianya muat untuk 80 orang pada sesuatu masa.
Yang ni ketam masak merah tapi tak pedas sangat, ianya sedikit masin tapi not bad juga. Tak sure berapa harga pula untuk dua ekor ketam ni. Ketam ni secara keseluruhan saya bagi rating 7.2 out of 10. Ianya tak begitu fresh tapi OK gak. Jauh gak beza from ketam di Seri Mesra @Port Dickson.
Sup ayam ni memang sedap, tak macam sup biasa. Suka ngan rasanya yang masam seperti kuah mee celup, ada taugeh gak. Afiqah memang suka sangat especially dengan kuahnya. Oleh itu saya bagi rating 8.1 out of 10.
Telur dadar dua biji ni boleh tahan juga walaupun tak begitu garing. Ianya ada bawang tapi saya tak prefer sangat ngan benda alah onion ni. Hmmmm, kalau bagi 7.6 ok tak?
Kailan ikan masin ni OK gak dengan kailan yang tak begitu layu, ianya dimasak tak begitu lama. Apa lagi nak cerita mengenai benda alah ni, mesti rasa ikan masin le. 7.9 le yang ni. 
Sambal belacan memang OK tapi timunnya dipotong tebal. 
Alamak nasi pun nak tunjuk juga kan?
Fries ni OK tak le macam fries kat MCD yang mana masin. Kentangnya yang tebal memang sedap campur dengan sos dan mayonis.
Air buah-buahan dan milo menjadi pilihan kami malam ni. Guess what makan malam semuanya RM36. Memang sangat berpatutan. Actually RM36.20 tapi kira mudahlah. Memang tak berkira sangat diaorang. Secara keeluruhan saya syorkan tempat ini dengan environment yang OK dan harganya yang reasonable.

So bagi yang tinggal berdekatan, singgahlah di Santai Place @Jalan Gombak.

Dah Beli Ke Alat Tulis Anak-Anak?

Tinggal beberapa hari lagi anak-anak akan bercuti sebelum memulakan kembali persekolahan. Sebut aja sekolah mesti kena ada alat tulis bagi memudahkan pembelajaran kan? So baru-baru ini pi le beli pelbagai jenis alat tulis untuk Danish dan Afiqah yang mana akan masuk darjah lima dan tiga.

Tak tahu le berapa lama stok ni akan bertahan.
Semua sekali RM143.70. Teringat masa dulu-dulu masa nak masuk kembali ke sekolah. Memang happy betul dapat peralatan sekolah.

Sunday, December 30, 2012

RM200 Rebat untuk Smartphone di Bawah RM500 Bermula 1 Januari 2013

Update: Mengikut berita yang saya dapat from TV3 (2 Januari 2013), belia boleh beli smartphone apa jua jenis or harga bagi mendapat rebat RM200, so ianya tidak terhad pada telefon pintar yang berharga RM500 ke bawah sahaja seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Rasanya ramai golongan belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun ternantikan pengumuman mengenai pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian smartphone yang mana sebelum ini diumumkan di dalam Bajet 2013.
Mengikut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2013 bagi 1.5 juta belia, siapa cepat dia dapat ya. Yang ni layak bagi telefon yang berharga RM500 ke bawah. So selepas tolak rebat RM200, harga telefon pintar adalah maksimum RM300 aja.

Ni le senarai smartphone yang berharga RM500 ke bawah. Senarai ni berdasarkan maklumat sehingga 26 Disember 2012. Ianya akan dikemaskini oleh penyedia perkhidmatan dari semasa ke semasa.

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610 (Microsoft Windows Phone 7.5 Mango @800 MHz processor)
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y (android 2.3.5 gingerbread @832 MHz processor)
21) Sony Xperia Tipo (android 4.0 ice-cream sandwich @800 MHz processor)
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Syarat-syarat untuk memohon Pakej Komunikasi Belia adalah antara lain:
  • Umur 21 hingga 30 tahun
  • Pendapatan kasar tak lebih RM3,000 sebulan
  • Kalau tak melanggan khidmat jalur lebar, so kenalah berbuat demikian dengan penyedia perkhidmatan iaitu Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. 
Pendapatan saya secara ringkas memang satu inisiatif yang baik walaupun ramai yang cakap apasal untuk telefon yang berharga RM500 ke bawah aja? Anyway kena mendalami matlamat ni iaitu untuk membantu golongan tertentu.

So sorry to say, maybe ramai yang tak setuju dengan saya, kalau mampu beli telefon yang mahal-mahal, rasanya mereka tak perlulah rebat RM200 kan? Satu lagi mengikut senarai jenis telefon yang boleh dibeli, i.e. Samsung Galaxy Y, Nokia Lumia 610 or Sony Xperia Tipo not bad juga. Samsung Galaxy Ace Plus tak bolehlah sebab retail price ialah RM699.

Saturday, December 29, 2012

Panas-Panas Makan Moo Cow Sedap Gak

Sekarang ni panas le pula. So lepak-lepak kat 1 Utama singgah jap kat Moo Cow, froyo. Yang ni untuk Afiqah punya ada koko krunch. Memang one of the favourites makanan Afiqah. 
Yang ni pula untuk Danish, ada coklat.
Cawan Moo Cow ni memang menarik perhatian budak-budak aja. Macam-macam haiwan ada.
Makan jangan tak makan ya. Memang sedap juga froyo Moo Cow ni, tak jauh beza ngan Tutti Frutti.

Jom Makan Kuih-Muih @Pasar Tani Taman Melawati

Jom jalan-jalan sambil cari-cari kat Pasar Tani hari Sabtu di Taman Melawati. Kat sini macam-macam ada di antaranya kuih-muih untuk sarapan. Memang sedap kuih kat sini dan pelbagai jenis ada. Anyway harganya ialah 50 sen satu. Kejap aja dah habis.
Bagi penggemar kerepek, usah risau kerana boleh dapat benda alah ni kat sini. Kalau tak sure nak beli apa, apa kata cuba dulu tapi jangan le makan sampai habis satu pinggan ya.
Pernah tak cuba roti Arab? Ianya RM1 satu dan sedap juga. Kena pula bila ianya dicicah dengan kuah. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita melangkah ke tahun 2013. Adakah 2012 tahunku yang kacak?

Friday, December 28, 2012

Banana Split vs Ice Cream Tapas @Baskin Robbins

Agak-agak makan aiskrim malam-malam OK tak? Kalau terasa nak makan tak kira waktu kan? Anyway nak cerita mengenai makan aiskrim kat Baskin Robbins. Yang ni tak lain tak bukan adalah banana split. Of course ada pisang yang dibelah dua dan boleh pilih tiga jenis aiskrim dan dua jenis topping. Tak boleh makan selalu ya tak bagus sebab manis kan. Anyway benda alah ni boleh didapati pada harga RM23.50.
Afiqah dan Danish memang enjoy betul makan banana split ni. Biasalah budak-budak kan? Actually orang dewasa pun suka.
Sebelum ni biasa gak makan fondue ngan waffle sundae tapi ni first time cuba ice cream tapas. Apa itu tapas. Ianya diambil from bahasa Sepanyol yang bermaksud pembuka selera or snack. Yang ni berharga RM19.90 dengan tujuh jenis aiskrim yang mana tak boleh dipilih dan ada coklat yang sedikit panas.
Aikrim tu disediakan dengan biskut oreo.
Strawberi pun ada. Ada kad Maybank dapat diskaun kat sini sebanyak 10% bagi pembelian melebihi RM25. Jangan lupa guna kad debit Maybank. OKlah semua, selamat berhari minggu bersama orang tersayang.

Akhirnya Dah Cancel Kad Kredit

Sebelum ini eyriqazz sudah patahkan kad kreditnya dan sungguh gembira tanpa kad kredit kan? Kini tibalah saat sharinginfoz cancel kad kredit yang mana kalau tak silap sudah lebih lima tahun menggunakannya. Inilah kad kredit yang kedua setelah yang pertama dibatalkan.

Sedikit sejarah, kad kredit yang baru sahaja dibatalkan ini diambil bagi tujuan pemindahan baki memandangkan kad kredit pertama masih ada baki, kalau tak silap RM5,000. So keuntungan yang dikenakan adalah 9% setahun dan tempoh pembayaran balik adalah 2 tahun. Selepas habis 2 tahun, saya gunakan kad kredit ni sampailah ke saat terakhir.

Senang aja nak cancel, just call customer service then dia cakap boleh batalkan tetapi kena settlekan emua baki. Memang confident le sebab saya tahu memang tak ada baki. Bila check, memang sah balance adalah 2 sen terlebih bayar, so kira halallah.

Anyway tujuan saya cancel ni sebab rasa susah nak buat pembayaran. So nantikan kad kredit yang ke-3 nanti. Ada masa saya ceritakan kad kredit mana yang saya bakal ambil. Jangan silap faham, saya punya prinsip sekarang ni, kad kredit penting tapi hanya perlu SATU aja pada setiap masa.

Thursday, December 27, 2012

Bagus Juga Buku Usborne untuk Kanak-Kanak

Hari tu masa pi ke Midvalley, singgah jap kat MPH so terpandang le buku cerita kanak-kanak keluaran Usborne. Banyak gak cerita.
Actually buku tu ada dua jenis setiap satu. Ada yang RM19.90 dan RM11.90. Yang bezanya adalah yang hampir RM20 tu ada CD audio.
So tangkap le cerita Alice in Wonderland yang ada CD.
Ni le rupa CD, takkan tak pernah tengok CD kot? He he he. Anyway bolehlah pasang CD ni dalam kereta dan sambil-sambil anak boleh dengar bacaan cerita ni. Afiqah dan Danish memang excited compare sebutan melalui CD ngan tulisan dalam buku. Nak tahu keseronokan jom beli buku keluaran Usborne. Buku ni keluaran UK sama juga dengan Peter and Jane.

Wednesday, December 26, 2012

Isteri Ajak Shopping Sempena Akhir Tahun

Akhir-akhir tahun shopping seronok juga. Kali ini wife yang ajak pi shopping tapi bukan untuknya tapi nak suruh sharinginfoz beli pakaian dan kasut. Maklumlah kalau sharinginfoz yang nak shopping untuk diri sendiri memang susah le. Sebab itu le wife beria-ria ajak beli barang untuk kerja.

Puas cari akhirnya jumpa le beberapa pasang. Anyway, sekali sekala beli OK juga kan, bukannya selalu.

Tuesday, December 25, 2012

Makan Malam di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood @Port Dickson

Selain daripada Nasreen Safood Restaurant, Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood juga tempat yang menarik untuk makan malam. Ianya terletak di Jalan Pantai, Teluk Kemang. Tokey blog makan yang popular, kucingorengemok pernah ke sini. 
Ni le antara makanan laut yang ada kat sini. Anybody suka udang or sotong kat sini?
Ikan sudah semestinya.
Ni le senarai harga makanan lauk kat Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood. Boleh dikatakan harga kat sini mahal, sebagai contoh ikan siakap RM60 sekilo berbanding dengan kat Umbai, Melaka hanya RM28 sekilo or RM55 sekilo kat Bagan Lalang, Selangor. Maybe sebab cuti sekolah kot?
Anyway tak susah nak cari tempat ni, sebab kat area ni terpanpang jelas bangunan Mesra & Co, i.e. hotel dan juga supermarket.
Memang ramai betul yang makan kat sini.
Ketam masak merah menjadi pilihan kami. Memang sedap dan tak rugi order benda alah ni. Saya bagi rating 8.0 out of 10. Sukar digambarkan kesedapannya sos lada yang enak.
Ni favourite Afiqah ayam masak kunyit. Ayamnya yang garing dan cukup rasa. Afiqah cakap lain kali nak makan lagi ayam ni. Anyway ratingnya 8.1 out of 10.
Tomyam campur ni bagi saya boleh tahan juga ada rasa pedas, masam dan masin. Yang ni 7.8 out of 10.
Telur dadar OK tapi tak begitu gebu.
Sayur kangkung masak belacan OK juga. Lauk-pauk yang diorder ditambah pula dengan sayur ni kiranya boleh menambah selera. Secara keseluruhan saya berpandangan, restoran ni patut dikunjungi bagi mereka yang ingin makan malam ala-ala masakan Thai.
Semua sekali RM72.40. Yang pelik resit tu tak ada detail. Itu pun bila minta baru bagi. Sepatutnya setiap pelanggan diberi resit.

Jom Breakfast di Pak-e Corner @Port Dickson

Cuti sekolah tahun 2012 tinggal beberapa hari lagi. Kami menghabiskannya di Port Dickson. Pagi-pagi lapar le pula so singgah le di Pak-e Corner yang terletak di Jalan Teluk Kemang.
Keadaan dalam restoran ni memang cantik dan kerusinya pun menawan hati dan tersusun rapi dan kemas.
Tak susah nak cari ianya terletak di tepi jalan dan ada signboard.
Jom cuba nasi lemak telur goreng di Pak-e Corner. Ada papadom le pula dan sambal ikan bilisnya sedikit masam disebabkan terlebih asam jawa kot. Nasinya sedikit lembik tapi secara keseluruhan bagi saya bolehlah ya.
Roti canai memang makanan kegemaran Danish, garing juga.
Yang paling best ialah roti canai telur. Memang sedap disebabkan ianya garing dan lembut juga rotinya.
Tapi sayang kuahnya sedikit cair kalau tidak memang perfecto.
Afiqah kalau makan roti canai mesti yang telur. Anyway secara keseluruhan makanan kat sini bolehlah tapi yang expect lebih-lebih tak bolehlah ya. Tapi keadaan susun atur restoran ni memang cantik dan selesa. So kalau datang ke Port Dickson jangan lupa singgah di Pak-e Corner dan order roti canai telur ya.